Wednesday, May 30, 2012

Percubaan Pertama


Pertama sekali, ketahuilah bahawa ini bukan percubaan pertama. Hahaha. Penat aku berpeluh untuk menjadikan yang satu ini. Itu pun tak tinggi mana. Ollie sambil bergerak masih dalam latihan. Untuk ketika ini, hanya ini yang mampu. Maklumlah, Beginner. Moga-moga, hari-hari mendatang akan lebih baik dari ini. Assalamualaikum :)

Adab sesama manusia

  1. Pertama sekali, aku ingin menekankan bahawa aku tidak sempurna.
  2. Aku tidak kata aku tidak pernah mencaci manusia.
  3. Malah aku pernah mencaci dengan keji sehinggakan jika aku fikir kembali, mungkin kedudukan aku lebih rendah dari babi.
  4. Lama-kelamaan aku sedar, manusia juga mempunyai rasa dan ketahuilah bahawa engkau yang kacak gayanya yang sibuk mencaci maki itu mungkin akan hilang segalanya dalam sekelip mata.
  5. Aku terbaca suatu tweet rakan di laman sosial twitter yang sesuai untuk direnungkan yang berbunyi,
"The manner you deal with people is the same
manner Allah will deal with you in dunya and hereafter" 

Tuesday, May 29, 2012

Kembali

Kebelakangan ini aku kurang kental
Dahulu, pernah juga tidak kental
Cuma kali ini sedikit berbeza
Kecewa, terasa ekstra

Mungkin sudah tiba masanya
Bahagian roda yang selesa di atas
Enak dibuai angan Mat Jenin
Berputar kebawah, kembali memijak tanah

Kembali

Monday, May 28, 2012

Renung-renungkan-renungan

gambar sekadar hiasan
Aku baru selesai menghantar Maklumat Peribadi dan juga Mesej kepada para Junior berkenaan dengan hidup aku di Chiba, Jepun ini. Aku bukan sengaja terhegeh-hegeh menghantar dua perkara itu, cuma atas permintaan sensei dan juga hal ini telah menjadi tradisi. Jadi, aku perlu buat. 
Ketika hendak menulis sedikit kata-kata kepada sensei aku teringat akan suatu persoalan yang aku dengar semasa aku masih di bangku sekolah dahulu dan persoalan itu adalah daripada seorang penceramah motivasi di sekolah dahulu. Aku pernah mengupas sedikit isu ini di dalam blog. Jika rajin, carilah. Sekadar untuk renungan. Agar kita tidak alpa dek kesenangan yang membutakan jiwa.

"who's packing your parachute??"

Wednesday, May 23, 2012

(劉 先生) Ryuu Sensei

Detik ketika aku sedang menaip ini, kelas Fizik (Works and Kinetic Energy) sedang berjalan. Aku bukan skip kelas, aku ada di dalam kelas. Malahan barisan ketiga dari hadapan di mana tempat duduk ini aku rasa paling strategik kerana pensyarah mengajar menggunakan slide dan papan hitam. Tapi malangnya, aku masih tidak mampu memahami apa yang diajar oleh beliau. Secara lebih jelas lagi, berani aku katakan bahawa aku tidak faham langsung. Secara teknikalnya apa yang ditulis, apa yang dikira, aku faham. Cuma untuk apa gunanya? Bila gunanya? Bagaimana gunanya? Itulah persoalan yang berlegar dimindaku. Jika berterusan begini, bagaimana mampu aku hendak pulang dengan segulung ijazah?
Mungkin ada yang akan mengkritik, dengan kelakuan aku ini, bagaimana hendak faham. Tidak dengar apa pensyarah terangkan. Tidak salin nota. Buat perkara lain. Tidak fokus! Tetapi, ketahuilah bahawa aku telah cuba segalanya. Aku pernah fokus, aku pernah salin nota, aku pernah dengar apa yang pensyarah terang di hadapan. Cuma, aku masih tidak mampu menyelesaikan persoalan yang aku sebutkan tadi.
Pernah aku terfikir bahawa mungkin aku memang tidak sesuai dengan bidang kejuruteraan atau lebih tepat aku katakan aku tidak sesuai dengan subjek Fizik. Masalah bahasa? Mungkin, tetapi pada aku itu bukan masalah utama. Subjek lain seperti Matematik, aku bukanlah sempurna, sekurang-kurangnya aku faham dan mampu menyelesaikan masalah kira-kira itu sendiri. Tetapi dalan konteks soalan Fizik, aku lemah tak berdaya. Mungkin salah pensyarah ini, cara beliau mengajar? Di sebelah kiri aku, rajin dia belajar sendiri. Di sebelah kanan, gigih dia menahan mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Belakang dia, kepala atas meja. Berbagai-bagai lagi ragam di dalam kelas ini. Mungkin salah pensyarah, bukan?
Aku menaip ini menerusi telefon selular milikku cuba untuk membunuh masa yang rasanya seakan siput yang berjalan di atas treadmill. Tetapi jika bermain, satu jam setengah ini seperti Usain Bolt berlari di atas walkalator. Benar orang kata seminit itu panjang pendek nya bergantung kepada situasi semasa. Maka, cukuplah sampai di sini untuk catatan kali ini. Ada lebih kurang lima belas minit sebelum rehat tengahari. Aku perlu bersiap sedia untuk pulang. Assalamualaikum.

