Thursday, August 16, 2012

Rakan-rakan yang aku suka

Dua tiga kucing berlari, meh dengar Al Amin nak bercerita ni.
Dua tiga empat hari ini, aku dikelilingi rakan-rakan yang aku suka. Bukan bermaksud aku mempunyai perasaan luar biasa terhadap mereka semua. Maksud aku di sini adalah, mereka ini merupakan rakan-rakan yang memeriahkan kehidupan aku di Bumi Allah ini. Setelah sekian lama tidak bersua, maka berbagai lah cerita yang perlu dikongsi termasuklah mengungkit cerita lama yang tak kering gusi untuk diulang lagi dan lagi.
Walaupun dalam keadaan papa kedana di mana aku masih belum menerima elaun sara hidup untuk bulan lapan, hal ini tidak menjadi masalah kerana rakan-rakan ini juga yang hadir sebagai hero, wira penyelamat dengan menghulur bantuan sedaya mereka. Aku ini suka berkawan. Tambahan lagi apabila dikelilingi dengan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bersusah bersama, makin suka lah aku berkawan. Hari mendatang ini akan ada lagi rakan yang akan datang dan semoga kehadiran mereka ini semakin memeriahkan hidup aku.
Dalam beberapa hari lagi aku bersama rakan-rakan yang aku suka akan memulakan trip musim panas kami ke utara Jepun, Hokkaido. Kami akan menghabiskan masa lapan hari disana untuk menjelajah pulau Hokkaido semampu daya. Semoga perjalan yang dirancang sepenuhnya oleh kami ini menarik dan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. Jika dilihat pada peta dibawah, kami hanya akan berjalan sekitar bahagian kiri pulau Hokkaido ini iaitu Chitose, Tomakomai, Muroran, Hakodate, Otaru, Asahikawa, Furano, Obihiro dan lain-lan. Aku sangat tidak sabar nya pun! 
Maka, telah tiba masanya baju yang aku cuci selesai dan aku sudah boleh berhenti menaip rasanya. Jadi, aku akhiri post ini dengan serangkap pantun dua kerat.
Kawan Kumar nama Pillai. Babai, ba ba babai.

No comments: