Tiba-tiba seorang rakan lama bertanya khabar di Skype.
Aku teringat akan kata-kata seorang rakan yang mengeluh apabila dia ditinggalkan, dia tidak diajak.
Ini membuatkan aku teringat lagi kata-kata seorang rakan yang lain, yang mana dia mengeluh kerana asyik dia yang mengajak, dia yang bergerak.
Yang susah bila berkawan adalah apabila masing-masing menanti untuk ditegur, berharap untuk disapa, menunggu untuk diajak.
Cuba kita masing-masing, diri sendiri yang bertindak.

No comments:
Post a Comment