Menung
Ku gali jauh je dalam lubuk hati
Mencari arti, mencari misi
Keluarga dan rakan
Aku kenangi, peningkat motivasi
Semoga selamat semua
Salam ke santero dunia
Syukur (ii)
Walau musibah, walau yang indah
Walau gundah, jangan mengalah
Alhamdulillah
Warkah - Angan (ii)
Aku renung masa depan
Aku lihat kepulan awan
Gagah berarak mampan
Bersatu menempuh rintangan
Aku mahu sebegitu
Tegap, mantap dan jitu
Walau apa jua aral yang lalu
Kita tempuh satu persatu
Terbayang aku akan masa hadapan
Semoga berjaya rakan-rakan
Jangan lupa tingkatkan amalan
Semoga dilindungi, diberkati Tuhan

No comments:
Post a Comment