*Amaran keras! Cerita ini hanyalah berkaitan pendakian gunung semata-mata. Tiada kena mengena dengan kisah hidup sesiapa (kononnya).
Sunrise view from Mt. Fuji
Assalamualaikum pembuka bicara, kepada pembaca hok comei-comei belaka. Ini cerita bukan sebarang cerita, cerita lagenda dari Bumi Sakura.
Lagenda tak legenda, sini gua nak cerita. Bagaimana kisah hidup Leman Tonggek (Man) mendaki Gunung Fuji. Hendak di jadikan cerita, Man tiba-tiba diajak oleh rakannya, Roy (seorang pelupa) untuk melakukan aktiviti luar biasa iaitu mendaki Gunung Fuji. Dengan selamba, dia on dengan harapan bahawa segalanya berjalan lancar di mana Roy akan menguruskan segalanya kerana Roy yang mengajaknya. Tanpa diketahuinya, pengembaraan Man telah pun bermula sebelum dia sempat bergerak keluar dari rumahnya. Tiket bas untuk ke Gunung Fuji telah habis, kerana Roy lupa untuk memeriksa availability tiket
Reaksi Man : Apa, HABIS!?
(mata bulat, mulut ternganga, tangan digenggam erat)
Sesuatu saat dan ketika itu hanya datang sekali. Walaupun ada kemungkinan untuk dia mendaki Gunung Fuji lagi, tetapi tidak akan sama yang akan datang dengan yang kali ini. Jadi, Man terpaksalah dalam kelam-kabutnya mencari inisiatif agar sampai juga dia ke Gunung Fuji. Dengan bantuan rakannya, Man berjaya sampai ke Gunung Fuji iaitu dengan menaiki keretapi dan bas lompat-lompat sedangkan rakan lainnya menaiki satu keretapi dan satu bas dengan kos yang lebih murah. Namun, berkat keazaman yang membara dijiwa, dia berjaya.
Cerita ini menjadi semakin menarik apabila kisah ini berlaku dalam bulan Ramadhan dimana Man dan Roy wajib berpuasa sebagai Muslimin untuk menyempurnakan ibadah mereka kepada Allah SWT. Mereka akan memulakan pendakian pada waktu malam dan turun pada keesokan harinya. Jadi, pada mereka, semasa mendaki tiada langsung kaitan dengan puasa. Cuma ketika turun esoklah terdapat sedikit kesulitan. Akan tetapi, memikirkan "sedangkan zaman Nabi, umat Islam berperang ketika berpuasa", mereka dengan selamba meneruskan aktiviti mendaki. Di tambah pula keangkuhan mereka yang kononnya "mountain climbing bulan biasa is too mainstream" - (ni sekadar jenaka).
Dek kerana berpuasa, kali terakhir Man makan adalah sekitar jam 3 pagi dan kerana perjalanan Man menuju ke Gunung Fuji agak sukar, Man hanya berbuka dengan sepaket energy jelly. Setibanya dia di Gunung Fuji, rakan-rakan lain sudah menanti dan mereka bakal memulakan pendakian mereka dengan harapan tiba di puncak sebelum Matahari terbit. Man sedikit lega kerana Roy telah menyediakan makanan berat untuk dibawa ke atas sebagai persediaan untuk sahur. Jadi, puasa esok tiada masalah.
Permulaan mendaki, seperti biasa, harapan palsu dimana jalan yang sangat mudah. Seketika setelah itu, pendakian sebenar bermula. Semasa mendaki, kerana kelaparan, Man hanya mampu mengunyah Snickers dan energy jelly sebagai sumber tenaga untuk dia tiba di puncak. Ketika itu jugalah, secara tiba-tiba Roy mengeluh kekecewaan secara tiba-tiba. Cuba teka mengapa? Pastilah kerana ada sesuatu yang dia terlupa. Kali ini, dia terlupa bekal yang kononnya telah disediakan tadi. Tapi, apakan daya, perjalan mesti diteruskan. Di atas sana terdapat banyak kedai (udon) dimana mereka boleh makan sahur. Keadaan semakin parah apabila traffic di atas sana sesak. Orang terlalu ramai sehinggakan mereka perlu beratur ketika mendaki. Ditambah dengan cuaca yang sejuk menusuk kalbu, hal ini membuatkan Man mengantuk dan kadang-kadang tetrhuyung-hayang berseorangan. Kalau dia jatuh, pasti epic. Jadi, setelah 7 jam itu ini masalah mereka selesaikan, mereka tiba di puncak tepat pada masanya iaitu sebelum Matahari terbit. Subhanallah, memang cantik pemandangan di atas sana. bergambar lah mereka keriangan, dan tidak lupa juga, mereka mencuri kesempatan untuk tidur di atas puncak Gunung Fuji. Kau ado?
Setelah mereka bersuka ria, cabaran seterusnya tiba! Turun bukit! Tetapi, cerun yang curam tidak lah menjadi masalah kepada mereka kerana mereka ini sangat aktif riang gembira. Jadi, mereka menuruni curam itu dengan jayanya sambil berlumba-lumba, potong-memotong kebahagiaan. Namun begitu, kebahgiaan selalunya tak kekal lama, untuk menghabiskan proses penurunan mereka itu, terdapat jalan yang sangat jauh yang mereka terlupa dek seronok bermain tadi. Jalan yang mereka remehkan ketika baru tiba, jalan lurus panjang yang panas. Inilah hakikatnya, cerun yang curam, celah gigi. Jalan rata yang panjang, boleh mati!! (kerana mereka telah kehabisan tenaga mungkin). Di situ lah baru mereka tahu langit tinggi atau rendah. Satu demi satu makcik-makcik Jepun memintas mereka dan hal ini membuatkan mereka terasa sangat lemah ataupun lebih sesuai dikatakan, loser. Merangkak selangkah demi selangkah, mereka tiba juga dengan tempoh masa yang agak lama dari yang sepatutnya. Tempoh masa itu, biarlah rahsia. :D Setibanya dirumah, masing-masing pengsan kepenatan, tetapi walaubagaimanupun, seperti biasa, "susah senang lain cerita, pengalaman yang berharga".
Sedikit nasihat kepada yang hendak mendaki, pastikan fitness cukup. Pakaian pastikan sesuai. Trust me, anda tidak mahu menyesal.


No comments:
Post a Comment