Pertama sekali, ketahuilah bahawa ini bukan percubaan pertama. Hahaha. Penat aku berpeluh untuk menjadikan yang satu ini. Itu pun tak tinggi mana. Ollie sambil bergerak masih dalam latihan. Untuk ketika ini, hanya ini yang mampu. Maklumlah, Beginner. Moga-moga, hari-hari mendatang akan lebih baik dari ini. Assalamualaikum :)
Wednesday, May 30, 2012
Adab sesama manusia
- Pertama sekali, aku ingin menekankan bahawa aku tidak sempurna.
- Aku tidak kata aku tidak pernah mencaci manusia.
- Malah aku pernah mencaci dengan keji sehinggakan jika aku fikir kembali, mungkin kedudukan aku lebih rendah dari babi.
- Lama-kelamaan aku sedar, manusia juga mempunyai rasa dan ketahuilah bahawa engkau yang kacak gayanya yang sibuk mencaci maki itu mungkin akan hilang segalanya dalam sekelip mata.
- Aku terbaca suatu tweet rakan di laman sosial twitter yang sesuai untuk direnungkan yang berbunyi,
"The manner you deal with people is the same
manner Allah will deal with you in dunya and hereafter"
manner Allah will deal with you in dunya and hereafter"
Tuesday, May 29, 2012
Kembali
Kebelakangan ini aku kurang kental
Dahulu, pernah juga tidak kental
Cuma kali ini sedikit berbeza
Kecewa, terasa ekstra
Mungkin sudah tiba masanya
Bahagian roda yang selesa di atas
Enak dibuai angan Mat Jenin
Berputar kebawah, kembali memijak tanah
Kembali
Dahulu, pernah juga tidak kental
Cuma kali ini sedikit berbeza
Kecewa, terasa ekstra
Mungkin sudah tiba masanya
Bahagian roda yang selesa di atas
Enak dibuai angan Mat Jenin
Berputar kebawah, kembali memijak tanah
Kembali
Monday, May 28, 2012
Renung-renungkan-renungan
gambar sekadar hiasan
Aku baru selesai menghantar Maklumat Peribadi dan juga Mesej kepada para Junior berkenaan dengan hidup aku di Chiba, Jepun ini. Aku bukan sengaja terhegeh-hegeh menghantar dua perkara itu, cuma atas permintaan sensei dan juga hal ini telah menjadi tradisi. Jadi, aku perlu buat.
Ketika hendak menulis sedikit kata-kata kepada sensei aku teringat akan suatu persoalan yang aku dengar semasa aku masih di bangku sekolah dahulu dan persoalan itu adalah daripada seorang penceramah motivasi di sekolah dahulu. Aku pernah mengupas sedikit isu ini di dalam blog. Jika rajin, carilah. Sekadar untuk renungan. Agar kita tidak alpa dek kesenangan yang membutakan jiwa.
"who's packing your parachute??"
Wednesday, May 23, 2012
(劉 先生) Ryuu Sensei
Detik ketika aku sedang menaip ini, kelas Fizik (Works and Kinetic Energy) sedang berjalan. Aku bukan skip kelas, aku ada di dalam kelas. Malahan barisan ketiga dari hadapan di mana tempat duduk ini aku rasa paling strategik kerana pensyarah mengajar menggunakan slide dan papan hitam. Tapi malangnya, aku masih tidak mampu memahami apa yang diajar oleh beliau. Secara lebih jelas lagi, berani aku katakan bahawa aku tidak faham langsung. Secara teknikalnya apa yang ditulis, apa yang dikira, aku faham. Cuma untuk apa gunanya? Bila gunanya? Bagaimana gunanya? Itulah persoalan yang berlegar dimindaku. Jika berterusan begini, bagaimana mampu aku hendak pulang dengan segulung ijazah?
Mungkin ada yang akan mengkritik, dengan kelakuan aku ini, bagaimana hendak faham. Tidak dengar apa pensyarah terangkan. Tidak salin nota. Buat perkara lain. Tidak fokus! Tetapi, ketahuilah bahawa aku telah cuba segalanya. Aku pernah fokus, aku pernah salin nota, aku pernah dengar apa yang pensyarah terang di hadapan. Cuma, aku masih tidak mampu menyelesaikan persoalan yang aku sebutkan tadi.
