Thursday, February 5, 2015

Penulisan

Sesetengah orang menulis kerana suka. 
Sesetengah orang menulis kerana terpaksa.
Sesetengah orang menulis kerana ingin membantu.
Sesetengah orang menulis kerana buntu, ingin dibantu.

Pada aku, penulisan itu terhasil ketika idea mencurah curah tatkala jari jemari dan pena bersatu menari di atas helaian putih yang lumrahnya adalah untuk dicoretkan dengan kata-kata yang mana minda berada dalam dimensi luar biasa. Penulisan itu diluahkan dengan harapan ada yang memahami walaupun secebis isi. Jangan salahkan sesiapa jika berlaku ketidakfahaman/kesalahsangkaan. Hati manusia lain lain.
Selaras dengan arus modenisasi, kini jari jemari cukup dengan menari sendiri di atas papan kekunci tanpa teman karib, si pena mahupun pentas layar, si helaian putih untuk mencoret luahan perasaan isi hati sebagai penulisan dari hari ke hari.
Dengan bantuan jaringan luas dunia tanpa batasan, segalanya di hujung jari. Ada yang bijak, menggunakan jaringan ini untuk meluaskan pengaruh di dunia di samping mencari keberkatan ilahi. Ada juga yang bodoh, kebobrokan mindanya dijaja seantero dunia. Khusyuk dengan tarian ligat jari jemari dan kagum dengan kebolehan minda mengarang tanpa henti sehingga membinasakan diri. 
Pada aku cuma satu. Jangan hanya di dunia maya kau petah berkata, di dunia sebenar itu lah lebih besar kesannya. Jangan hanya berlegar di dunia maya, kembali lah ke dunia nyata.
Sebagai manusia, kita mudah lupa. Terkadang kita akan leka dengan ilusi duniawi ini sehingga lupa tanggungjawab sebenar sebagai khalifah di muka bumi. Dan ketika itu sedarlah bahawa sampai bila kau mahu hidup dikelilingi harapan yang sebenarnya tidak hakiki. Mungkin, itulah gunanya teman di dunia ini. Untuk mengejutkan kita dari tidur yang konon nya mimpi indah sedangkan realitinya mimpi pemusnah.
Sekian.

"If a person doesn't have a sense of achievement in their real life, it's easy to lose themselves in a virtual world where they can get a false sense of accomplishment."
The Big Bang Theory S02E03

No comments: