Bismillah.
Ketika mana aku sedang menaip ini, aku sedang dalam perjalanan pulang dari bandar Nagoya menuju ke metropolitan Tokyo. Perjalanan yang bermula pada jam 23.59 dan dijangka tiba di kota Shinjyuku pada jam 5.30.
Enam hari aku di Nagoya. Berbagai ceritera berbagai kisah. Berbagai ragam secara am nya. Mana tidak nya, tujuh jejaka 20 tahun berbagai latar belakang berkumpul bersama-sama menghabiskan masa-masa terakhir cuti musim panas ini bergabung menjadi satu.
Gurau senda hilai tawa gaduh sini sana, semua ada. Kenangan yang bakal diungkit di masa hadapan kelak. Semoga hal ini menjadi bahan tawa yang akan membuatkan kami bertambah mesra.
Kini, masing-masing berpecah kembali ke tempat belajar masing-masing dan bersedia untuk menempuh semester dua di negara Matahari terbit, Jepun ini. Semoga rakan-rakan akan sentiasa di berkati dan berada di bawah lindungan-Nya.
Dulu, ada rakan aku pesan :
Family comes first.
Everything for friends.
She's everything.
Pandai-pandai jaga diri rakan-rakan. Pastikan segalanya stabil disamping kerohanian dan akademik. Buat orang disekeliling kita bangga dengan kita.
Sekian sahaja, assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment