Hello everybody :) setelah sekian lama, aku rasa nak menaip semula. Banyak sangat perkara yang berlaku. Tapi takpa, itu semua pengalaman hidup. Harap harap aku semakin dewasa. Aku ada berazam nak kurangkan bising tapi masih gagal. Tapi aku akan masih berusaha utk mencapai azam aku.
Lebih kurang dua minggu lagi aku ada Examination for Japan University (EJU) yang akan menentukan masa depan aku. Fly ke tak fly ditentukan berdasarkan dua exam dan EJU ni salah satu. Aku dah mulakan momentum dua minggu yang lalu kira kira sebulan sebelum EJU tapi momentum tu masih tak stabil. Aku kena lebih berusaha nampaknya. Apa apa pon doa daripada ahli keluarga dan rakan rakan sangat diperlukan. Aku ingin meminta maaf jika ada salah dan silap. Ok dah. :)
Post ini sebenarnya nak menyatakan kesakitan hati aku kepada junior aku iaitu pelajar RPKJ AAJ batch 30. Pertama sekali sila amati pepatah melayu "seekor lembu membawa lumpur, semua terpalik". Maka dengan itu cerita pon dah boleh mula. Petang semalam setelah selesai kelas jam enam petang, hujan turun agak lebat seketika dan kembali renyai setelah tak berapa lama. Aku dan rakan rakan berjalan di bahagian laluan pejalan kaki dengan girang kerana kelas dah habis. Secara tiba tiba *splashh!! Lopak air ditepi kami digilis oleh sebuah kereta nissan lama dan air air tu terkejut lalu melompat ke arah kami yang sikit pon tak terkejut. Hasilnya, tadaaa. Tak kuyup pon. Basah sikit je. Tapi yang lencun adalah hati hati kami. Kerana apa? Haa meh nak cerita. Kereta tu junior yang punya. Tingkap belakang kereta tu terbukak menonjolkan muka junior yang girang berkereta dan mungkin ada perasaan kerek dalam hati mereka. Aku yang basah sikit tadi lantas mencarut degan kuat di tepi jalan. Adalah sungguh tak beradap apabila ada orang jalan dekat tepi dan kau yang berkereta tak pandai nak perlahanlan malah tunjuk muka bangga lagi lepas membasahkan kitorang. Perkara ini tambah sakit hati kerana yang biadap ni junior pulak. Jadi disebabkan beberapa ekor junior yang up berkereta ni berkelakuan seperti anjing, maka tak salah aku melabelkan semua mereka anjing. Aku berazam nak meludah di kereta itu dihadapan tuannya sbb nak pancitkan tayar mcm jahat kan. Jadi aku hanya nak meludah je lah sebagai tanda penghinaan yang mana kami pon manusia dan layak dihormati. Mulai harini sampailah junior tu minta maaf aku berazam utk mencarut dihadapan semua junior dan mungkin mengangkat jari tengah. Perkara ini mungkin akan menggangu exam aku tetapi aku masih berkeras kerana sakit hati. Bukan aku tak boleh maafkan, dah maafkan dah pon cuma aku nak junior tu sedar yang dia boleh berhenti tepi minta maaf dan tidak mungulangi kesilapan. Mungkin aku pon ada buat salah tapi aku akan sedaya upaya meminta maaf jika aku salah.
Jadi haa macamtulah ceritanya. Malangkan. Mungkin ini karma. Jadi aku redha. Cuma yang anjing anjing tadi tulah. Sakit betul hati saya. Ok sekian sahaja. Assalamualaikum :)
