Tuesday, April 17, 2012

Crop Circle

Bismillah. Ini post pertama di Jepun. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar di sini. Berani aku katakan, buat masa ini aku seronok tinggal di sini. Tidak lah terasa dipulau kan sangat walaupun kadang-kadang ada juga "crop circle" yang terbina. Aku masih cuba membiasakan diri dan kebanyakannya telah biasa. Haa, fahamkanlah sendiri. Rakan-rakan pun telah semakin ramai. Baik rakyat Malaysia mahupun yang berkewarganegaraan Jepun sendiri.
Pada hujung minggu yang lalu aku telah cuba untuk mengaktifkan diri dalam komuniti pelajar Malaysia di Jepun dan kesannya aku terlibat degan satu pertubuhan yang hampir terkubur dan bakal dihidupkan kembali. InsyaAllah akan diusahakn sebaik mungkin. Walaupun timbul perasaan khuatir, tetapi aku akan usahakan. Aku bukan lah manusia genius yang pandai tak tentu pasal dan masih boleh aktif dalam persatuan bagai-bagai. Tetapi aku akan usahakan. Kalau dah tak mampu, aku akan let go.
Oh, petang tadi merupakan kali kedua aku belajar bermain skateboard. Apa yang aku maksudkan dengan "belajar" adalah cuba bermain dengan sebaik mungkin. Untuk makluman, aku memang tak berbakat dan baru nak berjinak-jinak. Sedang terkapai-kapai berseorangan, datang seorang rakyat Jepun menyapa dan memulakan perbualan. Rupanya, dia pandai main dan aku telah menggunakan dia untuk mengajar aku basic untuk bermain skateboard. Alhamdulillah apa yang dia ajar membuahkan hasil dan aku semakin maju atau lebih selesa disebut "sangat maju" berbanding dengan sebelum ini. "Sangat maju" itu pula tidaklah bermakna aku sudah hebat. Hanya mampu balance sikit-sikit dan bergerak sejengkal-sejengkal sahaja. :) Semoga bila-bila akan terjumpa lagi 'sensei' tadi.
Lain-lain perkara, semua berjalan lancar rasanya. Oh, soal makan! Aku sangat bersyukur kerana adanya rakan seperti Muiz. Dia pandai masak. Senang hidup aku! Hahaha. Tetapi bukannya aku menggunakan dia sepenuhnya. Masing-masing mainkan peranan masing-masing. Dia masak lauk, aku masak nasi. Aku tolong buat benda simple-simple selagi yang termampu sahaja lah.
Semoga segalanya semakin lancar.

No comments: