Thursday, April 30, 2015

Malam

Jam 3:00 pagi
Menikmati kesunyian malam

Malam ini, langit di bumi sakura kosong
Hening sepi tiada bertemankan bintang

Mengintai teman dari laman sosial
Ada yang sedang belajar
Ada yang sudah berkerjaya
Ada yang sudah berkelurga
Harapnya nanti semua berjaya

Merindui kenangan lampau
Zaman remaja bebas meliar
Semasa aku di tanah air
Jam sebegini biasanya aku sedang galak berloya, berkelakar bersama teman
Indahnya waktu itu, waktu dulu

Kini lain fasanya
Kehidupan di luar negara
Mengajar aku bersendiri
Mengajar aku berdikari
Keluar dari zon selesa
Mengharungi perih derita
Menghayati setiap suka gembira
Mengagumi sang pencipta

Entah di masa hadapan bagaimana ceritanya

Selamat malam

Monday, April 13, 2015

Bicara jurutera

Hukum Fizik,
Frekuensi getaran yang sama mampu memecahkan gelas.

Aku percaya, dalam mencari teman,
Cara berfikir, cara berjenaka,
Haruslah dari dalam kelompok yang sama

Akan tetapi, sebagai pelajar jurusan kejuruteraan, 
Teori yang aku sebutkan tadi adalah fakta, 
Mungkin juga kelompok yang sama itu bisa membinasakan kita.

Mungkin kelompok yang berbeza,
Lebih sesuai, kerana saling melengkapi.

Bicara soal manusia, sampai bila pun tiada jawapan nya.

Friday, February 27, 2015

Khilaf

Aku khilaf.


1. Dalam eksperimentasi tentang kehidupan,adakah hipotisis ini diterima?

Semakin ditolak, semakin tertarik.


2. Dalam definisi moden dimana old school itu bergaya atau hispter, adakah kenyataan ini sah?

Aku kuno. Aku suka yang lama. Aku suka yang dulu.

Calut

Catatan Kemelut (Calut)

Ada peluang, ada ruang.
Tapi aku abaikan. Aku biar berlalu.
Perasaan aku, terkesima sebenarnya.
Perasaan dimana setelah sekian lama, dan tiba-tiba...

Itu bukan alasan.
Untuk berjaya, harus pandai mencari.
Guna peluang yang ada sebaiknya.
Jangan biarkan sifat denial memakan diri.
Jangan bertemankan ego sang raja.

Takut.
Takut kesempatan tiada. Takut terlambat.
Apa sudah dibuat? Apa akan dibuat?
Apa diminda? Apa dipinta?
Sudahkah bersedia? Atau perlu terjah saja?
Mungkin harus ditunggu?
Tapi sampai bila?

Jangan fikir banyak sangat, Amin.

Sunday, February 8, 2015

Acah Kecah

Aku suka perhatikan manusia.

Kebelakangan ini, 
Banyak yang aku persoalkan. 
Pelbagai yang aku isu kan. 
Macam-macam yang aku renungkan.

Sebagai contoh, pasangan ini. 



Dalam perhubungan jarak jauh mereka, 
Aku selitkan diriku sebagai bayang-bayang. 
Untuk mengkaji, untuk meneliti, untuk didiskusi.

Jadi apa yang mereka katakan?

Sebagai dua manusia yang tinggal di dua persekitaran yang berbeza, segala yang kecil, kelihatan besar.

Sebagai contoh :


A: "yosh" tu apa? 
K: yosh tu macam "gotcha" "okay" etc.

A: tengok ni, patah :( 
K: alaa, shian ye :(

A: abang kum tu dia ada gf org langkasuka. 
A: you ingat tak abang kum? 
B: abang kum ni, kerja petrolemas. 
A: satu hari dia bosan tengah lunch. 
A: diorang mesej through fb. Pastu diorang fb*ex.

A: banyak lagi ke nak kena study?
K: banyak, ada lebih dari separuh lagi
K: ish, I nak kena fokus ni.

dan lain-lain

Mereka juga menceritakan perihal keluarga, rakan, teman.

Jadi, apa yang aku persoalkan adalah sebagai manusia, apabila suatu pattern itu berulang, lagi dan lagi, kita akan menjadi bosan. Itu bagi aku, tapi tidak bagi mereka. Akan tetapi, suatu ketika dahulu, rasanya seperti pernah juga aku sebegitu.

Inikah yang dinamakan cinta?

Kerana ada juga sahabat aku yang lain dimana disiang hari sibuk terkinja-kinja mencari perhatian wanita, tetapi dia tahu tanggungjawabnya pada malam hari iaitu menelefon kekasih hati (istri).

Adakah itu cinta?

P/s : gambar terpaksa di censored dan sebahagian info terpaksa diubahsuai untuk menjaga privacy.

Thursday, February 5, 2015

Penulisan

Sesetengah orang menulis kerana suka. 
Sesetengah orang menulis kerana terpaksa.
Sesetengah orang menulis kerana ingin membantu.
Sesetengah orang menulis kerana buntu, ingin dibantu.

Pada aku, penulisan itu terhasil ketika idea mencurah curah tatkala jari jemari dan pena bersatu menari di atas helaian putih yang lumrahnya adalah untuk dicoretkan dengan kata-kata yang mana minda berada dalam dimensi luar biasa. Penulisan itu diluahkan dengan harapan ada yang memahami walaupun secebis isi. Jangan salahkan sesiapa jika berlaku ketidakfahaman/kesalahsangkaan. Hati manusia lain lain.
Selaras dengan arus modenisasi, kini jari jemari cukup dengan menari sendiri di atas papan kekunci tanpa teman karib, si pena mahupun pentas layar, si helaian putih untuk mencoret luahan perasaan isi hati sebagai penulisan dari hari ke hari.
Dengan bantuan jaringan luas dunia tanpa batasan, segalanya di hujung jari. Ada yang bijak, menggunakan jaringan ini untuk meluaskan pengaruh di dunia di samping mencari keberkatan ilahi. Ada juga yang bodoh, kebobrokan mindanya dijaja seantero dunia. Khusyuk dengan tarian ligat jari jemari dan kagum dengan kebolehan minda mengarang tanpa henti sehingga membinasakan diri. 
Pada aku cuma satu. Jangan hanya di dunia maya kau petah berkata, di dunia sebenar itu lah lebih besar kesannya. Jangan hanya berlegar di dunia maya, kembali lah ke dunia nyata.
Sebagai manusia, kita mudah lupa. Terkadang kita akan leka dengan ilusi duniawi ini sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai khalifah di muka bumi. Dan ketika itu sedarlah bahawa sampai bila kau mahu hidup dikelilingi harapan yang sebenarnya tidak hakiki. Mungkin, itulah gunanya teman di dunia ini. Untuk mengejutkan kita dari tidur yang konon nya mimpi indah sedangkan realitinya mimpi pemusnah.
Sekian.

"If a person doesn't have a sense of achievement in their real life, it's easy to lose themselves in a virtual world where they can get a false sense of accomplishment."
The Big Bang Theory S02E03

Sunday, October 6, 2013

Contemplation

Ku renungkan kata teman.
Ada benarnya.

It's hard to let it go.

Mungkin pada kita sudah berlalu segalanya.
Tapi itu kata mulut.
Bukan kata hati.

Cebisan di hujung hati tidak mahu pergi.
Biar aku cuba lontar ke seberang laut sana, 
ia datang kembali ditiup angin dikala sunyi.

Jangan sunyi, aktifkan diri.
Keluar melihat dunia, mencari.

Cari lah apa jua, asalkan ada manfaatnya.

Jadi insan berguna.
Puaskan hati sementara terdaya.

Thursday, May 16, 2013

Ready, action!

Tiba-tiba seorang rakan lama bertanya khabar di Skype. 
Aku teringat akan kata-kata seorang rakan yang mengeluh apabila dia ditinggalkan, dia tidak diajak. 
Ini membuatkan aku teringat lagi kata-kata seorang rakan yang lain, yang mana dia mengeluh kerana asyik dia yang mengajak, dia yang bergerak. 
Yang susah bila berkawan adalah apabila masing-masing menanti untuk ditegur, berharap untuk disapa, menunggu untuk diajak. 
Cuba kita masing-masing, diri sendiri yang bertindak.

