Sunday, October 21, 2012

Last Wish

今まで生きていておめでとう。
今までそばにいてありがとう。

Wednesday, October 10, 2012

Ye dok?

Assalamualaikum. Sihat-sihat lah kalian hendaknya. :)
Jadi, ceritanya sekarang ini, aku sudah mula dengan kehidupan semester dua di Bumi Sakura ini. Enam bulan di sini, banyak sudah aku belajar dan masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Terutama dalam bagaimana untuk mengurus kewangan agar lebih teratur dan tidak menjadi miskin papa kedana setiap hujung bulan. Ye dok?
Perkara yang paling membuat aku teruja dalam semester dua ini adalah salji. Walaupun di Chiba ini, kadar salji nya hampir tiada, tetapi semoga tahun ini adalah turun sedikit. Walaupun aku mungkin akan membencinya di kemudian hari, tapi biarlah aku menyesal kerana aku telah merasa nya sendiri. Tak menarik lah kalau dengar orang cakap sahaja. Ye dok?
Oh, berbalik kepada cerita berkenaan bagaimana aku perlu lebih bijak menguruskan hal ehwal kewangan. Sebenarnya dalam sekitar tiga bulan lagi, aku merancang untuk pindah rumah. Jadi, aku perlu lah menyediakan sejumlah wang yang secukupnya dek kerana kos untuk menyewa rumah di Jepun ini sangat mahal terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar seperti Chiba ini. Jadinya, nak joli? Jangan harap lah. Selain itu, aku juga ada berhutang dengan rakan-rakan. Sungguh tidak molek jika aku yang masih berhutang ini, dengan selamba berjoli sakan. Ye dok?
Aku sebenarnya tidak mahu bercerita apa-apa berkaitan akademik kerana keputusan untuk semester satu aku tidak lah begitu baik, akan tetapi, disebalik ke-tidak-berapa-baik-kan itu, aku sangat berpuas hati. Jadi biarlah keputusan itu seperti itu. InsyaAllah aku akan lebih berusaha untuk semester dua ini. Kalau tak berusaha, macam mana nak berjaya. Ye dok?
Mungkin anda semua tertanya-tanya, mengapa di setiap hujung perenggan di atas, pasti ada perkataan "Ye dok?". Bahasa apakah ini? Loghat apakah ini? Macam pelik sahaja walaupun selalu lah juga didengari. Ketahuilah bahawa aku pun tak tahu sebab apa. Jadi, bagaimana aku nak terangkan kalau aku sendiri tak tahu. Ye dok?
Sekian.