Menung
Ku gali jauh je dalam lubuk hati
Mencari arti, mencari misi
Keluarga dan rakan
Aku kenangi, peningkat motivasi
Semoga selamat semua
Salam ke santero dunia
Syukur (ii)
Walau musibah, walau yang indah
Walau gundah, jangan mengalah
Alhamdulillah
Warkah - Angan (ii)
Aku renung masa depan
Aku lihat kepulan awan
Gagah berarak mampan
Bersatu menempuh rintangan
Aku mahu sebegitu
Tegap, mantap dan jitu
Walau apa jua aral yang lalu
Kita tempuh satu persatu
Terbayang aku akan masa hadapan
Semoga berjaya rakan-rakan
Jangan lupa tingkatkan amalan
Semoga dilindungi, diberkati Tuhan
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Thursday, May 5, 2016
Himpunan Puisi (i)
Kini
(i)
Kau kerah semua tenaga
Kau cuba semua cara
Kau telan semua rasa
Tapi, gagal juga
Kau tahu kerana apa?
Kerana masanya belum tiba
Sekurang-kurangnya bukan "KINI"
Bukan untuk ketika ini
Saat ini, detik ini, bukan!
Mungkin suatu hari nanti
Jangan putus harapan
(ii)
Kini, kau sunyi
Kau sepi sendiri
Kau buntu hati
Kau tiada erti
Kau tahu kerana apa?
Kerana kau tiada Tuhan dalam hati.
Hina
Di dunia,
Sang Raja si gedang
Seantero memandang
Sang Peminta di jalang
Serba kurang
Noktah
Kasta
Kulihat rakanku, bahagia
Kulihat kelilingku, bahagia
Kulihat keluargaku, bahagia
Kulihat diriku, kulihat dia
Aku dan dia?
Oh, kasta kami berbeza.
Mimpi
Aku kembali bermimpi, mimpikan dia
Syukur
Segala tunjuk ajar
Dalan ingatanku, masih segar
Segala kata nasihat
Dalam benakku, masih ingat
Aku bersyukur
Dia menghantar kau padaku
Walau seketika
Walau bukan selamanya
Dia Maha Esa
Maha Penentu segala
Dialah yang satu
Perancangan-Nya jitu
Hanya yang terbaik untukku
Juga untuk dirimu
Maaf
Kini, aku mulai sedar
Kata yang kononnya kelakar
Sebenarnya hambar
Malah, kasar!
Kini, aku mulai sedar
Tingkah laku tak wajar
Sememangnya menimbulkan gusar
Malah, ada hati tercalar!
Lumrah manusia sejak azali
Hanya pandai menuding jari
Yang benar hanya diri sendiri
Maafkan aku, bidadari.
Sayang
Setiap ucap kata
Setiap herdik cela
Setiap cubaan jenaka
Yang kadang, langsung tak kelakar
Setiap sumpah janji
Setiap caci maki
Setiap ungkap benci
Yang kadang, macam babi
Penghujungnya,
Hanya satu fakta
Aku sayang dia
P.S. I Love You
Harapan
Bahagia aku, entah kenapa
Aku semakin percaya dengan fantasi
Walau sekadar ilusi duniawi
Mustahil itu sememangnya pasti
Tapi, menjadi kenyataan ada probabiliti
Biarkan,
Aku suka begini
Aku mampu tersenyum
Aku mampu tersengeh
Aku mampu tergelak
Aku mampu terbahak
Kerana ilusi fantasi ini
Walau tidak hakiki tidak pasti
Sekurang-kurangnya, memberi harapan
Kepada Sang Mantan
Masa
Masa kian berlalu
Tak pernah sedetik menunggu
Bangkitlah kau dari tidurmu
Jangan lalai terkulai layu
Kerjakan apa yang patut!
Usah kau merengek kalut melalut!
Kalau berkata biar tepat
Pegang janjimu erat-erat
Baru dihormati sekalian umat
Kelak berjaya dunia akhirat
Nafsu
Bicara tentang kehendak dan kemahuan
Tiada siapa yang mampu peroleh semua
Kononnya semua salah karma
Bukan, kau yang salah! Kau salah!
Walau sekuat mana, walau semegah mana
Semua bergantung pada qada' dan qadar
Serakus mana nafsumu
Sepantas mana akalmu
Setegap mana tenagamu
Ingat ini dibenakmu
"Jadi. Maka jadilah ia"
Itulah kuasa-Nya
Kau faham itu
Segalanya mudah bagimu
Tiada lagi tuding jari
Hidupmu aman harmoni
Biarlah menyembah bumi
Asalkan hidup diredhai
Angan
Sunyi sepi aku sendiri
Berbaring di atas rusuk kiri
Jika aku terus begini
Masih lena dibuai mimpi
Bercengkerama dengan ilusi
Pasti, aku kecundang lagi
Kurenung masa depan
Kulihat kepulan awan
Gagah berarak mampan
Kumahu sebegitu
Tegap mantap dan jitu
Walau apa jua aral yang lalu
Semoga berjaya!
Senyum
Kembali senyum si pendek
Dek kerana rokok kretek
Tapi itu hanya seketika
Sementara kreteknya masih menyala
Api padam
Dalam kelam
Tangan genggam
Dendam pendam
Hati, simpan dalam
Sorok diam-diam
Seketika setelah itu
Kembali senyum si pendek
Jahil
(bicara anak kecil di stesen keretapi)
Lihat itu, cicak kubing
Lihat itu, anjing menonggeng
Lihat itu, tenggiling berguling-guling
Dengar itu, keretapi berdesing
Lihat itu, manusia terbaring
Muhasabah
Saat hati luka perih
Kata-kata lahir berbuih-buih
Jangan percaya begitu saja
Itu mainan minda kecewa
Kelak bakal memakan jiwa
Fikir benar dalam-dalam
Mengapa begini takdirmu
Pasti ada asbabnya
Bangkit, lawan!
Ini angkara syaitan!
Refleksi
Kau!! Sibuk berkata-kata
Kau!! Sibuk memaki cela
Kau!! Sibuk menjual cerita
Seantero dunia kau jaja
Kau tahu perihal dosa?
Tua
Pening-pening, kau gering
Dek masalah yang kian meruncing
Semakin dirimu, dimamah usia
Berikhtiar mahu, tiada daya
Cuma mampu memikir cara
Itu saja tiada guna
Realisasinya yang berharga
Kini kau tiada lagi fungsinya
Selamat tinggal.
Sahaya
Dia sering saja berang
Tapi apa salahku?
Aku telan saja kata sinisnya
Kucuba tenangkan dia
Kucuba jelaskan padanya
Berang lagi dia padaku
Setiap kali usai bertelagah
Pasti aku akan menyembah
Jika ditanya atas dasar apa?
Jawabku, ini hukumnya
Aku hamba sahaya
Pesan
Jangan diagungi petah katanya
Manusia itu berbagai rupanya
Lihat benar dalam-dalam
Jangan tertipu dek hari kelam
Yang hitam tak pasti suram
Yang cerah tak pasti indah
Kata teman, ego itu harus ada
Asal jangan ego sang raja
Jangan pula terlalu menunduk
Kelak jadi si hina kutuk
Waspada!
Kata Orang (variasi)
Kata orang, cinta tidak memandang harta
Kata orang, duit bukan segalanya
Kata orang, kalau jodoh tak kemana
Kata orang.. Kata orang.. Kata orang
Persetankan kata mereka!
Lain orang lain nasibnya
Aku makan cili,
Kau pula kecoh pedasnya
Karma
Si miskin papa kedana
Menganggur di tepi jalan raya
Mata-mata liar memandang
Meninggalkan persepsi songsang
Dia juga mahakarya-Nya
Hati perasaan pasti ada
Jangan ditindas makhluk itu!
Kelak, kembali menggigitmu
100 Kata
Aku miskin hina
Tak bermakna aku tiada rasa
Segala padaku ada batas
Aku ingin ini, aku ingin itu
Aku tak mampu, aku diam membisu
Kau minta ini, kau minta itu
Aku menggembling tenaga
Kutumpu usaha, untukmu segalanya
Kuteran keringatku di atas normal
Padamu hanya usaha dangkal
Ini hakikatnya
Aku tiada daya
Aku papa kedana
Kau kaya kau ada rupa
Apa kau mahu, di depan mata
Batas? Ahh, kau K-A-Y-A!!
Dua dunia bersatu
Terhincut-hincut si kerdil semput
Hati dilanda ribut
Riang ria si gedang girang
Segalanya gampang senang
Satu hari, aku mahu melihat
Benarkah miskin itu hina
Kaya itu paling mulia?
(i)
Kau kerah semua tenaga
Kau cuba semua cara
Kau telan semua rasa
Tapi, gagal juga
Kau tahu kerana apa?
Kerana masanya belum tiba
Sekurang-kurangnya bukan "KINI"
Bukan untuk ketika ini
Saat ini, detik ini, bukan!
Mungkin suatu hari nanti
Jangan putus harapan
(ii)
Kini, kau sunyi
Kau sepi sendiri
Kau buntu hati
Kau tiada erti
Kau tahu kerana apa?
Kerana kau tiada Tuhan dalam hati.
Hina
Di dunia,
Sang Raja si gedang
Seantero memandang
Sang Peminta di jalang
Serba kurang
Noktah
Kasta
Kulihat rakanku, bahagia
Kulihat kelilingku, bahagia
Kulihat keluargaku, bahagia
Kulihat diriku, kulihat dia
Aku dan dia?
Oh, kasta kami berbeza.
Mimpi
Aku kembali bermimpi, mimpikan dia
Kali ini, ceritanya banyak lara
Bukan, banyak duka-lara-kecewa
Tetapi,
Itu semua semasa plotnya masih berkembang
Sama seperti kita yang sentiasa sumbang
Sumbang dengan kesalahan berulang
Berulang-ulang-ulang.....
Namun,
Di penghujungnya, dia bertanya
Benar aku cinta kan dia?
Aku tetap aku, dia tetap dia
Ya kataku, ya katanya!
Sekali lagi tapi,
Itu penghujung yang aku impikan, yang aku mimpikan!
Menjadi realitinya, entah bagaimana.
Ahh, hampa!
Syukur
Segala tunjuk ajar
Dalan ingatanku, masih segar
Segala kata nasihat
Dalam benakku, masih ingat
Aku bersyukur
Dia menghantar kau padaku
Walau seketika
Walau bukan selamanya
Dia Maha Esa
Maha Penentu segala
Dialah yang satu
Perancangan-Nya jitu
Hanya yang terbaik untukku
Juga untuk dirimu
Maaf
Kini, aku mulai sedar
Kata yang kononnya kelakar
Sebenarnya hambar
Malah, kasar!
Kini, aku mulai sedar
Tingkah laku tak wajar
Sememangnya menimbulkan gusar
Malah, ada hati tercalar!
Lumrah manusia sejak azali
Hanya pandai menuding jari
Yang benar hanya diri sendiri
Maafkan aku, bidadari.
Sayang
Setiap ucap kata
Setiap herdik cela
Setiap cubaan jenaka
Yang kadang, langsung tak kelakar
Setiap sumpah janji
Setiap caci maki
Setiap ungkap benci
Yang kadang, macam babi
Penghujungnya,
Hanya satu fakta
Aku sayang dia
P.S. I Love You
Harapan
Bahagia aku, entah kenapa
Aku semakin percaya dengan fantasi
Walau sekadar ilusi duniawi
Mustahil itu sememangnya pasti
Tapi, menjadi kenyataan ada probabiliti
Biarkan,
Aku suka begini
Aku mampu tersenyum
Aku mampu tersengeh
Aku mampu tergelak
Aku mampu terbahak
Kerana ilusi fantasi ini
Walau tidak hakiki tidak pasti
Sekurang-kurangnya, memberi harapan
Kepada Sang Mantan
Masa
Masa kian berlalu
Tak pernah sedetik menunggu
Bangkitlah kau dari tidurmu
Jangan lalai terkulai layu
Kerjakan apa yang patut!
Usah kau merengek kalut melalut!
Kalau berkata biar tepat
Pegang janjimu erat-erat
Baru dihormati sekalian umat
Kelak berjaya dunia akhirat
Nafsu
Bicara tentang kehendak dan kemahuan
Tiada siapa yang mampu peroleh semua
Kononnya semua salah karma
Bukan, kau yang salah! Kau salah!
Walau sekuat mana, walau semegah mana
Semua bergantung pada qada' dan qadar
Serakus mana nafsumu
Sepantas mana akalmu
Setegap mana tenagamu
Ingat ini dibenakmu
"Jadi. Maka jadilah ia"
Itulah kuasa-Nya
Kau faham itu
Segalanya mudah bagimu
Tiada lagi tuding jari
Hidupmu aman harmoni
Biarlah menyembah bumi
Asalkan hidup diredhai
Angan
Sunyi sepi aku sendiri
Berbaring di atas rusuk kiri
Jika aku terus begini
Masih lena dibuai mimpi
Bercengkerama dengan ilusi
Pasti, aku kecundang lagi
Kurenung masa depan
Kulihat kepulan awan
Gagah berarak mampan
Kumahu sebegitu
Tegap mantap dan jitu
Walau apa jua aral yang lalu
Semoga berjaya!
