Tuesday, June 19, 2012

Terkesan

Aku ini mudah terkesan. Mudah terkesan dengan filem. Filem-filem yang mungkin pada seseorang entah apa-apa, entah mana-mana, entah bila-bila, tetapi entah bagaimana, aku terkesan menontonnya.

Aku juga mudah terkesan dengan kata-kata. Maksudku, bukan aku mudah terasa, cuma setiap kata-kata pasti akan berlegar-legar di ruang minda, dan pasti aku akan cari keunikan dalam setiap ucapan walaupun sekadar rapikan Pak Leman.

Alangkah indah jika semua kita bisa sesuara sehati sejiwa, rapikan Pak Leman pasti bukan sekadar rapikan orang tua nyanyok, rapikan itu pasti sama dengan ucapan Menteri Pertahanan, dan juga utusan Sultan.

Namun begitu, manusia tetap manusia bukan? Manusia hanya mahu melihat apa yang mahu dilihat, mahu mendengar apa yang mahu didengar dan mahu berkata apa yang mahu dikata serta mahu berfikir apa yang mahu difikir. Tidak lupa juga mahu menghidu, menyentuh apa yang mereka suka.

Tetapi, mungkin, ada pengecualian terhadap rasa. Jika sahaja manusia bisa merasa apa yang mahu dirasa.


.....

Kesimpulan/Persoalan : Kecualikan natijah, manusia boleh melakukan semua ikut suka. Cuma, manusia tidak boleh tidak merasa apa yang mereka tidak mahu rasa. Bukan?
*Terkesan oleh post milik Fynn Jamal.

No comments: