Kini disaat-saat akhir sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku semakin sedar akan perubahan yang berlaku. Perubahan yang pada mulanya hanya aku nampak pada orang, lama-kelamaan semakin terpancar daripada tubuhku sendiri. Selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sebentar tadi, aku tersedar bahawa ada bond yang semakin kuat dan ada bond yang semakin lemah. Bond yang aku maksudkan adalah bond persahabatan. Dulu, "geng" aku hanyalah satu geng yang betul-betul geng lah. Hujung minggu, pasti bersama. Sebab hari-hari lain ada kelas. Kawan-kawan lain? Campak tepi. Bila tak bersama geng, baru cari kawan lain. Itu aku lah. Dulu! Mungkin sebahagian dari geng aku yang dulu pon macamtu. Tapi, sekarang, Alhamdulillah kawan-kawan semua sama rata. Maksudnya, kawan-kawan lain ada dihubungi, geng dulu masih ada contact sikit-sikit cuma tak serapat yang dulu. Suam-suam kuku sahaja lah. Mungkin juga, sebenarnya ini satu proses pembentukan geng baru. Tapi takpalah, memang bond tu boleh renggang boleh ketat, asalkan tak betul-betul putus sudah lah. Selagi boleh, kita usahakanlah mengetatkannya. :)
Dalam persahabatan, macam-macam lah ragamnya, songehnya, asam garamnya. Benda-benda itu lah yang buat persahabatan jadi syok! Sekian sahaja untuk kali ini. Pendek macam khutbah Jumaat semalam. Harap-harap ada intipati yang penting, macam khutbah Jumaat semalam jugak. Assalamualaikum. :)

No comments:
Post a Comment