Senyum
Kembali senyum si pendek
Dek kerana rokok kretek
Tapi itu hanya seketika
Sementara kreteknya masih menyala
Api padam
Dalam kelam
Tangan genggam
Dendam pendam
Hati, simpan dalam
Sorok diam-diam
Seketika setelah itu
Kembali senyum si pendek
Jahil
(bicara anak kecil di stesen keretapi)
Lihat itu, cicak kubing
Lihat itu, anjing menonggeng
Lihat itu, tenggiling berguling-guling
Dengar itu, keretapi berdesing
Lihat itu, manusia terbaring
Muhasabah
Saat hati luka perih
Kata-kata lahir berbuih-buih
Jangan percaya begitu saja
Itu mainan minda kecewa
Kelak bakal memakan jiwa
Fikir benar dalam-dalam
Mengapa begini takdirmu
Pasti ada asbabnya
Bangkit, lawan!
Ini angkara syaitan!
Refleksi
Kau!! Sibuk berkata-kata
Kau!! Sibuk memaki cela
Kau!! Sibuk menjual cerita
Seantero dunia kau jaja
Kau tahu perihal dosa?
Tua
Pening-pening, kau gering
Dek masalah yang kian meruncing
Semakin dirimu, dimamah usia
Berikhtiar mahu, tiada daya
Cuma mampu memikir cara
Itu saja tiada guna
Realisasinya yang berharga
Kini kau tiada lagi fungsinya
Selamat tinggal.
Sahaya
Dia sering saja berang
Tapi apa salahku?
Aku telan saja kata sinisnya
Kucuba tenangkan dia
Kucuba jelaskan padanya
Berang lagi dia padaku
Setiap kali usai bertelagah
Pasti aku akan menyembah
Jika ditanya atas dasar apa?
Jawabku, ini hukumnya
Aku hamba sahaya
Pesan
Jangan diagungi petah katanya
Manusia itu berbagai rupanya
Lihat benar dalam-dalam
Jangan tertipu dek hari kelam
Yang hitam tak pasti suram
Yang cerah tak pasti indah
Kata teman, ego itu harus ada
Asal jangan ego sang raja
Jangan pula terlalu menunduk
Kelak jadi si hina kutuk
Waspada!
Kata Orang (variasi)
Kata orang, cinta tidak memandang harta
Kata orang, duit bukan segalanya
Kata orang, kalau jodoh tak kemana
Kata orang.. Kata orang.. Kata orang
Persetankan kata mereka!
Lain orang lain nasibnya
Aku makan cili,
Kau pula kecoh pedasnya
Karma
Si miskin papa kedana
Menganggur di tepi jalan raya
Mata-mata liar memandang
Meninggalkan persepsi songsang
Dia juga mahakarya-Nya
Hati perasaan pasti ada
Jangan ditindas makhluk itu!
Kelak, kembali menggigitmu
100 Kata
Aku miskin hina
Tak bermakna aku tiada rasa
Segala padaku ada batas
Aku ingin ini, aku ingin itu
Aku tak mampu, aku diam membisu
Kau minta ini, kau minta itu
Aku menggembling tenaga
Kutumpu usaha, untukmu segalanya
Kuteran keringatku di atas normal
Padamu hanya usaha dangkal
Ini hakikatnya
Aku tiada daya
Aku papa kedana
Kau kaya kau ada rupa
Apa kau mahu, di depan mata
Batas? Ahh, kau K-A-Y-A!!
Dua dunia bersatu
Terhincut-hincut si kerdil semput
Hati dilanda ribut
Riang ria si gedang girang
Segalanya gampang senang
Satu hari, aku mahu melihat
Benarkah miskin itu hina
Kaya itu paling mulia?
Wednesday, November 16, 2011
Ada Apa Dengan Cinta
Puisi 1
Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
SATU
Puisi 2
Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar aku mau dipasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai
Puisi 3
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja
Karya : Rako Prijanto
Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
SATU
Puisi 2
Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar aku mau dipasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai
Puisi 3
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja
Karya : Rako Prijanto
