pada tanggal tiga haribulan lima, aku menerima panggilan tawaran daripada jpa untuk melanjutkan pelajaran ke jepun. pada tanggal empat haribulan lima, aku sudah berada di um untuk membuat persediaan pembelajaran untuk ke jepun. gila babi kan?? dalam dua puluh empat jam, hidup aku bertukar dari lepak dan memekak, kepada belajar dan memekak. aku masuk ke alam universiti sebagai pelajar second intake tapi masuk awal. kira sekarang ni aku di antara first intake dengan second intake. woww kan??
kemajalan aku diteruskan apabila aku mendapat bilik yang memang agak berbau hancing dengan kipas yang perlahan dan kadang kadang mengeluarkan bunyi yang menarik. tambahan pula, aku duduk seorang. apabila pelajar second intake masuk seramai sembilan orang, nasib malang aku diteruskan lagi dan lagi kerana seorang pon takde yang masuk bilik aku. hebat kan?? ada yang mengatakan bilik aku ni ada something. tapi aku rasa hebat sebab duduk sorang sorang macam best. hhahahha.
study disini buat masa ni masih ok sebab aku dah ada basic jepun. tapi tak lama lagi stock basic jepun tu macam dah nak habis dan kami semua akan jadi sama rata. time tu mungkin akan mula menggelabah sebab banyak benda baru. so, sekarang ni je lah peluang nak enjoy. hahhahaha. buat masa ni dah ada tiga orang tarik diri and ramai yang mengarah kearah itu and semua perempuan. dah lah perempuan sikit. lama lama hilang lah mereka. tinggal lah kami semua lelaki. dan perasaan seperti di alam shah pon kembali. :))
buat masa ni semua ok sahaja. masih cuak tetapi berlagak tenang. jadi doakan lah saya berjaya menempuh dugaan dan berjaya terbang ke negara jopun. semua ni aku kena tempuh sebab mungkin ni lah yang terbaik untuk aku. jadi aku kena lah layan je dan meneruskan usaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir. :D arigatou gozaimashita.