Tuesday, May 15, 2012

Heran Aneh Pelik

gambar sekadar hiasan
Lucu melihat situasi di Jepun kini. Maksud aku, dalam lingkungan keberadaan aku di Chiba ini. Aku aneh melihat dalam kalangan rakyat Jepun yang satu bangsa, satu negara dan barangkali satu agama ini, masih ada insan yang tidak berteman atau lebih molek dikatakan tidak berkawan. Walhal, aku selaku orang asing ini pun boleh diterima dalam segelintir kumpulan kecil walaupun tidak ramai.
Sudah menjadi lumrah hidup jika orang asing di pinggirkan, tetapi bagaimana dengan nasib warga Jepun yang dipinggirkan itu? Baiklah, cukup sekadar disitu dan persoalan ini aku ingin timbulkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia di sini pula.
Ada dikalangan kami yang menjadi topik hangat perbualan kosong yang kononnya sambil berbual sambil mengeratkan hubungan silaturrahim. Mengatakan tentang "si dia". Baiklah, itu dari aspek mengumpat, biarkanlah manusia dengan kealpaannya. Yang aku herannya adalah apabila sambil berkumpul dengan keberadaan "si dia" golongan yang besar ini hanya bergelak ketawa sesama sendiri, tetapi membisu dan langsung tidak menyapa apabila dengan "si dia". Mungkin ada kisah dibelakang cerita yang aku kurang tahu tetapi jika perkara itu melibatkan satu individu dengan "di dia", biarkanlah mereka jika tidak mahu membaikkan hubungan mereka. Janganlah menghasut orang lain untuk membenci "si dia".
Aku sebagai orang baru yang kurang faham hanya memerhati dan alhamdulillah aku cuba untuk menjaga hubungan dengan semua orang walaupun kini ada bibit-bibit dimana ada seseorang itu gayanya seperti tidak menyukai kewujudan aku. Aku ada cuba menegurnya beramah mesra. Tetapi apakan daya, payah untuk puaskan hati semua orang.
Berbalik kepada cerita "si dia" yang dipulaukan. Mungkin dia ada usaha untuk berbaik dengan semua orang tetapi caranya tidak kena, ataupun dia sememangnya tidak menegur orang dan suka menyendiri, itu aku kurang pasti. Tetapi, pada pendapat aku yang masih mentah dalam kehidupan ini, tak salah jika golongan yang besar itu yang mendekati orang-orang yang aneh ini kerana "si dia" itu kan aneh, pasti sukar untuknya masuk ke dalam kumpulan besar dan jika kumpulan besar itu menerima "si dia", pasti "si dia" berpotensi untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan kumpulan yang besar itu tadi.
Sekian sahaja, agak berjela untuk bercerita satu kisah yang mudah, tetapi ketahuilah bahawa kisah mudah ini amat sukar untuk diselesaikan. Kerana ini soal hati manusia, bukan soalan kira-kira. Sedangkan Logaritma pun tidak terjawab, inikan pula soalan hati hendak diungkap.

Monday, May 7, 2012

Damai

Malam ini luar biasa.
Sunyi, sepi tanpa sebarang bunyi.
Kosong yang mendamaikan.
Memberi inspirasi.

Tolong perangkap masa ini.

Monday, April 30, 2012

Self Contemplation


Angin kencang menggegar bumi Sakura
Pepohonan asyik melambai-lambai
Tanda pasrah atau bahagia?
Atau duka lara kecewa?

Dedaunan mulai jatuh ke bumi
Kembali pulang ke tanah asli
Satu kitaran yang pasti
Yang juga bakal kita lalui

Tuesday, April 17, 2012

Crop Circle

Bismillah. Ini post pertama di Jepun. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar di sini. Berani aku katakan, buat masa ini aku seronok tinggal di sini. Tidak lah terasa dipulau kan sangat walaupun kadang-kadang ada juga "crop circle" yang terbina. Aku masih cuba membiasakan diri dan kebanyakannya telah biasa. Haa, fahamkanlah sendiri. Rakan-rakan pun telah semakin ramai. Baik rakyat Malaysia mahupun yang berkewarganegaraan Jepun sendiri.
Pada hujung minggu yang lalu aku telah cuba untuk mengaktifkan diri dalam komuniti pelajar Malaysia di Jepun dan kesannya aku terlibat degan satu pertubuhan yang hampir terkubur dan bakal dihidupkan kembali. InsyaAllah akan diusahakn sebaik mungkin. Walaupun timbul perasaan khuatir, tetapi aku akan usahakan. Aku bukan lah manusia genius yang pandai tak tentu pasal dan masih boleh aktif dalam persatuan bagai-bagai. Tetapi aku akan usahakan. Kalau dah tak mampu, aku akan let go.
Oh, petang tadi merupakan kali kedua aku belajar bermain skateboard. Apa yang aku maksudkan dengan "belajar" adalah cuba bermain dengan sebaik mungkin. Untuk makluman, aku memang tak berbakat dan baru nak berjinak-jinak. Sedang terkapai-kapai berseorangan, datang seorang rakyat Jepun menyapa dan memulakan perbualan. Rupanya, dia pandai main dan aku telah menggunakan dia untuk mengajar aku basic untuk bermain skateboard. Alhamdulillah apa yang dia ajar membuahkan hasil dan aku semakin maju atau lebih selesa disebut "sangat maju" berbanding dengan sebelum ini. "Sangat maju" itu pula tidaklah bermakna aku sudah hebat. Hanya mampu balance sikit-sikit dan bergerak sejengkal-sejengkal sahaja. :) Semoga bila-bila akan terjumpa lagi 'sensei' tadi.
Lain-lain perkara, semua berjalan lancar rasanya. Oh, soal makan! Aku sangat bersyukur kerana adanya rakan seperti Muiz. Dia pandai masak. Senang hidup aku! Hahaha. Tetapi bukannya aku menggunakan dia sepenuhnya. Masing-masing mainkan peranan masing-masing. Dia masak lauk, aku masak nasi. Aku tolong buat benda simple-simple selagi yang termampu sahaja lah.
Semoga segalanya semakin lancar.

Tuesday, March 20, 2012

Restu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1Malaysia. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sanak saudara ahli keluarga, guru-guru, sahabat handai, rakan-rakan dan geng kerana telah banyak membantu dalam proses saya menjadi manusia yang kini akan melanjutkan pelajaran ke negara Matahari terbit, Jepun. 
Penerbangan dijangkakan pada jam 11.30 malam waktu Malaysia di KLIA. Jadi di kesempatan ini, sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan dan diharap dapat mendoakan segala urusan saya berjalan lancar. Selamat pergi dan selamat pulang dengan segulung ijazah. Jasa baik kalian insyaAllah sentiasa dalam ingatan dan moga-moga Allah membalas jasa kalian dengan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. 
Saya juga ingin meminta dihalalkan makan minum serta jika ada hutang piutang, minta diberi tahu sesegera mungkin agar mampu saya melunaskannya. Saya insan biasa, mudah alpa dan leka. 
Buat ahli keluarga sahabat handai di Malaysia, minta ditengok-tengokkan ibu dan ayah saya. 
Semoga segalanya berjalan lancar dan dirahmati yang Esa.
Sekian, terima kasih. :) Assalamualaikum.

Tuesday, March 13, 2012

"Quality Time"

Hari ini, berjalan lagi. Lagi dan lagi. Tapi takpa, berjalan berjumpa kawan. Demi kawan, apa pon boleh. :) Pengangkutan awam terpaksa digunakan berikutan kereta masih lagi belum siap. Jadi, tadi hanya lepak-lepak "quality time" dalam istilah kami rakan-rakan. Memang berkualiti lah. Gurau senda gelak tawa. Macam biasa. Tadi aku menghabiskan kupon buku dengan senaskah buku, pensel tekan dan lego gitar elektrik. Agak nice juga sebenarnya. Setibanya aku di kedai mamak pelita, masing-masing rakan-rakan bersemangat mengusahakan lego kecil itu. Alhamdulillah berjaya. (sambil mengunyah Cheese Nan)


Kemudian bergerak main pool sambil menonton cerita Azura. Haa, disini aku baru mengenali wajah Neelofa yang menjadi topik hangat dikalangan rakan-rakan. Pada aku, Hot lagi Siti Saleha. :) Setelah itu, makan-makan, pulang. Ambil kereta yang baru siap. Sedap hati. Lesen P dah habis, kereta dah elok. Boleh berjalan dengan tenang berjumpa rakan-rakan lagi. Masalah cuma kadar kewangan yang semakin lama semakin merosot. Tapi apakan daya. Jiwa remaja boros dan tak pandai nak berjimat ini terus memberontak. Moga-moga segalanya berjalan lancar. 
Semoga semakin banyak "quality time" yang berjaya. Selamat malam penduduk Bumi.

Friday, March 9, 2012

warna warni

1. Assalamualaikum :) Moga-moga dengan memberi salam yang diikuti senyuman dapat meredakan kemarahan.
2. Khas kepada "si dia" yang menjadi topik hangat dikalangan aku dan rakan-rakan. 
3. Motif aku dan rakan-rakan mengapi-apikan dia berjaya. 
4. Memang tingkah laku kami ini dikira keji. Tapi, niat dihati tidak lah sekeji yang disangkakan. 
5. Halnya bermula daripada side di sana juga. Kalau takda angin masakan pokok bergoyang. Itu apa yang kami fikirkan.
6. Mula-mula aku cuba buat tak endah. Tapi maruah kenalah jaga kan. 
7. Orang maki kita, kita senyum-senyum menganjing balik  sikit-sikit cukup kot. :) 
8. Langkah-langkah yang perlu dilakukan telah terlaksana. Moga-moga segalanya berjalan lancar. 
9. Kemaafan dipohon kepada Allah S.W.T dan diharapkan pihak yang terasa hati dapat juga memaafkan.
10. Pihak kami sudah memaafkan kerana kami memegang konsep "maafkan orang sebelum tidur". Lekkk!! 
11. Assalamualaikum. :)

Saturday, March 3, 2012

The name is bond , James Bond

Kini disaat-saat akhir sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku semakin sedar akan perubahan yang berlaku. Perubahan yang pada mulanya hanya aku nampak pada orang, lama-kelamaan semakin terpancar daripada tubuhku sendiri. Selepas selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sebentar tadi, aku tersedar bahawa ada bond yang semakin kuat dan ada bond yang semakin lemah. Bond yang aku maksudkan adalah bond persahabatan. Dulu, "geng" aku hanyalah satu geng yang betul-betul geng lah. Hujung minggu, pasti bersama. Sebab hari-hari lain ada kelas. Kawan-kawan lain? Campak tepi. Bila tak bersama geng, baru cari kawan lain. Itu aku lah. Dulu! Mungkin sebahagian dari geng aku yang dulu pon macamtu. Tapi, sekarang, Alhamdulillah kawan-kawan semua sama rata. Maksudnya, kawan-kawan lain ada dihubungi, geng dulu masih ada contact sikit-sikit cuma tak serapat yang dulu. Suam-suam kuku sahaja lah. Mungkin juga, sebenarnya ini satu proses pembentukan geng baru. Tapi takpalah, memang bond tu boleh renggang boleh ketat, asalkan tak betul-betul putus sudah lah. Selagi boleh, kita usahakanlah mengetatkannya. :)
Dalam persahabatan, macam-macam lah ragamnya, songehnya, asam garamnya. Benda-benda itu lah yang buat persahabatan jadi syok! Sekian sahaja untuk kali ini. Pendek macam khutbah Jumaat semalam. Harap-harap ada intipati yang penting, macam khutbah Jumaat semalam jugak. Assalamualaikum. :)

