Tuesday, March 20, 2012

Restu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sanak saudara ahli keluarga, guru-guru, sahabat handai, rakan-rakan dan geng kerana telah banyak membantu dalam proses saya menjadi manusia yang kini akan melanjutkan pelajaran ke negara Matahari terbit, Jepun. 
Penerbangan dijangkakan pada jam 11.30 malam waktu Malaysia di KLIA. Jadi di kesempatan ini, sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan dan diharap dapat mendoakan segala urusan saya berjalan lancar. Selamat pergi dan selamat pulang dengan segulung ijazah. Jasa baik kalian insyaAllah sentiasa dalam ingatan dan moga-moga Allah membalas jasa kalian dengan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. 
Saya juga ingin meminta dihalalkan makan minum serta jika ada hutang piutang, minta diberi tahu sesegera mungkin agar mampu saya melunaskannya. Saya insan biasa, mudah alpa dan leka. 
Buat ahli keluarga sahabat handai di Malaysia, minta ditengok-tengokkan ibu dan ayah saya. 
Semoga segalanya berjalan lancar dan dirahmati yang Esa.
Sekian, terima kasih. :) Assalamualaikum.

Tuesday, March 13, 2012

"Quality Time"

Hari ini, berjalan lagi. Lagi dan lagi. Tapi takpa, berjalan berjumpa kawan. Demi kawan, apa pon boleh. :) Pengangkutan awam terpaksa digunakan berikutan kereta masih lagi belum siap. Jadi, tadi hanya lepak-lepak "quality time" dalam istilah kami rakan-rakan. Memang berkualiti lah. Gurau senda gelak tawa. Macam biasa. Tadi aku menghabiskan kupon buku dengan senaskah buku, pensel tekan dan lego gitar elektrik. Agak nice juga sebenarnya. Setibanya aku di kedai mamak pelita, masing-masing rakan-rakan bersemangat mengusahakan lego kecil itu. Alhamdulillah berjaya. (sambil mengunyah Cheese Nan)


Kemudian bergerak main pool sambil menonton cerita Azura. Haa, disini aku baru mengenali wajah Neelofa yang menjadi topik hangat dikalangan rakan-rakan. Pada aku, Hot lagi Siti Saleha. :) Setelah itu, makan-makan, pulang. Ambil kereta yang baru siap. Sedap hati. Lesen P dah habis, kereta dah elok. Boleh berjalan dengan tenang berjumpa rakan-rakan lagi. Masalah cuma kadar kewangan yang semakin lama semakin merosot. Tapi apakan daya. Jiwa remaja boros dan tak pandai nak berjimat ini terus memberontak. Moga-moga segalanya berjalan lancar. 
Semoga semakin banyak "quality time" yang berjaya. Selamat malam penduduk Bumi.

Friday, March 9, 2012

warna warni

1. Assalamualaikum :) Moga-moga dengan memberi salam yang diikuti senyuman dapat meredakan kemarahan.
2. Khas kepada "si dia" yang menjadi topik hangat dikalangan aku dan rakan-rakan. 
3. Motif aku dan rakan-rakan mengapi-apikan dia berjaya. 
4. Memang tingkah laku kami ini dikira keji. Tapi, niat dihati tidak lah sekeji yang disangkakan. 
5. Halnya bermula daripada side di sana juga. Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Itu apa yang kami fikirkan.
6. Mula-mula aku cuba buat tak endah. Tapi maruah kenalah jaga kan. 
7. Orang maki kita, kita senyum-senyum menganjing balik  sikit-sikit cukup kot. :) 
8. Langkah-langkah yang perlu dilakukan telah terlaksana. Moga-moga segalanya berjalan lancar. 
9. Kemaafan dipohon kepada Allah S.W.T dan diharapkan pihak yang terasa hati dapat juga memaafkan.
10. Pihak kami sudah memaafkan kerana kami memegang konsep "maafkan orang sebelum tidur". Lekkk!! 
11. Assalamualaikum. :)

Saturday, March 3, 2012

The name is bond , James Bond

Kini disaat-saat akhir sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku semakin sedar akan perubahan yang berlaku. Perubahan yang pada mulanya hanya aku nampak pada orang, lama-kelamaan semakin terpancar daripada tubuhku sendiri. Selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sebentar tadi, aku tersedar bahawa ada bond yang semakin kuat dan ada bond yang semakin lemah. Bond yang aku maksudkan adalah bond persahabatan. Dulu, "geng" aku hanyalah satu geng yang betul-betul geng lah. Hujung minggu, pasti bersama. Sebab hari-hari lain ada kelas. Kawan-kawan lain? Campak tepi. Bila tak bersama geng, baru cari kawan lain. Itu aku lah. Dulu! Mungkin sebahagian dari geng aku yang dulu pon macamtu. Tapi, sekarang, Alhamdulillah kawan-kawan semua sama rata. Maksudnya, kawan-kawan lain ada dihubungi, geng dulu masih ada contact sikit-sikit cuma tak serapat yang dulu. Suam-suam kuku sahaja lah. Mungkin juga, sebenarnya ini satu proses pembentukan geng baru. Tapi takpalah, memang bond tu boleh renggang boleh ketat, asalkan tak betul-betul putus sudah lah. Selagi boleh, kita usahakanlah mengetatkannya. :)
Dalam persahabatan, macam-macam lah ragamnya, songehnya, asam garamnya. Benda-benda itu lah yang buat persahabatan jadi syok! Sekian sahaja untuk kali ini. Pendek macam khutbah Jumaat semalam. Harap-harap ada intipati yang penting, macam khutbah Jumaat semalam jugak. Assalamualaikum. :)