Pernah aku terfikir bahawa mungkin aku memang tidak sesuai dengan bidang kejuruteraan atau lebih tepat aku katakan aku tidak sesuai dengan subjek Fizik. Masalah bahasa? Mungkin, tetapi pada aku itu bukan masalah utama. Subjek lain seperti Matematik, aku bukanlah sempurna, sekurang-kurangnya aku faham dan mampu menyelesaikan masalah kira-kira itu sendiri. Tetapi dalan konteks soalan Fizik, aku lemah tak berdaya. Mungkin salah pensyarah ini, cara beliau mengajar? Di sebelah kiri aku, rajin dia belajar sendiri. Di sebelah kanan, gigih dia menahan mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Belakang dia, kepala atas meja. Berbagai-bagai lagi ragam di dalam kelas ini. Mungkin salah pensyarah, bukan?
Aku menaip ini menerusi telefon selular milikku cuba untuk membunuh masa yang rasanya seakan siput yang berjalan di atas treadmill. Tetapi jika bermain, satu jam setengah ini seperti Usain Bolt berlari di atas walkalator. Benar orang kata seminit itu panjang pendek nya bergantung kepada situasi semasa. Maka, cukuplah sampai di sini untuk catatan kali ini. Ada lebih kurang lima belas minit sebelum rehat tengahari. Aku perlu bersiap sedia untuk pulang. Assalamualaikum.
Tuesday, May 15, 2012
Heran Aneh Pelik
gambar sekadar hiasan
Lucu melihat situasi di Jepun kini. Maksud aku, dalam lingkungan keberadaan aku di Chiba ini. Aku aneh melihat dalam kalangan rakyat Jepun yang satu bangsa, satu negara dan barangkali satu agama ini, masih ada insan yang tidak berteman atau lebih molek dikatakan tidak berkawan. Walhal, aku selaku orang asing ini pun boleh diterima dalam segelintir kumpulan kecil walaupun tidak ramai.
Sudah menjadi lumrah hidup jika orang asing di pinggirkan, tetapi bagaimana dengan nasib warga Jepun yang dipinggirkan itu? Baiklah, cukup sekadar disitu dan persoalan ini aku ingin timbulkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia di sini pula.
Ada dikalangan kami yang menjadi topik hangat perbualan kosong yang kononnya sambil berbual sambil mengeratkan hubungan silaturrahim. Mengatakan tentang "si dia". Baiklah, itu dari aspek mengumpat, biarkanlah manusia dengan kealpaannya. Yang aku herannya adalah apabila sambil berkumpul dengan keberadaan "si dia" golongan yang besar ini hanya bergelak ketawa sesama sendiri, tetapi membisu dan langsung tidak menyapa apabila dengan "si dia". Mungkin ada kisah dibelakang cerita yang aku kurang tahu tetapi jika perkara itu melibatkan satu individu dengan "di dia", biarkanlah mereka jika tidak mahu membaikkan hubungan mereka. Janganlah menghasut orang lain untuk membenci "si dia".
Aku sebagai orang baru yang kurang faham hanya memerhati dan alhamdulillah aku cuba untuk menjaga hubungan dengan semua orang walaupun kini ada bibit-bibit dimana ada seseorang itu gayanya seperti tidak menyukai kewujudan aku. Aku ada cuba menegurnya beramah mesra. Tetapi apakan daya, payah untuk puaskan hati semua orang.
Berbalik kepada cerita "si dia" yang dipulaukan. Mungkin dia ada usaha untuk berbaik dengan semua orang tetapi caranya tidak kena, ataupun dia sememangnya tidak menegur orang dan suka menyendiri, itu aku kurang pasti. Tetapi, pada pendapat aku yang masih mentah dalam kehidupan ini, tak salah jika golongan yang besar itu yang mendekati orang-orang yang aneh ini kerana "si dia" itu kan aneh, pasti sukar untuknya masuk ke dalam kumpulan besar dan jika kumpulan besar itu menerima "si dia", pasti "si dia" berpotensi untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan kumpulan yang besar itu tadi.
Sekian sahaja, agak berjela untuk bercerita satu kisah yang mudah, tetapi ketahuilah bahawa kisah mudah ini amat sukar untuk diselesaikan. Kerana ini soal hati manusia, bukan soalan kira-kira. Sedangkan Logaritma pun tidak terjawab, inikan pula soalan hati hendak diungkap.
Monday, May 7, 2012
Damai
Malam ini luar biasa.
Sunyi, sepi tanpa sebarang bunyi.
Kosong yang mendamaikan.
Memberi inspirasi.
Tolong perangkap masa ini.
Sunyi, sepi tanpa sebarang bunyi.
Kosong yang mendamaikan.
Memberi inspirasi.
Tolong perangkap masa ini.

