Its all about the ORANGE
Tuesday, January 24, 2012
Saturday, January 21, 2012
Saturday, January 14, 2012
we are family
Today, 14th January 2012. In addition to Sal's 20th birthday, the "family" gathering gave a lot of sweet and unforgettable memory for us. Eventhough just for a while, on top of it, the beautiful-lovely-cheerful moment is the most important. We do share the happiness. Despite of me being a loner (terserempak dengan paan masa jalan sorang and straight kena pangkah loner -.-), i can still enjoy the family quality time with my friends. Tambah ada seorang "ahli" baru pulak. Nice. A well-span day. We are family. Welcome to the family Dan :)
And this is just what I'm thinking of our situation right now. Or maybe in the future. A long-lost friend come back together and back being a child. NICE!
And this is just what I'm thinking of our situation right now. Or maybe in the future. A long-lost friend come back together and back being a child. NICE!
Sunday, January 1, 2012
Raban
Tuku merupakan seorang anak yatim yang kehilangan ibunya sejak kecil lagi. Dia dibesarkan oleh ayahnya yang kemudiannya berkahwin dengan Aminah, ibu tirinya. Seperti mana nasib si anak tiri dalam dongeng rakyat, begitulah juga nasib si Tuku yang tidak kurang malangnya.
Hari ini, hari jadi Tuku. Kini dia genap berusia 63 tahun. Usia 63 tahun masih dikira mentah kerana rakyat di kampung Tuku secara puratanya hidup sehingga usia mencecah 365 tahun. Di setiap hari jadinya, Tuku tak pernah merasa gembira. Malah, makin terseksa. Tetapi, hari ini, dia mampu melonjak gembira keriangan kerana akhirnya ibu tirinya (atas faktor yang munasabah) menghalaunya keluar dari rumah. Ini bermakna dia tidak perlu lagi melihat rupa busuk ibu tirinya itu. Dia keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan perasaan gembira. Tetapi, bapanya, sedih duka kecewa. Sebelum keluar, Tuku menyalam bapanya dan berkata bahawa suatu hari dia akan kembali untuk membalas jasa bapanya. Dia tidak akan pernah lupa segala tunjuk ajar bapanya yang bermanfaat.
Maka, bermulalah perjalanan Tuku sebagai anak gelandangan yang tiada hala tuju tetapi mempunyai keazaman yang tinggi didalam hati. Dia mula mngorak langkah dengan memberanikan diri menahan perahu di tepi sungai untuk menumpang hingga sampai ke bandar. Di bandar, dia memberanikan diri pula dengan mencari tempat berteduh di mana yang mampu. Untuk makan dan minum, dia mengemis. Begitulah hidup Tuku sehari-hari sehingga dia terlihat seorang anak kecil yang mengetuk rumah ke rumah untuk meminta upah mengemas laman memotong rumput untuk menyara hidup. Maka dari itu, tergeraklah Tuku untuk mencari inisiatif seperti anak kecil itu. Dia kemudiannya menjadi semakin rajin dengan mengutip botol lama, surat khabar lama dan mencuci kereta. Kini hidupnya lebih teratur. Dia ada kerja yang boleh dilakukan untuk menyara hidupnya. Walaupun papa kedana, dia berjaya menyempurnakan hidupnya sehinggalah dia lanjut usia.
***
Usia Tuku kini menjangkau 193 tahun. Dia masih seperti dulu. Bezanya kini dia berkereta, beranak kembar dua dan mempunyai syarikat sendiri. Isterinya Peah anggun bak bidadari dari kayangan. Pasti ramai yang tertanya bagaimana Tuku mampu menjadi seperti itu?
Begini, ketika dia masih meneruskan hidupnya mengutip botol lama dan surat khabar lama, tiba-tiba ada seorang gadis yang kelihatannya agak gila berlari kepadanya dan meminta bantuannya untuk menyelamatkan dirinya daripada dikejar oleh 40 orang penyamun. Tuku yang tidak tahu apa-apa memberi pertolongan semampu daya dan akhirnya gadis itu berjaya bersembunyi daripada dikesan oleh 40 orang penyamun. Setelah keadaan kembali tenang, si gadis menceritakan apa yang berlaku kepada Tuku. Rupa-rupanya, 40 orang tadi merupakan pekerja ibu tiri Tuku yang kejam dulu. Si gadis tadi memegang rahsia berkenaan ibu tiri Tuku yang boleh menyebabkan ibu tiri Tuku dipenjarakan dan segala hartanya di rampas. Jadi, Tuku yang sememangnya berdendam dengan ibu tirinya memastikan rahsia itu sampai ke pihak berkuasa dan segalanya berjalan mengikut prosedur yang betul. Tiada rasuah.
Setelah ibu tiri Tuku didapati bersalah dan dipenjarakan, Tuku akhirnya kembali menemui bapanya walaupun dia masih papa kedana. Akan tetapi, tanpa diketahuinya, jasanya memeberkas ibu tirinya itu amat dihargai rakyat jelata kerana ibu tirinya itu dipercayai menggelapkan duit rakyat dan masing masing memberi sumbangan sekupang-dua seorang kepadanya dan dengan modal yang tak seberapa akhirnya dia mebuka perniagaan kecil-kecilan. Maka dengan itu, masa depan Tuku semakin cerah dan akhirnya menjadi usahawan yang berjaya. Dia berkahwin dengan gadis yang dijumpainya secara tak sengaja itu, Peah namanya.
Dalam masa kesusahannya, Tuku tidak pernah pasrah kerana pasrah baginya adalah menyerah. Dia hanya redha dengan ketentuan hidupnya dan bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun perih, itulah kehidupan. Walau palat sekalipun, pasti akan ada hikmahnya. Kini dia hidup dengan aman damai sambil menikmati sisa hidupnya kira-kira 170 tahun lagi.
"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" - ombak rindu
"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" - ombak rindu