Thursday, March 7, 2013

Termenung

Lama rasanya tidak menulis. Ya lah tu, hampir tiga bulan.

Semenjak aku tiba di tanah air, pelbagai cerita, pelbagai perkara, pelbagai ragam yang berbagai-bagai macam yang sebenarnya tidak lah banyak tetapi cukup untuk membuat aku gembira telah singgah dalam kehidupan aku. Sebenarnya, bukan sahaja gembira, duka pun ada. Entah lah. Nak dikatakan duka pun tidak sebenarnya. Apa-apa lah. Aku hargai.

Aku beri contoh. Dalam situasi membeli belah, pada aku, biarlah menyesal kerana terbeli daripada menyesal tidak beli. Begitu juga dengan kehidupan. Cubalah asalkan kita tahu batas kita.

Penyesalan itu memang kelat, dan palat. Tetapi, biarlah tersedar daripada terus terbiar.

Renungkan.

Wednesday, March 6, 2013

War With Love

Turn off your computer right now 
and go outside and do something 
to change the world. 
Have fun.


"Battle Scars"
(Guy Sebastian feat. Lupe Fiasco)

[Intro: Lupe Fiasco]
Hope the wound heals but it never does
That's cause you're at war with love
You're at war with love, yeah

[Hook: Guy Sebastian]
These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...

[Verse 1: Lupe Fiasco]
Never let a wound ruin me
But I feel like ruin's wooing me
Arrow holes, they never close from Cupid on a shooting spree
Feeling stupid cause I know it ain't no you and me
But when you're trying to beat the odds up
Been trying to keep your nods up
And you know that you should know
And let her go
But the fear of the unknown
Holding another lover strong
Sends you back into the zone
With no Tom Hanks to bring you home
A lover not a fighter
On the front line with a poem
Trying to write yourself a rifle
Maybe sharpen up a stone
To fight the tanks and drones of you being alone

[Pre-hook: Guy Sebastian]
I wish I never looked, I wish I never touched
I wish that I could stop loving you so much
Cause I'm the only one that's trying to keep us together
When all of the signs say that I should forget her
I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over, until you tell me it's over

[Hook: Guy Sebastian]
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...

[Verse 2: Lupe Fiasco]
(Then just leave)
You shouldn't have but you said it
(And I hope you never come back)
It shouldn't have happened but you let it
Now you're down on the ground screaming medic
The only thing that comes is the post-traumatic stresses
Shields, body armors and vests don't properly work
That's why you're in a locker full of hurt
The enemy within and all the fires from your friends
The best medicine is to probably just let it win

[Pre-hook: Guy Sebastian]
I wish I couldn't feel, I wish I couldn't love
I wish that I could stop cause it hurts so much
And I'm the only one that's trying to keep us together
When all of the signs say that I should forget her
I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over, until you tell me it's over

[Hook: Guy Sebastian]
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...

[Bridge: Guy Sebastian & Lupe Fiasco]
Cause you've set me on fire
I've never felt so alive, yeah

Hoping wounds heal, but it never does
That's because you're at war with love

And I'm at the point of breaking
And it's impossible to shake it

See, you hoped the wound heals, but it never does
That's cause you're at war with love
Hope it heals, but it never does
That's cause you're at war with love!

[Hook: Guy Sebastian]
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars, don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...

Thursday, December 13, 2012

#Eh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sahaja aku hendak bercerita tentang kondisi aku pada masa kini. Ditambah pula dengan rata-rata manusia yang sedang kecoh dengan tarikh yang kononnya luar biasa sedangkan fakta ini boleh di tepis oleh pembangkang tegar dengan mudah di mana di dunia ini terdapat pelbagai kawasan dengan zon waktu berbeza, (ayat sebelum tanda koma merupakan suatu situasi) aku berminat untuk menulis sebuah post sekadar suka-suka untuk rakan-rakan pembaca yang aku suka. :)
Baiklah, aku sekarang sedang membaca dua buah buku di bawah buku bertemakan falsafah. Di mana, satu buku; falsafah yang sebenar, dan satu lagi; falsafah rekaan. Mengapa aku berkata sedemikian rupa? Hal ini kerana...
1. Buku berjudul "バカの壁" (Baka no Kabe) yang telah dialih bahasa menjadi Bahasa Inggeris berjudul "The Wall of Fools" merupakan suatu buku falsafah sebenar yang membincangkan tentang ideologi manusia yang pura-pura tahu sedangkan mereka tidak tahu. Ataupun ada juga sebahagian yang yakin bahawasanya mereka tahu sedangkan mereka tidak tahu. Aku berminat untuk berkongsi suatu ayat yang aku tidak pasti sumbernya dari mana, yang pasti bukan buku ini. (Ini juga merupakan suatu situasi yang disebut di dalam buku tersebut di mana aku yang dalam kondisi tidak tahu, malas untuk berusaha untuk mengetahui perkara yang aku tidak tahu) Ayat tersebut tidaklah semestinya sama, cuma intipatinya adalah seperti ini; "The more I know something, the more I know that I know nothing". Jika rajin, Google lah ayat ini, pasti ada ungkapan dan huraian yang lebih tepat untuk dijadikan rujukan. Jangan jadi bodoh, jangan membina tembok kebodohan.
2. Buku berjudul "The Bro Code" yang apabila dibaca sepintas lalu, jelas kelihatan ketidak seriusan dengan penggunaan perkataan "Bro" itu sendiri. Bagi sesiapa yang serasi dengan rancangan televisi Amerika "How I Met Your Mother", buku ini tidak asing lagi. Bagi yang pertama kali mendengarnya, buku ini merupakan satu buku falsafah berkaitan persahabatan antara lelaki yang bukan untuk diperlekehkan, tetapi untuk tidak dihiraukan. Nilai itu ada, kerana aku sendiri berpegang dengan prinsip aku di mana di dalam setiap repekan, pasti ada sekelumit fakta, cuma buku ini jangan lah dijadikan pedoman. Penulis buku ini merupakan salah satu daripada lima watak utama dalam rancangan tersebut. Maka dari itu, sedangkan penulis itu sendiri adalah watak rekaan, maka...
Oh ya, kini aku gemar menimbulkan suatu tanda tanya dan ketika sedang asyik membincangkan suatu topik, aku akan berhenti di tengah jalan. Ada juga kes seperti membaca buku dan berhenti ditengah jalan. Ada satu novel berjudul "House Rules" yang aku mulai baca sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Jepun ini, sampai sekarang tidak habis lagi. Sama juga dengan Buku 1, masih setengah jalan. Buku 2, dalam proses menjadi setengah jalan. Nafsu aku untuk melakukan sesuatu biasanya membuak-buak tetapi tidak pernah tahan lama. Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam.
Jadi berbalik kepada cerita aku yang tadi, di mana aku sedang membaca dua buku dan sifat-sifat hangat tahi ayam aku, aku ingin simpulkan bahawa bagi aku tidak salah melakukan sesuatu separuh jalan kerana separuh jalan itu juga merupakan suatu kejayaan. Akan tetapi, adalah lebih baik jika dilakukan hingga ke penghujungnya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Asalkan hasilnya tidak kosong mahupun negatif, lakukanlah. Ingat, biar setiap langkah itu bermakna, walaupun setengah langkah. Tapi...

Thursday, November 29, 2012

David Choi - Lucky Guy


Lucky Guy
It’s been so long since I’ve met someone
That makes me feel this way
Makes me smile, and that’s hard to do
I don’t think it’s something you realize you do

You make me feel
Like I’m the only guy
With you in the world

But we can’t be together
Can’t really be friends
We can’t be lovers
And we can’t pretend
Oh that boy in your life
Better make you his wife
And he better believe he’s a lucky guy

You wanted a song well here’s one for you
Nobody will know except for us two
Don’t ask me about it
Cuz I won’t tell the truth
Just know that there’s someone
Thinking of you

You make me feel
Something I wish wasn’t real at all

[Chorus]

You were never mine to begin with…

So we can’t be together
Can’t really be friends
We can’t be lovers
And we can’t pretend
Oh that boy in your life
Better make you his wife
And he better believe he’s a lucky guy

Tuesday, November 27, 2012

Move On

Assalamualaikum.
It's been a while. Well, I've also been busy lately. Got a new link for some jobs. So, finally I'm employed! :)
So, here I got something to share. It's just a thought triggered by a line in this short drama series by Wong Fu Productions which I can't remember the title, and currently the server on my phone is acting like a super duper asshole which doesn't have any shit to give, while my laptop is almost impossible to be use. Peace!
You can find them easily in YouTube actually. Just open the "wongfuproductions" profile and search for the short drama series, the one with six episodes. Or you can just watch the whole short drama series. Trust me, it worth it.
So, the line goes like this. "You can't linger in the past if you want to move forward". So, what came into my mind is that what if the past comes together with thing that is permanent. For example scar. Not the scar-in-my-heart thingy or what so ever. This is literally a scar produced by a wound from any accident related to the one in the past. So, how can you not linger with the past if the past always be with you?
And, coincidentally while going through the timeline on Twitter, I saw this. "Delete your message? Done. Delete your contact? Done. Delete you of my life? Sorry I can't promise. - Tumblr"
Well, for me there's no need to delete anything about your life. Either good or bad, just make it count. Take it as an experience that will make you a better and wiser person in the future. This is applicable to everything. Not only in your love life, but also in your studies and works. We won't learn until we make some mistakes.
P/s : after posting this post, I saw this on Instagram. "We met for a reason, either you're a blessing, or a lesson". What kind of coincidence is this!

Sunday, October 21, 2012

Last Wish

今まで生きていておめでとう。
今までそばにいてありがとう。

Wednesday, October 10, 2012

Ye dok?

Assalamualaikum. Sihat-sihat lah kalian hendaknya. :)
Jadi, ceritanya sekarang ini, aku sudah mula dengan kehidupan semester dua di Bumi Sakura ini. Enam bulan di sini, banyak sudah aku belajar dan masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Terutama dalam bagaimana untuk mengurus kewangan agar lebih teratur dan tidak menjadi miskin papa kedana setiap hujung bulan. Ye dok?
Perkara yang paling membuat aku teruja dalam semester dua ini adalah salji. Walaupun di Chiba ini, kadar salji nya hampir tiada, tetapi semoga tahun ini adalah turun sedikit. Walaupun aku mungkin akan membencinya di kemudian hari, tapi biarlah aku menyesal kerana aku telah merasa nya sendiri. Tak menarik lah kalau dengar orang cakap sahaja. Ye dok?
Oh, berbalik kepada cerita berkenaan bagaimana aku perlu lebih bijak menguruskan hal ehwal kewangan. Sebenarnya dalam sekitar tiga bulan lagi, aku merancang untuk pindah rumah. Jadi, aku perlu lah menyediakan sejumlah wang yang secukupnya dek kerana kos untuk menyewa rumah di Jepun ini sangat mahal terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar seperti Chiba ini. Jadinya, nak joli? Jangan harap lah. Selain itu, aku juga ada berhutang dengan rakan-rakan. Sungguh tidak molek jika aku yang masih berhutang ini, dengan selamba berjoli sakan. Ye dok?
Aku sebenarnya tidak mahu bercerita apa-apa berkaitan akademik kerana keputusan untuk semester satu aku tidak lah begitu baik, akan tetapi, disebalik ke-tidak-berapa-baik-kan itu, aku sangat berpuas hati. Jadi biarlah keputusan itu seperti itu. InsyaAllah aku akan lebih berusaha untuk semester dua ini. Kalau tak berusaha, macam mana nak berjaya. Ye dok?
Mungkin anda semua tertanya-tanya, mengapa di setiap hujung perenggan di atas, pasti ada perkataan "Ye dok?". Bahasa apakah ini? Loghat apakah ini? Macam pelik sahaja walaupun selalu lah juga didengari. Ketahuilah bahawa aku pun tak tahu sebab apa. Jadi, bagaimana aku nak terangkan kalau aku sendiri tak tahu. Ye dok?
Sekian.

Thursday, September 27, 2012

Kawan-kawan

Bismillah.

Ketika mana aku sedang menaip ini, aku sedang dalam perjalanan pulang dari bandar Nagoya menuju ke metropolitan Tokyo. Perjalanan yang bermula pada jam 23.59 dan dijangka tiba di kota Shinjyuku pada jam 5.30.

Enam hari aku di Nagoya. Berbagai ceritera berbagai kisah. Berbagai ragam secara am nya. Mana tidak nya, tujuh jejaka 20 tahun berbagai latar belakang berkumpul bersama-sama menghabiskan masa-masa terakhir cuti musim panas ini bergabung menjadi satu.

Gurau senda hilai tawa gaduh sini sana, semua ada. Kenangan yang bakal diungkit di masa hadapan kelak. Semoga hal ini menjadi bahan tawa yang akan membuatkan kami bertambah mesra.

Kini, masing-masing berpecah kembali ke tempat belajar masing-masing dan bersedia untuk menempuh semester dua di negara Matahari terbit, Jepun ini. Semoga rakan-rakan akan sentiasa di berkati dan berada di bawah lindungan-Nya.

Dulu, ada rakan aku pesan :
Family comes first.
Everything for friends.
She's everything.

Pandai-pandai jaga diri rakan-rakan. Pastikan segalanya stabil disamping kerohanian dan akademik. Buat orang disekeliling kita bangga dengan kita.

Sekian sahaja, assalamualaikum.

Thursday, September 20, 2012

50


Ini Mama aku. Ketika hidup aku dalam kegelapan, Mama pasti ada untuk menerangi. Tak percaya? Tengok gambar di atas. Dalam kegelapan, Mama muncul berseri-seri. Tak gitu? :) 
Selamat Ulang Tahun yang ke-50 Mama. Semoga panjang umur murah rezeki sentiasa diberkati dan dilindungi Ilahi, semakin berseri-seri dari hari ke hari. Amin sayang Mama.

Tuesday, September 18, 2012

Rindu

Assalamualaikum.
Semalam, aku dan rakan-rakan sekolah aktif beramah mesra di laman sosial Facebook. Topik perbualan kami adalah mengenai sebuah gambar rakan yang dahulunya sering dibuli dan diperolok-olokkan. 
Ada suatu ketika dahulu, sekitar sebelum SPM. Beliau, atas tekanan yang melampau dimana aku yakin aku turut menyumbang dalam timbunan tekanan beliau itu, mencapai suatu tahap kronik menyebabkan beliau hilang sedikit kewarasan. 
***
Apa yang aku ingat, suatu malam ketika kelas persediaan malam, dia berlegar-legar di sekitar kawasan sekolah. Setibanya dia di pondok jaga, dia menyerang jaga-jaga yang sedang bertugas. Jaga tersebut akhirnya melaporkan kepada warden bertugas dan dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hasilnya, dia didapati menghidap gangguan mental yang menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad. Menurut rakan-rakan, selain tekanan daripada rakan-rakan, dia juga menerima tekanan dari keluarga. Sebagai anak sulung yang akan/perlu membantu keluarga yang tidak mewah setelah dia berjaya kelak. Alhamdulillah, dia berjaya pulih sebelum tibanya SPM dan kini sedang dalam proses untuk menjadi pendidik anak bangsa. 
Ketika itu, aku sebagai seorang rakan/pembuli merasakan ada sedihnya. Ada rasa bersalahnya. Tetapi, ada juga rasa kelakarnya. 
Kini, setelah aku yang kononya telah mencapai usia dewasa, masih merasa bersalah, masih merasa kasihan. Tetapi, aku terkilan akan diri aku sendiri, kerana aku masih merasakan kelakarnya. Cuma bezanya kali ini, dalam merasa kelakar itu, aku rasakan tanggungjawab dimana jika dia tidak berjaya pulih, apakah yang akan terjadi kepada dirinya, keluarganya?
Persoalannya, mengapa dia? Jika aku? Bagaimana?
***
Maafkan aku rakan. Aku kini masih aku yang dulu. Suka bergurau suka mengacau. Cuma kalau dahulu, mungkin aku kasar atas dasar benci. Tapi ketahuilah kini, jika ada aku bergurau, aku berkasar, itu atas dasar rakan-rindu-rakan. 
Memang hakikatnya aku rindu semua rakan-rakan aku. Jaga diri dimana jua kau berada. Doaku, segala yang terbaik untukmu, rakan-rakan. Doakan aku juga. I love you Brothers. Fighters0509.

Thursday, August 30, 2012

Summer Holiday

#1 - Malam pertama di Hokkaido. Lari dari plan asal. Tetapi, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya bukan?
Jam kini menunjukkan pukul 1.09 pagi dan kami kini berehat di tepi pantai menyaksikan kebesaran Allah S.W.T. Dibawah langit yang terbentang luas menyaksikan bintang-bintang yang telah lama berkelipan sejak bertahun-tahun dahulu dan kini tiba lalu mempersonakan setiap mata yang memandang.
Kecantikan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Oh, mungkin boleh sebenarnya. Cukup dengan satu kata. SubhanAllah! 

#2 - Perjalanan bermula sekitar 3.30 pagi setelah bangun dari tidur yang tidak sampai sejam dek kerana hujan turun membasahi kawasan berehat kami.
Perjalanan yang jauh menuju ke Hakodate dimulakan dengan sesi melihat matahari terbit, mandi pagi dikolam air panas, sarapan dan tidur di dalam kereta sebelum menjadi pemandu untuk terus tiba ke Hakodate.
Di Hakodate, makan tengahari, berjalan-jalan, daftar masuk rumah tumpangan dan tidur lagi sebelum meneruskan aktiviti utama di Hakodate ini iaitu panorama bandar cahaya dari puncak bukit Hakodate dan burger ikan paus.
Cakap sahaja tiada guna tanpa baban buktinya. Ye dak? Jadi ini lah bukti sebutir dua :)



#3 - Nak dijadikan cerita, dari Hakodate, bangun sedikit lambat dan menggelabah lah semua insan yang terlambat itu untuk mengejar masa yang ditetapkan sudah. Haa, kau ado ayat macam tadi? Ok, serious talk! Tak ada lah lambat mana dan tidak lah gelabah mana kami ini. Pergerakan seperti biasa dan sekitar 12.30 kami tiba di Niseko untuk melakukan aktiviti lasak berlevel 1, rafting. Di temani istruktor yang ramah, pengembaraan kami sangat menarik sekali. Gambar? Ada, cuma atas faktor keadaan semasa yang tidak mengizinkan, nanti lah akan diusahakan.
*setakat ini, ini sahaja yang mampu diusahakan. Nantikan yang selanjutnya.





Setelah penat beraktiviti lasak level 1, kami meneruskan perjalanan menuju ke Otaru untuk menikmati pemandangan indah waktu malam bandar tersebut. Dalam perjalanan ke situ, kami singgah ke sebuah kedai makan yang diusulkan oleh instruktor kami tadi dan hasilnya, kami tidak kecewa. Kerana apa? Kerana makanan nya yang sangat cukup rasa! Aku makan Unagi-don dan Yaki-ika atau dalam Bahasa Melayu nya adalah nasi belut dan sotong bakar.
Pengembaraan hari ketiga ini juga tak mahu kalah dengan hari-hari lain di mana sesi mencari tempat berehat/tidur sangat mencabar. Setelah berulang-alik kesana kemari, kami hanya mampu tidur di sekitar taman beralaskan sleeping bag. Walaubagaimanapun, agak selesa sebenarnya. Mungkin kerana kepenatan ditambah pula dengan keberadaan rakan-rakan yang kita suka disekeliling kita mungkin. Sekian. KO! 

#4 - Bangkit daripada tidur atas batu beralaskan sleeping bag dan ditemani ribuan nyamuk, kami meneruskan perjalanan ke ladang blueberry untuk memetik dan memakan buah blueberry yang terbaik dari ladang. Blueberry dah jadi nasi dek kelaparan yang membutakan mata.
Setelah itu kami bersiap sedia untuk mandi kolam air panas dimana merupakan tempat yang menggerunkan bagi sesiapa yang tidak biasa dengan budaya Jepun. Damn!! Setelah itu makan dan perjalanan diteruskan ke Asahikawa untuk berkhemah. Susah payah mendirikan khemah terasa berbaloi kerana tidur yang nyenyak di malam harinya sangat menenangkan jiwa. Tidak lupa juga sesi teka-teki sebelum tidur yang sangat mengujakan. Sekian :) 

#5 - Ekspidisi Hokkaido kami diteruskan ke destinasi seterusnya, Asahiyama Zoo di wilayah Asahikawa. Puas lah kami bergodek-godek dengan haiwan liar yang berbagai jenisnya dari pagi sehingga ke tengahari. Melihat gelagat haiwan yang terlatih dan hanga mampu melakukan apa yang dilatih sedijit mengecewakan tetapi memahami situasi kami di Jepun ini, maka faham-faham sahaja lah.
Seterusnya kami menyambung perjalanan ke Kitami untuk bermalam di rumah rakan dan untuk ke Shiretoko pula selepas itu. Shiretoko terkenal dengan khazanahnya yang bertaraf dunia. Sebelum tiba ke Kitami, kami memutuskan untuk mandi air terjun kerana sebahagian dari kami masih tidak mandi pagi. Jadi kami singgah ke Air Terjun Yamabiko. Di sana, air yang dingin ibarat air sejuk baru dikeluarkan dari peti sejuk mampu membekukan otak anda. Jadi berjaga-jaga lah jika mahu bertapa di bawah air terjun itu. Kawasan air terjun ini sangat kecil tetapi lumayan lah jika anda mahukan tempat untuk berehat sekadar untuk melepaskan penat dan berendam dalam air semulajadi.

#6 - Seterusnya kami bergerak ke suatu tempat dimana kami boleh merasakan bagaimana rasanya berada di musim sejuk. Nama tempat tak ingat. Selesai bersejukan, kami bergerak ke Shiretoko di mana terdapatnya lima buah tasik kecil di suatu kawasan pergunungan. Pemandangan yang sangat cantik dan harus di lihat dengan mata kasar. Apa yang aku dapat dengan lensa kamera ini mungkin tidak seberapa, tapi rasanya cukup untuk memberi gambaran kepada anda bagaimana cantiknya tempat ini.
Dan pengembaraan yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini pun bermula. Perjalanan pulang ke Muroran sejauh 500km menaiki kereta untuk satu malam. Malangnya, rekod itu tidak berjaya dilakukan dek ketiadaan minyak setelah berjalan sekitar 350km. Pam minyak disini hanya beroperasi dari 8.00 pagi sehingga sekitar 8.00 malam. Jadi, kami terpaksa berhenti, menunggu keesokan pagi untuk mengisi minya. Hampa.

#7 - Hari terakhir, kami menghabiskan masa bersama-sama di tepi pantai ber-bbq bersama-sama sambil melakukan aktiviti-aktiviti aneh. Sangat menarik! Usia 20 tahun tidak menghalang kami untuk menjadi kanak-kanak semula. Pepatah Inggeris ada mengatakan, "We don't stop playing because we grow old; we grow old because we stop playing." Malam harinya, kami makan bersama-sama dan bermain bunga api. Maka berakhirlah ercutian musim panas kali pertama kami di Bumi Sakura.

Sepanjang perjalanan, kami berteka-teki beramah-mesra dan bersuka-ria. Hal ini lah yang membantu menyeronokkan lagi pengembaraan kami ini. Tempat-tempat ini masih boleh dilawati bila-bila masa jika ada kesempatan. Tetapi, moment-moment ini pasti tidak akan sama walaupun cuba diulangi beberapa kali. Orang-orang ini, hilai-tawa mereka, sangat berharga. Terima kasih rakan-rakan. :)

(not in the picture : Ismah Imani Ahamad)

Wednesday, August 22, 2012

Teruja

Assalamualaikum.
Hari ini tanggal 22 Ogos 2012. Aku dan rakan-rakan bakal memulakan pengembaraan kami ke Utara Jepun, Hokkaido. Cuti Musim Panas yang telah lama kami rancang. InsyaAllah akan bertolak dari rumah sekitar jam 7.30 pagi dan akan berlanjutan sehingga 29 Ogos 2012. Semoga segalanya berjalan lancar. Doakan kami selamat pergi dan pulang. :)

Thursday, August 16, 2012

Rakan-rakan yang aku suka

Dua tiga kucing berlari, meh dengar Al Amin nak bercerita ni.
Dua tiga empat hari ini, aku dikelilingi rakan-rakan yang aku suka. Bukan bermaksud aku mempunyai perasaan luar biasa terhadap mereka semua. Maksud aku di sini adalah, mereka ini merupakan rakan-rakan yang memeriahkan kehidupan aku di Bumi Allah ini. Setelah sekian lama tidak bersua, maka berbagai lah cerita yang perlu dikongsi termasuklah mengungkit cerita lama yang tak kering gusi untuk diulang lagi dan lagi.
Walaupun dalam keadaan papa kedana di mana aku masih belum menerima elaun sara hidup untuk bulan lapan, hal ini tidak menjadi masalah kerana rakan-rakan ini juga yang hadir sebagai hero, wira penyelamat dengan menghulur bantuan sedaya mereka. Aku ini suka berkawan. Tambahan lagi apabila dikelilingi dengan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bersusah bersama, makin suka lah aku berkawan. Hari mendatang ini akan ada lagi rakan yang akan datang dan semoga kehadiran mereka ini semakin memeriahkan hidup aku.
Dalam beberapa hari lagi aku bersama rakan-rakan yang aku suka akan memulakan trip musim panas kami ke utara Jepun, Hokkaido. Kami akan menghabiskan masa lapan hari disana untuk menjelajah pulau Hokkaido semampu daya. Semoga perjalan yang dirancang sepenuhnya oleh kami ini menarik dan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. Jika dilihat pada peta dibawah, kami hanya akan berjalan sekitar bahagian kiri pulau Hokkaido ini iaitu Chitose, Tomakomai, Muroran, Hakodate, Otaru, Asahikawa, Furano, Obihiro dan lain-lan. Aku sangat tidak sabar nya pun! 
Maka, telah tiba masanya baju yang aku cuci selesai dan aku sudah boleh berhenti menaip rasanya. Jadi, aku akhiri post ini dengan serangkap pantun dua kerat.
Kawan Kumar nama Pillai. Babai, ba ba babai.

Masalah Al Amin

Aku sudah lama ingin membuat post khas ini untuk menyuarakan pendapat aku yang pada aku itulah salah satu fungsi blog, di mana aku berhak meluahkan perasaan aku selagi aku tidak mengganggu hak asasi orang lain.
Jadi di sini aku ingin mengetengahkan beberapa masalah rakyat Malaysia yang aku jarang lihat ada dalam masyarakat Jepun. Mungkin masalah ini juga terdapat di negara-negara lain, cuma dari sudut pandangan tirus aku yang tidak berjalan jauh (yang hanya pernah ke Malaysia dan Jepun) ini, aku hanya nampak masalah itu ketara di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah dari sudut pemakaian. Rakyat Malaysia sangat terikat dengan rasa hati mereka di mana jika terlintas di hati mereka bahawa cara pemakaian itu buruk baginya, maka sesiapa yang berpakaian sedemikian perlu dikecam. Hal ini juga boleh kelihatan dari aspek jenama pakaian terutamanya. Sebagai contoh, jika seseorang itu memakai kasut sukan Nike, Adidas, New Balance dan lain-lain jenama terkemuka, dia akan dipandang hebat manakala mereka yang memakai kasut sukan Nikki, Adilas, N sport pula akan di pandang sedikit serong.
Selain itu juga, jika seseorang yang rupa paras fizikalnya tidak sesuai untuk memakai beg tangan Gucci, Chanel, Charles & Keith dan lain-lain jenama ternama, beg tangan itu pasti dianggap palsu. Salahkah mereka jika itu palsu? Jika mereka berlagak dengan megahnya, maka aku setuju mereka salah. Tetapi, jika mereka hanya lalu dihadapan kita dan kita menghukum mereka sedemikian rupa, adakah itu wajar? Masalah "double standard" sebenarnya yang aku cuba utarakan. Apa yang aku dapat fikirkan adalah hal ini terjadi kerana mentaliti kita yang merasakan diri itu cukup hebat untuk menghukum orang lain. Sedangkan, di negara maju seperti Jepun ini, tiada siapa yang mengambil peduli akan jenama apa yang kau pakai atau pun barang yang kau pakai itu adalah palsu atau tidak. Kerana mereka menghormati hak orang lain dan mereka percaya bahawa semua orang layak di layan sebaik mungkin. 
Entah mengapa aku menaip post sebegini, aku pun tidak pasti. Tetapi, moga-moga bermanfaat kepada pembaca. Maafkan aku jika aku salah, mungkin ada yang tidak merasa seperti apa yang aku rasa, tetapi ketahuilah bahawa hal ini wujud dalam masyarakat kita. Sekurang-kurangnya sekitar remaja-remaja bandar di tempat aku tinggal dan aku tidak mengecualikan diri aku juga.

Saturday, August 4, 2012

Mt. Fuji

*Amaran keras! Cerita ini hanyalah berkaitan pendakian gunung semata-mata. Tiada kena mengena dengan kisah hidup sesiapa (kononnya).

Sunrise view from Mt. Fuji
Assalamualaikum pembuka bicara, kepada pembaca hok comei-comei belaka. Ini cerita bukan sebarang cerita, cerita lagenda dari Bumi Sakura.
Lagenda tak legenda, sini gua nak cerita. Bagaimana kisah hidup Leman Tonggek (Man) mendaki Gunung Fuji. Hendak di jadikan cerita, Man tiba-tiba diajak oleh rakannya, Roy (seorang pelupa) untuk melakukan aktiviti luar biasa iaitu mendaki Gunung Fuji. Dengan selamba, dia on dengan harapan bahawa segalanya berjalan lancar di mana Roy akan menguruskan segalanya kerana Roy yang mengajaknya. Tanpa diketahuinya, pengembaraan Man telah pun bermula sebelum dia sempat bergerak keluar dari rumahnya. Tiket bas untuk ke Gunung Fuji telah habis, kerana Roy lupa untuk memeriksa availability tiket 
Reaksi Man : Apa, HABIS!?
(mata bulat, mulut ternganga, tangan digenggam erat)
Sesuatu saat dan ketika itu hanya datang sekali. Walaupun ada kemungkinan untuk dia mendaki Gunung Fuji lagi, tetapi tidak akan sama yang akan datang dengan yang kali ini. Jadi, Man terpaksalah dalam kelam-kabutnya mencari inisiatif agar sampai juga dia ke Gunung Fuji. Dengan bantuan rakannya, Man berjaya sampai ke Gunung Fuji iaitu dengan menaiki keretapi dan bas lompat-lompat  sedangkan rakan lainnya menaiki satu keretapi dan satu bas dengan kos yang lebih murah. Namun, berkat keazaman yang membara dijiwa, dia berjaya. 
Cerita ini menjadi semakin menarik apabila kisah ini berlaku dalam bulan Ramadhan dimana Man dan Roy wajib berpuasa sebagai Muslimin untuk menyempurnakan ibadah mereka kepada Allah SWT. Mereka akan memulakan pendakian pada waktu malam dan turun pada keesokan harinya. Jadi, pada mereka, semasa mendaki tiada langsung kaitan dengan puasa. Cuma ketika turun esoklah terdapat sedikit kesulitan. Akan tetapi, memikirkan "sedangkan zaman Nabi, umat Islam berperang ketika berpuasa", mereka dengan selamba meneruskan aktiviti mendaki. Di tambah pula keangkuhan mereka yang kononnya "mountain climbing bulan biasa is too mainstream" - (ni sekadar jenaka).
Dek kerana berpuasa, kali terakhir Man makan adalah sekitar jam 3 pagi dan kerana perjalanan Man menuju ke Gunung Fuji agak sukar, Man hanya berbuka dengan sepaket energy jelly. Setibanya dia di Gunung Fuji, rakan-rakan lain sudah menanti dan mereka bakal memulakan pendakian mereka dengan harapan tiba di puncak sebelum Matahari terbit. Man sedikit lega kerana Roy telah menyediakan makanan berat untuk dibawa ke atas sebagai persediaan untuk sahur. Jadi, puasa esok tiada masalah. 
Permulaan mendaki, seperti biasa, harapan palsu dimana jalan yang sangat mudah. Seketika setelah itu, pendakian sebenar bermula. Semasa mendaki, kerana kelaparan, Man hanya mampu mengunyah Snickers dan energy jelly sebagai sumber tenaga untuk dia tiba di puncak. Ketika itu jugalah, secara tiba-tiba Roy mengeluh kekecewaan secara tiba-tiba. Cuba teka mengapa? Pastilah kerana ada sesuatu yang dia terlupa. Kali ini, dia terlupa bekal yang kononnya telah disediakan tadi. Tapi, apakan daya, perjalan mesti diteruskan. Di atas sana terdapat banyak kedai (udon) dimana mereka boleh makan sahur. Keadaan semakin parah apabila traffic di atas sana sesak. Orang terlalu ramai sehinggakan mereka perlu beratur ketika mendaki. Ditambah dengan cuaca yang sejuk menusuk kalbu, hal ini membuatkan Man mengantuk dan kadang-kadang tetrhuyung-hayang berseorangan. Kalau dia jatuh, pasti epic. Jadi, setelah 7 jam itu ini masalah mereka selesaikan, mereka tiba di puncak tepat pada masanya iaitu sebelum Matahari terbit. Subhanallah, memang cantik pemandangan di atas sana. bergambar lah mereka keriangan, dan tidak lupa juga, mereka mencuri kesempatan untuk tidur di atas puncak Gunung Fuji. Kau ado?

 (gambar sekadar hiasan)

Setelah mereka bersuka ria, cabaran seterusnya tiba! Turun bukit! Tetapi, cerun yang curam tidak lah menjadi masalah kepada mereka kerana mereka ini sangat aktif riang gembira. Jadi, mereka menuruni curam itu dengan jayanya sambil berlumba-lumba, potong-memotong kebahagiaan. Namun begitu, kebahgiaan selalunya tak kekal lama, untuk menghabiskan proses penurunan mereka itu, terdapat jalan yang sangat jauh yang mereka terlupa dek seronok bermain tadi. Jalan yang mereka remehkan ketika baru tiba, jalan lurus panjang yang panas. Inilah hakikatnya, cerun yang curam, celah gigi. Jalan rata yang panjang, boleh mati!! (kerana mereka telah kehabisan tenaga mungkin). Di situ lah baru mereka tahu langit tinggi atau rendah. Satu demi satu makcik-makcik Jepun memintas mereka dan hal ini membuatkan mereka terasa sangat lemah ataupun lebih sesuai dikatakan, loser. Merangkak selangkah demi selangkah, mereka tiba juga dengan tempoh masa yang agak lama dari yang sepatutnya. Tempoh masa itu, biarlah rahsia. :D Setibanya dirumah, masing-masing pengsan kepenatan, tetapi walaubagaimanupun, seperti biasa, "susah senang lain cerita, pengalaman yang berharga".
Sedikit nasihat kepada yang hendak mendaki, pastikan fitness cukup. Pakaian pastikan sesuai. Trust me, anda tidak mahu menyesal.
Sekian, terima kasih.

"Saya sudah, anda bila lagi?" - Leman Tonggek

Friday, August 3, 2012

Jegejengjengjeng

Untuk kesekian kalinya aku tidur dalam lingkungan jam lima pagi. Untuk pengetahuan anda, Subuh di sini adalah jam tiga. Jadi, jam lima itu sudah terang benderang gilang gemilang seperti jam lapan di Malaysia. Namun yang demikian, alasan untuk aku tidur lambat sebelum ini adalah kerana aku ingin mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan pada pagi itu. Tetapi, kali ini, tidak sama sekali. Aku baru sahaja selesai membuat persiapan untuk mendaki Gunung Fuji malam ini. Rancangan yang tiba-tiba muncul sekitar jam dua pagi tadi sungguh mengujakan sehingga aku sukar untuk tidur - alasan. Hakikat sebenarnya, aku tidak boleh tidur kerana semalam aku telah tidur seharian dari pagi sampai petang. 
Baiklah, kembali kepada cerita Gunung Fuji. Rancangan yang tiba-tiba muncul itu adalah fakta. Bukan secara tiba-tiba muncul sebenarnya. Rancangan itu telah dirancang baik oleh orang-orang mantap sekalian, cuma berkaitan aku yang turut serta dalam plan itu adalah secara tiba-tiba. Memandangkan aku mengusulkan kepada senior aku bahawa kedukacitaan aku yang tidak diajak untuk turut serta, dia secara tiba-tiba menawarkan aku untuk turut serta dek kerana terdapat seseorang yang menarik diri di saat akhir kerana sibuk dek peperiksaan akhir semester. Aku yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester dua hari lepas, tanpa segan silu dan dengan keazaman yang menggunung, aku turut serta dalam rancangan itu. 
Di sini apa yang aku cuba sampaikan disamping penceritaan buta tuli aku adalah perancangan di akhir waktu (last minute planning) walaupun tidak digalakkan, tetapi selalunya menarik. Semalam, aku buntu untuk menghabiskan waktu cuti musim panas aku sementara menunggu selepas raya di mana aku akan ke Hokkaido. (Jeng jeng jeng!!) Hari ini, aku sudah perlu bersiap sedia untuk pergi mendaki Gunung Fuji. Tidakkah itu menarik? Oh, terdapat suatu kekangan! Duit, sen, pitih, KOSONG!! Tidaklah kosong seperti betul-betul kosong. Cuma "kosong" yang hampir kosong. Faham-fahamkan lah. Tetapi, dek kemuliaan hati senior aku untuk memberi pinjam wangnya, maka masalah selesai. Jadi, apa yang aku perlu lakukan sekarang adalah tidur.
Sekian, terima kasih.
Now listening : Missing Piece by David Choi

Sunday, July 15, 2012

Air Terjun

gambar sekadar hiasan
Kehidupan di Chiba Jepun ini semakin lama semakin menarik nampaknya. Betul lah kata orang-orang lama. Tak kenal maka tak cinta dan jauh perjalanan luas pemandangan. Semalam, aku dan keluarga Chiba berkunjung ke Air Terjun Awamata dan di situ, berjimba lah kami sehabis daya. Keseronokannya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Cuma ketahuilah bahawa, sebaik mana kehidupan anda di bandar, pulang ke alam semula jadi adalah berpuluh kali ganda lebih baik dari itu. Apa yang menarik minat aku adalah seorang adik comel yang takut untuk berendam di dalam air setibanya kami di tapak air terjun itu. Hal ini membuatkan aku terfikir kembali akan diriku yang dahulunya juga seorang penakut sampaikan untuk memijak tanah pun aku takut (ini adalah menurut cerita ibuku). Mungkin itulah lumrah seorang kanak-kanak. Takut pada mulanya, tapi setelah membiasakan diri dengan suasana, bermainlah ia tanpa henti sehingga kalah sekalian dewasa.

Yang menariknya lagi adalah apabila si dewasa yang setelah lebih 20 tahun bersemuka dengan air dan mungkin telah beberapa kali bermandi di laut mahupun sungai dan juga kolam renang, masih lagi takut untuk cuba berenang di air dalam. Tetapi, kami berjaya memaksa beliau menumpaskan perasaan takutnya dan dia berjaya menyeberangi sungai yang dalam dan tiba ke kawasan air terjun dengan jayanya (walaupun dengan bantuan pelampung). Apa yang aku cuba sampaikan disini adalah walau selemah mana pun kita, jangan biarkan kelemahan itu menenggelamkan kehidupan kita dengan menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu perkara. Jika si polan tadi tidak memaksa dirinya menyeberangi sungai yang dalam itu, dia tidak akan tiba di kawasan air terjun dan dia tidak akan bisa menikmati keindahan ciptaan yang maha esa setelah mendaki curam air terjun itu. Kami yang memulakan perjalanan dari bawah, mendaki curam air terjun, mendaki lagi dan lagi sehingga ke atas, sangat teruja dengan keindahan alam dan keseronokan bergelungsur dibawa arus deras turun ke bawah sungai. Pengalaman yang sangat menarik dan tidak bisa dilupakan. Walaupun segala otot-otot kepedihan, luka-luka di tangan dek bercium dengan batu-batan, seluar yang rabak dek bergelongsor macam setan, yang penting adalah pengalaman!

Sunday, July 1, 2012

iF U C Kate

Manusia, pandai berpura-pura. Hebat mengalih cerita, untuk menutup pekong yang terbuka di dada. Berani buat, berani lah tanggung padahnya. Jangan jadi burung unta yang hanya tahu menyembunyikan kepala, jadilah seorang yang berani gagah perkasa. Jangan mudah selesa selepas kau berpura-pura dan kononnya telah berjaya. Kerana mungkin juga kau terpedaya dek penipu yang lebih gah gayanya. Ingat, gerak gerimu pasti ada yang bisa membaca. Kerana kau juga manusia.

(lepas ni mesti ada yang terasa, kemudian membuat tindakan yang biasa seperti mempertahankan diri dengan membuat statement tegar yang kononnya tidak ditujukan kepada sesiapa. Itulah dunia maya, dunia IT. Boleh melukakan, walau tidak bersentuhan. Tapi malangnya, aku sudah buat dahulu.) Eh?!

Tuesday, June 19, 2012

Terkesan

Aku ini mudah terkesan. Mudah terkesan dengan filem. Filem-filem yang mungkin pada seseorang entah apa-apa, entah mana-mana, entah bila-bila, tetapi entah bagaimana, aku terkesan menontonnya.

Aku juga mudah terkesan dengan kata-kata. Maksudku, bukan aku mudah terasa, cuma setiap kata-kata pasti akan berlegar-legar di ruang minda, dan pasti aku akan cari keunikan dalam setiap ucapan walaupun sekadar rapikan Pak Leman.

Alangkah indah jika semua kita bisa sesuara sehati sejiwa, rapikan Pak Leman pasti bukan sekadar rapikan orang tua nyanyok, rapikan itu pasti sama dengan ucapan Menteri Pertahanan, dan juga utusan Sultan.

Namun begitu, manusia tetap manusia bukan? Manusia hanya mahu melihat apa yang mahu dilihat, mahu mendengar apa yang mahu didengar dan mahu berkata apa yang mahu dikata serta mahu berfikir apa yang mahu difikir. Tidak lupa juga mahu menghidu, menyentuh apa yang mereka suka.

Tetapi, mungkin, ada pengecualian terhadap rasa. Jika sahaja manusia bisa merasa apa yang mahu dirasa.


.....

Kesimpulan/Persoalan : Kecualikan natijah, manusia boleh melakukan semua ikut suka. Cuma, manusia tidak boleh tidak merasa apa yang mereka tidak mahu rasa. Bukan?
*Terkesan oleh post milik Fynn Jamal.

Monday, June 18, 2012

happYness

Just finished watching The Pursuit of Happyness (2006). There's a typo where "happyness" is spell with a 'y' not with an 'i'. Maybe, it shows that happiness are not as easy as it looks. Even in a simple thing such as spelling the word "happiness" it self. When you have something to fight for, you have no reason to give up.

Friday, June 1, 2012

B.H.D

Ketika aku membelek-belek akaun laman web sosial, Tumblr milikku, aku terjumpa suatu post yang pernah aku tulis suatu ketika dulu. Saja mahu berkongsi. Ok babai. :) “Dont ever stop trying. If its meant to be, it will be. If its dont, no regret is needed. Its a process of learning and you’ll get better for sure. Believe in hope and destiny. Its, Believe.Hope.Destiny"

Wednesday, May 30, 2012

Percubaan Pertama


Pertama sekali, ketahuilah bahawa ini bukan percubaan pertama. Hahaha. Penat aku berpeluh untuk menjadikan yang satu ini. Itu pun tak tinggi mana. Ollie sambil bergerak masih dalam latihan. Untuk ketika ini, hanya ini yang mampu. Maklumlah, Beginner. Moga-moga, hari-hari mendatang akan lebih baik dari ini. Assalamualaikum :)

Adab sesama manusia

  1. Pertama sekali, aku ingin menekankan bahawa aku tidak sempurna.
  2. Aku tidak kata aku tidak pernah mencaci manusia.
  3. Malah aku pernah mencaci dengan keji sehinggakan jika aku fikir kembali, mungkin kedudukan aku lebih rendah dari babi.
  4. Lama-kelamaan aku sedar, manusia juga mempunyai rasa dan ketahuilah bahawa engkau yang kacak gayanya yang sibuk mencaci maki itu mungkin akan hilang segalanya dalam sekelip mata.
  5. Aku terbaca suatu tweet rakan di laman sosial twitter yang sesuai untuk direnungkan yang berbunyi,
"The manner you deal with people is the same
manner Allah will deal with you in dunya and hereafter" 

Tuesday, May 29, 2012

Kembali

Kebelakangan ini aku kurang kental
Dahulu, pernah juga tidak kental
Cuma kali ini sedikit berbeza
Kecewa, terasa ekstra

Mungkin sudah tiba masanya
Bahagian roda yang selesa di atas
Enak dibuai angan Mat Jenin
Berputar kebawah, kembali memijak tanah

Kembali

Monday, May 28, 2012

Renung-renungkan-renungan

gambar sekadar hiasan
Aku baru selesai menghantar Maklumat Peribadi dan juga Mesej kepada para Junior berkenaan dengan hidup aku di Chiba, Jepun ini. Aku bukan sengaja terhegeh-hegeh menghantar dua perkara itu, cuma atas permintaan sensei dan juga hal ini telah menjadi tradisi. Jadi, aku perlu buat. 
Ketika hendak menulis sedikit kata-kata kepada sensei aku teringat akan suatu persoalan yang aku dengar semasa aku masih di bangku sekolah dahulu dan persoalan itu adalah daripada seorang penceramah motivasi di sekolah dahulu. Aku pernah mengupas sedikit isu ini di dalam blog. Jika rajin, carilah. Sekadar untuk renungan. Agar kita tidak alpa dek kesenangan yang membutakan jiwa.

"who's packing your parachute??"

Wednesday, May 23, 2012

(劉 先生) Ryuu Sensei

Detik ketika aku sedang menaip ini, kelas Fizik (Works and Kinetic Energy) sedang berjalan. Aku bukan skip kelas, aku ada di dalam kelas. Malahan barisan ketiga dari hadapan di mana tempat duduk ini aku rasa paling strategik kerana pensyarah mengajar menggunakan slide dan papan hitam. Tapi malangnya, aku masih tidak mampu memahami apa yang diajar oleh beliau. Secara lebih jelas lagi, berani aku katakan bahawa aku tidak faham langsung. Secara teknikalnya apa yang ditulis, apa yang dikira, aku faham. Cuma untuk apa gunanya? Bila gunanya? Bagaimana gunanya? Itulah persoalan yang berlegar dimindaku. Jika berterusan begini, bagaimana mampu aku hendak pulang dengan segulung ijazah?
Mungkin ada yang akan mengkritik, dengan kelakuan aku ini, bagaimana hendak faham. Tidak dengar apa pensyarah terangkan. Tidak salin nota. Buat perkara lain. Tidak fokus! Tetapi, ketahuilah bahawa aku telah cuba segalanya. Aku pernah fokus, aku pernah salin nota, aku pernah dengar apa yang pensyarah terang di hadapan. Cuma, aku masih tidak mampu menyelesaikan persoalan yang aku sebutkan tadi.
Pernah aku terfikir bahawa mungkin aku memang tidak sesuai dengan bidang kejuruteraan atau lebih tepat aku katakan aku tidak sesuai dengan subjek Fizik. Masalah bahasa? Mungkin, tetapi pada aku itu bukan masalah utama. Subjek lain seperti Matematik, aku bukanlah sempurna, sekurang-kurangnya aku faham dan mampu menyelesaikan masalah kira-kira itu sendiri. Tetapi dalan konteks soalan Fizik, aku lemah tak berdaya. Mungkin salah pensyarah ini, cara beliau mengajar? Di sebelah kiri aku, rajin dia belajar sendiri. Di sebelah kanan, gigih dia menahan mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Belakang dia, kepala atas meja. Berbagai-bagai lagi ragam di dalam kelas ini. Mungkin salah pensyarah, bukan?
Aku menaip ini menerusi telefon selular milikku cuba untuk membunuh masa yang rasanya seakan siput yang berjalan di atas treadmill. Tetapi jika bermain, satu jam setengah ini seperti Usain Bolt berlari di atas walkalator. Benar orang kata seminit itu panjang pendek nya bergantung kepada situasi semasa. Maka, cukuplah sampai di sini untuk catatan kali ini. Ada lebih kurang lima belas minit sebelum rehat tengahari. Aku perlu bersiap sedia untuk pulang. Assalamualaikum.

Tuesday, May 15, 2012

Heran Aneh Pelik

gambar sekadar hiasan
Lucu melihat situasi di Jepun kini. Maksud aku, dalam lingkungan keberadaan aku di Chiba ini. Aku aneh melihat dalam kalangan rakyat Jepun yang satu bangsa, satu negara dan barangkali satu agama ini, masih ada insan yang tidak berteman atau lebih molek dikatakan tidak berkawan. Walhal, aku selaku orang asing ini pun boleh diterima dalam segelintir kumpulan kecil walaupun tidak ramai.
Sudah menjadi lumrah hidup jika orang asing di pinggirkan, tetapi bagaimana dengan nasib warga Jepun yang dipinggirkan itu? Baiklah, cukup sekadar disitu dan persoalan ini aku ingin timbulkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia di sini pula.
Ada dikalangan kami yang menjadi topik hangat perbualan kosong yang kononnya sambil berbual sambil mengeratkan hubungan silaturrahim. Mengatakan tentang "si dia". Baiklah, itu dari aspek mengumpat, biarkanlah manusia dengan kealpaannya. Yang aku herannya adalah apabila sambil berkumpul dengan keberadaan "si dia" golongan yang besar ini hanya bergelak ketawa sesama sendiri, tetapi membisu dan langsung tidak menyapa apabila dengan "si dia". Mungkin ada kisah dibelakang cerita yang aku kurang tahu tetapi jika perkara itu melibatkan satu individu dengan "di dia", biarkanlah mereka jika tidak mahu membaikkan hubungan mereka. Janganlah menghasut orang lain untuk membenci "si dia".
Aku sebagai orang baru yang kurang faham hanya memerhati dan alhamdulillah aku cuba untuk menjaga hubungan dengan semua orang walaupun kini ada bibit-bibit dimana ada seseorang itu gayanya seperti tidak menyukai kewujudan aku. Aku ada cuba menegurnya beramah mesra. Tetapi apakan daya, payah untuk puaskan hati semua orang.
Berbalik kepada cerita "si dia" yang dipulaukan. Mungkin dia ada usaha untuk berbaik dengan semua orang tetapi caranya tidak kena, ataupun dia sememangnya tidak menegur orang dan suka menyendiri, itu aku kurang pasti. Tetapi, pada pendapat aku yang masih mentah dalam kehidupan ini, tak salah jika golongan yang besar itu yang mendekati orang-orang yang aneh ini kerana "si dia" itu kan aneh, pasti sukar untuknya masuk ke dalam kumpulan besar dan jika kumpulan besar itu menerima "si dia", pasti "si dia" berpotensi untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan kumpulan yang besar itu tadi.
Sekian sahaja, agak berjela untuk bercerita satu kisah yang mudah, tetapi ketahuilah bahawa kisah mudah ini amat sukar untuk diselesaikan. Kerana ini soal hati manusia, bukan soalan kira-kira. Sedangkan Logaritma pun tidak terjawab, inikan pula soalan hati hendak diungkap.

Monday, May 7, 2012

Damai

Malam ini luar biasa.
Sunyi, sepi tanpa sebarang bunyi.
Kosong yang mendamaikan.
Memberi inspirasi.

Tolong perangkap masa ini.

Monday, April 30, 2012

Self Contemplation


Angin kencang menggegar bumi Sakura
Pepohonan asyik melambai-lambai
Tanda pasrah atau bahagia?
Atau duka lara kecewa?

Dedaunan mulai jatuh ke bumi
Kembali pulang ke tanah asli
Satu kitaran yang pasti
Yang juga bakal kita lalui

Tuesday, April 17, 2012

Crop Circle

Bismillah. Ini post pertama di Jepun. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar di sini. Berani aku katakan, buat masa ini aku seronok tinggal di sini. Tidak lah terasa dipulau kan sangat walaupun kadang-kadang ada juga "crop circle" yang terbina. Aku masih cuba membiasakan diri dan kebanyakannya telah biasa. Haa, fahamkanlah sendiri. Rakan-rakan pun telah semakin ramai. Baik rakyat Malaysia mahupun yang berkewarganegaraan Jepun sendiri.
Pada hujung minggu yang lalu aku telah cuba untuk mengaktifkan diri dalam komuniti pelajar Malaysia di Jepun dan kesannya aku terlibat degan satu pertubuhan yang hampir terkubur dan bakal dihidupkan kembali. InsyaAllah akan diusahakn sebaik mungkin. Walaupun timbul perasaan khuatir, tetapi aku akan usahakan. Aku bukan lah manusia genius yang pandai tak tentu pasal dan masih boleh aktif dalam persatuan bagai-bagai. Tetapi aku akan usahakan. Kalau dah tak mampu, aku akan let go.
Oh, petang tadi merupakan kali kedua aku belajar bermain skateboard. Apa yang aku maksudkan dengan "belajar" adalah cuba bermain dengan sebaik mungkin. Untuk makluman, aku memang tak berbakat dan baru nak berjinak-jinak. Sedang terkapai-kapai berseorangan, datang seorang rakyat Jepun menyapa dan memulakan perbualan. Rupanya, dia pandai main dan aku telah menggunakan dia untuk mengajar aku basic untuk bermain skateboard. Alhamdulillah apa yang dia ajar membuahkan hasil dan aku semakin maju atau lebih selesa disebut "sangat maju" berbanding dengan sebelum ini. "Sangat maju" itu pula tidaklah bermakna aku sudah hebat. Hanya mampu balance sikit-sikit dan bergerak sejengkal-sejengkal sahaja. :) Semoga bila-bila akan terjumpa lagi 'sensei' tadi.
Lain-lain perkara, semua berjalan lancar rasanya. Oh, soal makan! Aku sangat bersyukur kerana adanya rakan seperti Muiz. Dia pandai masak. Senang hidup aku! Hahaha. Tetapi bukannya aku menggunakan dia sepenuhnya. Masing-masing mainkan peranan masing-masing. Dia masak lauk, aku masak nasi. Aku tolong buat benda simple-simple selagi yang termampu sahaja lah.
Semoga segalanya semakin lancar.