Saturday, February 18, 2012

Changes

Sebelum tertidur yang diganggu dengan nyamuk tadi, aku menggeledah sambil mengemas barang-barang sepanjang hampir dua tahun aku di UM. Godek sana sikit, godek sini sikit. Aku terjumpa barang-barang yang mengimbau kenangan lama. Dua tahun, ada orang kata sekejap. Ada orang kata lama. Pada aku lama. Bukan sebab aku menderita, tapi banyak perkara menarik dan banyak yang telah aku pelajari. Yang paling ketara adalah, kini aku sudah boleh berbahasa Jepun. Itu dari sudut ilmiah nya lah. 
Ok, back to the story. Something that again, wakes me up through this neglectful life. It's actually a quote by a person who used to be very closed to me. "Life is about changes". I tweet about it after reading it and to my suprise, there are some of my friends who retweet-ed it and star-ed it which indicates that they were also agreed with me. I guest, people do share some mutual experience huh. Maybe the way they gain the experience is different but the content is more or less, the same. Well, life sure is about changes isn't it? Even us, we getting older every single second and the time, never stop running. It's a destiny and we can't avoid it. What we are capable to do is that to make sure, every single second is used wisely and never regret for what had happen. From what I've read, a wise-man said that, (the meaning is like this, I'm not sure for what the exact quote is) "Never regret for what had happen, be grateful because its happened".
Goodnight. Thank YOU. :)

Thursday, February 16, 2012

LalalaLife

Its been a while, lama sangat rasanya tak menaip untuk sebarang post. Ada rasa nak menaip tetapi itulah, niat tak menghalalkan cara. Banyak sangat perkara menarik yang berlaku kebelakangan ini and seriously, I'm enjoying my life. True, there are still some bad parts but yet, I took it as an experience as I grow up older, bit by bit.
Nak cerita apa pun tak pasti, but just let the combination of mind and fingers decide it. :) Currently, preparation programme untuk ke Jepun had officially ended. Sudah graduate dah pun and I'm still waiting for the placement of university. Harap-harap dapat lah seperti apa yang diharapkan. InsyaAllah dalam lebih kurang sebulan lagi aku akan fly ke Jepun. Dan masa-masa terakhir ni aku harap dapat diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk keluarga, segalanya berjalan lancar. Lagipun, memang di rumah ada papa dan mama sahaja. So, basically memang aku dah luang kan masa bersama mereka. Untuk rakan-rakan, aku akan usahakan setakat mana yang mampu. Selagi boleh lepak, aku akan lepak. InsyaAllah bila elaun dah masuk nanti, usaha akan ditingkatkan lagi. Lepas ni entah bila pula nak berjumpa kan. Rakan-rakan pun diharapkan dapat meluangkan masa bersama. We are searching for the quality time and not the quantity. Biarlah seketika, asal bermakna. Tak gitu? :)
So, setakat ini, hobi aku bertambah satu lagi. Dulu mungkin membaca buku sastera sahaja. Kemudian berkembang lah sedikit ke bidang lomography, walaupun tak berapa nak ada bakat, tapi jadilah untuk memuaskan diri. Kata pun hobi. Setelah difikirkan kembali, aku juga perlukan hobi yang mana tidak melibatkan sebarang kos. Seperti sedia maklum, lomography sangat mengikis duit. Duit mengalir seperti hujan yang tengah turun sekarang ini. *Gombak hujan lebat. Kalau lah duit itu boleh saja timbul selepas sahaja dibayangkan, pasti aku akan stick dengan lomography sahaja. Jadi, aku terfikir untuk bermain Ukulele. :) Memandangkan saiz nya yang kecil molek dan mudah dibawa kemana-mana, tak rugi agaknya jika aku beli dan aku telah pun beli dari rakanku Izzul Syafiq, seorang remaja yang super talented. Dia jual murah pula tu. Alhamdulillah. Rezeki lah tu. So, kini adalah menggesek-gesek sikit Ukulele ni. Saya budak baru belajar, jangan lah mengharap hebat macam Sungha Jung. Doakan sama cukup.
Ok, dah takda apa nak cerita, hidup ni macam biasa lah. Cantik tak cantik tu mesti ada. Aku masih berpegang dengan satu ayat ni, "Susah senang lain cerita, pengalaman yang berharga". Doakan kejayaan aku di Jepun. Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 24, 2012

Saturday, January 21, 2012

Saturday, January 14, 2012

we are family

Today, 14th January 2012. In addition to Sal's 20th birthday, the "family" gathering gave a lot of sweet and unforgettable memory for us. Eventhough just for a while, on top of it, the beautiful-lovely-cheerful moment is the most important. We do share the happiness. Despite of me being a loner (terserempak dengan paan masa jalan sorang and straight kena pangkah loner -.-), i can still enjoy the family quality time with my friends. Tambah ada seorang "ahli" baru pulak. Nice. A well-span day. We are family. Welcome to the family Dan :)


And this is just what I'm thinking of our situation right now. Or maybe in the future. A long-lost friend come back together and back being a child. NICE! 



Sunday, January 1, 2012

Raban

Tuku merupakan seorang anak yatim yang kehilangan ibunya sejak kecil lagi. Dia dibesarkan oleh ayahnya yang kemudiannya berkahwin dengan Aminah, ibu tirinya. Seperti mana nasib si anak tiri dalam dongeng rakyat, begitulah juga nasib si Tuku yang tidak kurang malangnya.
Hari ini, hari jadi Tuku. Kini dia genap berusia 63 tahun. Usia 63 tahun masih dikira mentah kerana rakyat di kampung Tuku secara puratanya hidup sehingga usia mencecah 365 tahun. Di setiap hari jadinya, Tuku tak pernah merasa gembira. Malah, makin terseksa. Tetapi, hari ini, dia mampu melonjak gembira keriangan kerana akhirnya ibu tirinya (atas faktor yang munasabah) menghalaunya keluar dari rumah. Ini bermakna dia tidak perlu lagi melihat rupa busuk ibu tirinya itu. Dia keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan perasaan gembira. Tetapi, bapanya, sedih duka kecewa. Sebelum keluar, Tuku menyalam bapanya dan berkata bahawa suatu hari dia akan kembali untuk membalas jasa bapanya. Dia tidak akan pernah lupa segala tunjuk ajar bapanya yang bermanfaat.
Maka, bermulalah perjalanan Tuku sebagai anak gelandangan yang tiada hala tuju tetapi mempunyai keazaman yang tinggi didalam hati. Dia mula mngorak langkah dengan memberanikan diri menahan perahu di tepi sungai untuk menumpang hingga sampai ke bandar. Di bandar, dia memberanikan diri pula dengan mencari tempat berteduh di mana yang mampu. Untuk makan dan minum, dia mengemis. Begitulah hidup Tuku sehari-hari sehingga dia terlihat seorang anak kecil yang mengetuk rumah ke rumah untuk meminta upah mengemas laman memotong rumput untuk menyara hidup. Maka dari itu, tergeraklah Tuku untuk mencari inisiatif seperti anak kecil itu. Dia kemudiannya menjadi semakin rajin dengan mengutip botol lama, surat khabar lama dan mencuci kereta. Kini hidupnya lebih teratur. Dia ada kerja yang boleh dilakukan untuk menyara hidupnya. Walaupun papa kedana, dia berjaya menyempurnakan hidupnya sehinggalah dia lanjut usia.
***
Usia Tuku kini menjangkau 193 tahun. Dia masih seperti dulu. Bezanya kini dia berkereta, beranak kembar dua dan mempunyai syarikat sendiri. Isterinya Peah anggun bak bidadari dari kayangan. Pasti ramai yang tertanya bagaimana Tuku mampu menjadi seperti itu? 
Begini, ketika dia masih meneruskan hidupnya mengutip botol lama dan surat khabar lama, tiba-tiba ada seorang gadis yang kelihatannya agak gila berlari kepadanya dan meminta bantuannya untuk menyelamatkan dirinya daripada dikejar oleh 40 orang penyamun. Tuku yang tidak tahu apa-apa memberi pertolongan semampu daya dan akhirnya gadis itu berjaya bersembunyi daripada dikesan oleh 40 orang penyamun. Setelah keadaan kembali tenang, si gadis menceritakan apa yang berlaku kepada Tuku. Rupa-rupanya, 40 orang tadi merupakan pekerja ibu tiri Tuku yang kejam dulu. Si gadis tadi memegang rahsia berkenaan ibu tiri Tuku yang boleh menyebabkan ibu tiri Tuku dipenjarakan dan segala hartanya di rampas. Jadi, Tuku yang sememangnya berdendam dengan ibu tirinya memastikan rahsia itu sampai ke pihak berkuasa dan segalanya berjalan mengikut prosedur yang betul. Tiada rasuah. 
Setelah ibu tiri Tuku didapati bersalah dan dipenjarakan, Tuku akhirnya kembali menemui bapanya walaupun dia masih papa kedana. Akan tetapi, tanpa diketahuinya, jasanya memeberkas ibu tirinya itu amat dihargai rakyat jelata kerana ibu tirinya itu dipercayai menggelapkan duit rakyat dan masing masing memberi sumbangan sekupang-dua seorang kepadanya  dan dengan modal yang tak seberapa akhirnya dia mebuka perniagaan kecil-kecilan. Maka dengan itu, masa depan Tuku semakin cerah dan akhirnya menjadi usahawan yang berjaya. Dia berkahwin dengan gadis yang dijumpainya secara tak sengaja itu, Peah namanya.
Dalam masa kesusahannya, Tuku tidak pernah pasrah kerana pasrah baginya adalah menyerah. Dia hanya redha dengan ketentuan hidupnya dan bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun perih, itulah kehidupan. Walau palat sekalipun, pasti akan ada hikmahnya. Kini dia hidup dengan aman damai sambil menikmati sisa hidupnya kira-kira 170 tahun lagi.

"redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"  - ombak rindu

Tuesday, December 27, 2011

Catak (Catatan Botak)

Melalui pembacaan, aku tahu aku tak berseorangan. Ada yang senasib dengan aku. Malah, ada yang lebih teruk. Maka dari itu, aku mengerti akan perih getir kehidupan, perlunya bersyukur dan segala dugaan berkaitan dengan nya. Hidup, sangat indah. Jika kita pandai menikmatinya. Pelbagai perkara boleh dilakukan.
Gagal sekali, bangun lagi. Gagal lagi? Bangun lagi. Ulang lah beberapa kali. Tak mengapa. Yang penting jangan lupa bangun. Kau tahu apa terjadi kepada orang yang bangun tidur? Dia mati!! Konsepnya sama. Kau bangun lambat takpa, yang penting bangun. Dan, belajar dari mimpi yang kau lalui. Setiap yang berlaku pasti ada asbabnya.

"Don't cry because it's over, smile because it happened"
Dr. Seuss
"Whatever you can do or dream you can, begin it. 
Boldness has genius, power and magic in it" 
Johann Wolfgang von Goethe

Saturday, December 24, 2011

Percubaan pertama

Hasil pertama sudah pon kelihatan. Seperti biasa, hasil pertama, amatlah mendukacitakan. Tetapi, aku masih mampu merasa bangga kerana ada yang menjadi juga. Untuk percubaan kedua, aku telah mendapatkan kit tambahan iaitu flash yang pada aku sangat berguna untuk seorang beginner. Mudah-mudahan berjaya. Ini dia rupa baru Spongebob aku. :)

Friday, December 23, 2011

Muda

"Variasi hidup indah :)" "senang susah lain cerita, pengalaman yang berharga" Aku tak pasti aku jumpa ayat ini dimana tapi ini lah ayatnya. Sebabtu aku masih mampu tersenyum :) Senyum macam kerang busuk dengan gigi bersepah. Hehehe. (mooning)
Dunia pasti indah jika semua rasa boleh dikongsi bersama tanpa batas. Tapi takpa, selagi mampu, aku telan saja sendiri. Syukur alhamdulillah. Aku pernah merasainya. :) Aku ada terbaca petikan di facebook mungkin, maksudnya lebih kurang macam ni lah. Stop demanding or complaining and learn to appreciate. Lebih kurang macam itu lah. Bahasa Inggeris dah berhabuk dah.
Recently, aku ada menjalani satu dugaan yang menduga jugak lah. Tetapi, selamat pada ketika itu aku teringat apa yang aku baca. Maka, aku mengharungi dugaan itu dengan senyuman yang paling manis. (bercampur baur dengan peluh dek terduga oleh dugaan yang menduga)
Nak sertakan gambar, tapi gambar ditangkap oleh beginner, maka hasilnya amat mendukacitakan. Lebih baik tidak dikongsi. Sekian. Senyum sampai nampak lesung pipit :)

Thursday, December 22, 2011

Holga 135TIM

Aku jumpa hobi baru. Hobi yang banyak menggunakan pitih. So, aku yang memang sentiasa kering ni, maka semakin kering. Duit memang sangat tak ramai. Tapi, aku akan usahakan lah apa yang boleh. At least aku berkorban untuk aku jugak. Ni dia comel gegaya spongebob. :)
Holga 135TIM

Sekarang tengah mengikis untuk dapatkan flash pulak. Masa duit tengah ramai haritu takda stock. Sekarang baru nak terada pulak bila keadaan kewangan tak meriah. :( And alang-alang, aku nak angkut flash yang kononnya lebih bagus daripada flash yang sepatutnya sepasang dengan camera ini. 

Holga 15B Flash

Dan yang terakhir, nak yang ini. Colour Filter. Kalau boleh dapat, memang aku cium.


sekian terima kasih :)

Saturday, December 10, 2011

KAMI

Lama memang lama. Kekok tu mestilah ada. Tapi sekurang-kurangnya semua berjalan lancar. Aku masih mampu berkata-kata dan dia, masih seperti dulu. Mungkin ini akan jadi suatu permulaan baru kepada kami yang (mungkin) telah dewasa dek pengalaman hidup yang berbagai pahit manisnya, berbagai naik turunnya. Rakan-rakan lain turut bahagia dengan hidup masing-masing. Sekurang-kurangnya buat masa kini lah. Oh, aku baru sahaja selesai menonton kembali cerita bersiri KAMI. Ini apa yang aku nak kongsikan :

"persahabatan adalah satu pengembaraan 
yang tidak boleh diduga"

Kita dilahirkan saya, aku
Tapi kita menghabiskan masa mencari kawan, teman, geng
Mencari rakan-rakan yang kita boleh berhubung
Mencari sahabat-sahabat sejiwa
Mencari kami
Menjadi kami


tekateki

Wednesday, November 30, 2011

Keluh

Aku baru tersedar setelah terbaca satu puisi dimana memang sudah menjadi lumrah manusia yang hodoh ini menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri entah bagaimana. Ada posibiliti diri sendiri yang salah seratus peratus. Tetapi, itulah manusia yang bodoh alpa ini. Tak pernah nak sedar diri. Aku terfikir, disebalik aku berkata sedemikian, banyak juga aku menuding jari. Tambahan dengan mulut celupar busuk bak najis anjing yang aku miliki, habis serata dunia aku manipulasi cerita. Entah berapa ramai teraniaya. Aku perlu hentikan bicara tak guna dan lebihkan muhasabah diri. Kononnya dah beranjak dewasa. Umur pon sudah hampir berpuluh. Perangai? Masih kolot dibayangi keriangan dan kebudakan yang langsung tidak memahami realiti duniawi yang ada masanya indah dan selalunya gundah.
Hahh!! Aku mengeluh, bukan kerana penat. Tapi kerana mahu sihat. Mengeluh memaksa kita menarik dan menghembus nafas. Itukan budaya sihat yang sesaat pon kita tak pernah hentikan. Cuma, tat kala mengeluh, seringnya kita bawa bersama emosi duka lara yang menjadikan nafas itu sedikit berat. Yang penting adalah, keluhan itu jangan dipuncakan dengan rasa kesal dan ingin menuding jari. "ini salah kau" itu seharusnya tiada dalam kamus hidup kerana segalanya telah dirancang oleh-Nya. Qada' dan Qadar. Hanya yang terbaik untuk kita. Segalanya teratur indah. Bersyukurlah, kita masih bernyawa. Alhamdulillah :)

Friday, November 18, 2011

Mas A

Aku agak kecewa dengan sikap Melayu yang tidak pegang pada janji. Kadang-kadang aku melakukannya juga, cuma jika aku tidak mampu melakukannya, aku akan beritahu dan minta tempohnya dilanjutkan. Itu salah satu contohnya. Sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan seseorang itu menunggu bak si fakir menantikan emas jatuh di sisinya. Jika diberitahu apa masalahnya, apa halangannya, bolehlah aku terima. Tetapi diam membisu ibarat kayu apa cerita? Akhirnya aku pasrah tadi dengan berharap akhirnya segalanya berjalan lancar. Persetankanlah waktu kerana itulah janji Melayu. Aku bukan menghina bangsa sendiri, tetapi apabila berkerjasama dengan kaum sendiri, kita susah terasa. Cuma setelah kita berurusan dengan kaum lainnya, baru lah diketahui bagaimana hodoh rupa kita.
Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. (Surah Al-A'sr)

Thursday, November 17, 2011

#3

Benar orang kata ilham datang ketika mandi. Ilham aku untuk membotakkan kepala juga datang ketika mandi. Selesai mandi, aku bergegas jumpa mama untuk berbincang. Walaupun dia kurang setuju tapi aku tetap berdegil. Hahaha. Setelah meminta pendapat rakan pula, maka aku tekad.
Di kedai rambut, tukang gunting yang sedang mengemaskan janggut pelanggannya senyum kepada ku sebagai senyuman mesra pelanggan. Takpalah. Biarkan dia. Cuma tempoh dia mengemaskan janggut pelanggannya itu mengundang kemarahan. 30 minit telah berlalu dia masih lagi membelek janggut pelanggan itu. Sakit hatiku Tuhan saja yang tahu. Nak bergerak pulang, hujan. Jadi terpaksa tunggu.
Akhirnya tiba giliranku. "no 3 be" Penggunaan be adalah kerana abang tu orang kelantan. Siapa tak faham padan muka. Abe tu dgn bersemangat memasang mesinnya dan mula proses penyodokan. Katanya dia akan botak licin setahun sekali. Baik untuk rambut. Kalau ada sehelai rambut penyakit tu yang sakit kepala. Bla bla bla. Abe baru setahun setengah gunting rambut. Baru lagi. Kalau yang dah lama tu mesti lima tahun lebih. Sambung pula dengan sejarah gunting rambut yang lain. Takpa. Biarkan dia. Dia kemudian memberi cadangan ala ala profesional dan aku terima sahaja. Hasilnya. Pehh!! B)

Wednesday, November 16, 2011

Ada Apa Dengan Cinta

Puisi 1
Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua
Karena..
Kita..
Adalah..
SATU

Puisi 2
Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi… sepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar aku mau dipasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja engkau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang ditembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai

Puisi 3
Perempuan datang atas nama cinta
Bunda pergi karena cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Baru sekali ini aku melihat karya surga dalam mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta
Tapi aku pasti akan kembali
Dalam satu purnama
Untuk mempertanyakan kembali cintanya
Bukan untuknya
Bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja



Karya : Rako Prijanto

Saturday, November 12, 2011

EJU

Tomorrow i'll be sitting for my EJU. This examination has a very great impact to me which if i dont pass this exam, i'll be the one and only "black sheep" of the family for the second time. I repeat, SECOND TIME. I made my first mistake during my form 2 year once and i dont want to be the old me again. During that time, only God knows how miserable i am. The feeling of being guilty, afraid, useless and stupid. And now, i swear i can feel it coming again. Abang and nana had already flew to Germany and Czech Republic to pursue their study and they really do well there. My younger sister is still in the secondary school and anything related to her study is nothing to be afraid of. The one who left unstable is me. So this one time, i'm going to make my parents proud of me by passing this exam with flying colours and fly to Japan.
Papa didnt do well in his study during his time because of the unstable family condition. He keep on repeating that once upon a time ago, he could only walk through the UM campus and hoping that he can sit and learn in the UM campus. And only now during his old age he manage to further his study in UM. Regardless his poor academic background, up until now he can still be the greatest man in our family and bring us up to this level. With a stable family condition now, theres no reason for me to fail. Thus, i have to do my best so that i can achieve my dream and also my parents dream.
Here i would like to thank my beloved family papa mama abang nana cheah for what they had did to me and i promise i will do my best in this exam. And i would like to thank my teachers and friends who had teach me a lot about life. I'll make you guys proud. :) my last request is i hope that you guys will pray the best for me.
Thankyou.

Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Petang tadi suddenly aku terfikir yang umur semakin tua. Tahun depan dah 20. Takda belas belas dah. InsyaAllah kalau fly next year, dekat jepun umur 20 mmg umur dewasa. Segala tindak tanduk adalah bahaya kalau tersilap. Takut pun ada tapi hal itu biarlah masa yang menentukan. Lama lagi. 
Perkara yang paling penting sekarang ni adalah exam yang bakal aku duduki hari ahad ni 13th November. Examination for Japanese University (EJU). Exam ni akan menentukan academic path aku mcm mana. Diharapkan doa doa rakan rakan dapat membantu aku nanti. Terlebih dahulu sebenarnya aku perlu minta maaf kan. So diharap kepada sesiapa yang pernah terasa hati dan aku berkelakuan biadap ke, harap dimaafkan. Segala hutang yang ada mintak lah kalau aku terlupa. Manusia mudah lupa. 
Oh, aku teringat pasal janji aku untuk membeli cap tapi sampai sekarang still tak terbeli. Haritu ada jalan jalan mencari cap tapi takda yang berkenan. Kalau ada yang berkenaan insyaAllah aku akan beli terus. Jangan marah ya. :) tadi setelah lama tak dengar suara, akhirnya berborak juga. Nak skype entahlah mcm mana. Takut tiba tiba. :) Aku tiba tiba terasa aku tak mampu nak cakap banyak. Awkward rasanya. Sbb lepas buat salah mesti lah rasa mcmtukan. Mungkin selfconfidence aku dah takda macam dulu. Takpon mmg tgh takda idea. Tapi one thing yang aku sedar mmg aku makin kurang berinteraksi. Tapi aku akan cuba atasi. InsyaAllah. 
Even sekarang ni aku ada terbergurau lebih dengan sorang member rapat ni, and kitorang jadi tegang sikit. Hoish. Rasa bersalah sangat banyak ni. Harap dia tak simpan dalam hati. Sbb aku dah cuba tegur tegur dia the next day after aku biadap sikit tu, tapi dia tak endah je. Tak boleh buat apa dah. Apa apa pon aku akan doakan yang terbaik utk dia. Harap harap pepatah air dicincang takkan putus tu betul.
Lain lain hal jika ada aku buat silap tegur lah. Jangan cakap belakang. Aku manusia yang banyak kelemahan. Belajar pon tengah tak lepas tak lepas ni. Padahal exam berapa hari je lagi. Tapi aku akan buat sehabis baik. Walaupun agak malas sekarang ni dekat bilik sambil menaip dekat alPod tapi masa kelas aku sentiasa cuba bersemangat. Dont worry, i'll try and do my best. Sokongan daripada anda amat dihargai. Sekian. :)
Esok 11.11.11 :) 15 Zulhijjah
Nowplaying : FosterThePeople - I would do anything for you

