Friday, February 27, 2015

Khilaf

Aku khilaf.


1. Dalam eksperimentasi tentang kehidupan,adakah hipotisis ini diterima?

Semakin ditolak, semakin tertarik.


2. Dalam definisi moden dimana old school itu bergaya atau hispter, adakah kenyataan ini sah?

Aku kuno. Aku suka yang lama. Aku suka yang dulu.

Calut

Catatan Kemelut (Calut)

Ada peluang, ada ruang.
Tapi aku abaikan. Aku biar berlalu.
Perasaan aku, terkesima sebenarnya.
Perasaan dimana setelah sekian lama, dan tiba-tiba...

Itu bukan alasan.
Untuk berjaya, harus pandai mencari.
Guna peluang yang ada sebaiknya.
Jangan biarkan sifat denial memakan diri.
Jangan bertemankan ego sang raja.

Takut.
Takut kesempatan tiada. Takut terlambat.
Apa sudah dibuat? Apa akan dibuat?
Apa diminda? Apa dipinta?
Sudahkah bersedia? Atau perlu terjah saja?
Mungkin harus ditunggu?
Tapi sampai bila?

Jangan fikir banyak sangat, Amin.

Sunday, February 8, 2015

Acah Kecah

Aku suka perhatikan manusia.

Kebelakangan ini, 
Banyak yang aku persoalkan. 
Pelbagai yang aku isu kan. 
Macam-macam yang aku renungkan.

Sebagai contoh, pasangan ini. 



Dalam perhubungan jarak jauh mereka, 
Aku selitkan diriku sebagai bayang-bayang. 
Untuk mengkaji, untuk meneliti, untuk didiskusi.

Jadi apa yang mereka katakan?

Sebagai dua manusia yang tinggal di dua persekitaran yang berbeza, segala yang kecil, kelihatan besar.

Sebagai contoh :


A: "yosh" tu apa? 
K: yosh tu macam "gotcha" "okay" etc.

A: tengok ni, patah :( 
K: alaa, shian ye :(

A: abang kum tu dia ada gf org langkasuka. 
A: you ingat tak abang kum? 
B: abang kum ni, kerja petrolemas. 
A: satu hari dia bosan tengah lunch. 
A: diorang mesej through fb. Pastu diorang fb*ex.

A: banyak lagi ke nak kena study?
K: banyak, ada lebih dari separuh lagi
K: ish, I nak kena fokus ni.

dan lain-lain

Mereka juga menceritakan perihal keluarga, rakan, teman.

Jadi, apa yang aku persoalkan adalah sebagai manusia, apabila suatu pattern itu berulang, lagi dan lagi, kita akan menjadi bosan. Itu bagi aku, tapi tidak bagi mereka. Akan tetapi, suatu ketika dahulu, rasanya seperti pernah juga aku sebegitu.

Inikah yang dinamakan cinta?

Kerana ada juga sahabat aku yang lain dimana disiang hari sibuk terkinja-kinja mencari perhatian wanita, tetapi dia tahu tanggungjawabnya pada malam hari iaitu menelefon kekasih hati (istri).

Adakah itu cinta?

P/s : gambar terpaksa di censored dan sebahagian info terpaksa diubahsuai untuk menjaga privacy.

Thursday, February 5, 2015

Penulisan

Sesetengah orang menulis kerana suka. 
Sesetengah orang menulis kerana terpaksa.
Sesetengah orang menulis kerana ingin membantu.
Sesetengah orang menulis kerana buntu, ingin dibantu.

Pada aku, penulisan itu terhasil ketika idea mencurah curah tatkala jari jemari dan pena bersatu menari di atas helaian putih yang lumrahnya adalah untuk dicoretkan dengan kata-kata yang mana minda berada dalam dimensi luar biasa. Penulisan itu diluahkan dengan harapan ada yang memahami walaupun secebis isi. Jangan salahkan sesiapa jika berlaku ketidakfahaman/kesalahsangkaan. Hati manusia lain lain.
Selaras dengan arus modenisasi, kini jari jemari cukup dengan menari sendiri di atas papan kekunci tanpa teman karib, si pena mahupun pentas layar, si helaian putih untuk mencoret luahan perasaan isi hati sebagai penulisan dari hari ke hari.
Dengan bantuan jaringan luas dunia tanpa batasan, segalanya di hujung jari. Ada yang bijak, menggunakan jaringan ini untuk meluaskan pengaruh di dunia di samping mencari keberkatan ilahi. Ada juga yang bodoh, kebobrokan mindanya dijaja seantero dunia. Khusyuk dengan tarian ligat jari jemari dan kagum dengan kebolehan minda mengarang tanpa henti sehingga membinasakan diri. 
Pada aku cuma satu. Jangan hanya di dunia maya kau petah berkata, di dunia sebenar itu lah lebih besar kesannya. Jangan hanya berlegar di dunia maya, kembali lah ke dunia nyata.
Sebagai manusia, kita mudah lupa. Terkadang kita akan leka dengan ilusi duniawi ini sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai khalifah di muka bumi. Dan ketika itu sedarlah bahawa sampai bila kau mahu hidup dikelilingi harapan yang sebenarnya tidak hakiki. Mungkin, itulah gunanya teman di dunia ini. Untuk mengejutkan kita dari tidur yang konon nya mimpi indah sedangkan realitinya mimpi pemusnah.
Sekian.

"If a person doesn't have a sense of achievement in their real life, it's easy to lose themselves in a virtual world where they can get a false sense of accomplishment."
The Big Bang Theory S02E03