Wednesday, November 2, 2011

shougakkou

OkGo. Sebenarnya dah lama aku teringat dekat this one couple. Masa aku sekolah rendah darjah empat dulu kalau tak silap. Diorang darjah enam. Kami merupakan pasukan bola tampar sekolah. Caya tak caya. :) tapi betullah, kitorang team bola tampar dibawah bimbingan cikgu samsudin. Haritu ada ternampak dia dekat wangsa walk, tapi ternampak macam tu je lah. Tak bertegur pon. Takut salah orang pula. Kembali ke cerita asal, kalau tak silap nama diorang azhar dan alyssa. Nice kan. Alyssa is a tall pretty girl and azhar ni cool diam diam je. Entah kenapa aku ingat diorang. Satu scene yang aku ingat masa nak beli air cup 50 sen dekat vending machine sktsg 2. Sekolah aku sktsg 1 takda vending machine mcmtu. Alyssa beriya nak belikan air utk azhar sbb dia dah plan nak minum dulu so that bekas mulut dia lekat dekat situ. In other word, dia nak indirect kiss lah tu. Comel gila zaman kanak kanak ni kan. Hahaha. Ok tu je. Fin.
Sekolah rendah is a wonderful place and dekat situ aku belajar banyak pasal segala gala nya. Banyak benda baru yang aku tahu. Benda ni mestilah tiada kena mengena dengan pendidikan. Benda yang kita kena cari sendiri. Nice lah sktsg :) List kejahilan :
1. Masa darjah satu main selak selak kain perempuan, ada this one tomboy ni. Dengan siapa dah tak ingat. Tapi haritu terjumpa dia dah ayu dah. 
2. Masa darjah dua pula, dengan faiz dan izzul kejar twins comel ni. Kitorang semua tunggu abang kakak masing masing habis kelas. Faiz siap kena tampar. Comel gila. Hahaha.
3. Darjah tiga mcm takda yang menarik tapi rasanya benda ni masa darjah tiga. Gaduh dengan satu budak perempuan. Tak tahu darjah berapa tapi sumpah dia tinggi. Aku masa darjah darjah agak sangat pendek. Aku nak bantai dia lompat lompat tarik tudung dia kalau tak silap. :)
4. Darjah empat, haa yang cerita dekat atas tadi lah. And mula lah zaman nak suka suka orang dan disukai oleh orang :)) gatallalala. Oh, zaman ni jugak lah geng geng solid terbentuk. And tak silap aku time ni lah aku first time tahu american pie. Member aku bawak cd pergi sekolah. If you know me well, you'll know who.
5. Darjah lima, zaman ni aku kelas second tapi aku minta tukar kelas masuk kelas cikgu nora. Bukan aku minta, papa yang tukarkan -.- tapi sebab tu jugak academic aku sangat melonjak and termasuk dalam topten. Cikgu nora ni mak faiz and dia ajar empat daripada lima subjek UPSR. Legend gila. Time ni faiz pon tukar kelas masuk kelas sama dgn aku and tak silap aku dia dapat first batch. Kalau tak silap lah. Oh, aku juga tusyen dengan cikgu nora dari darjah empat sampai enam. Tahun ni more kepada academic lah. Study study.
6. Darjah enam, hmm taktahulah apa cerita. Yang aku ingat satu je which aku couple atas nasihat rakan yang kata "couple je lah". Mcm tu lah lebih kurang. Cinta monyet, aku pon budak lagi. Ikut ja cakap orang. Time ni pon geng geng solid makin nampak solid. Geng pengawas. :) *Aku pernah masuk boria tapi tak tahu darjah berapa. Hahaha.
I miss primary school. Habis dah :)

Friday, October 28, 2011

october's splash

Hello everybody :) setelah sekian lama, aku rasa nak menaip semula. Banyak sangat perkara yang berlaku. Tapi takpa, itu semua pengalaman hidup. Harap harap aku semakin dewasa. Aku ada berazam nak kurangkan bising tapi masih gagal. Tapi aku akan masih berusaha utk mencapai azam aku. 
Lebih kurang dua minggu lagi aku ada Examination for Japan University (EJU) yang akan menentukan masa depan aku. Fly ke tak fly ditentukan berdasarkan dua exam dan EJU ni salah satu. Aku dah mulakan momentum dua minggu yang lalu kira kira sebulan sebelum EJU tapi momentum tu masih tak stabil. Aku kena lebih berusaha nampaknya. Apa apa pon doa daripada ahli keluarga dan rakan rakan sangat diperlukan. Aku ingin meminta maaf jika ada salah dan silap. Ok dah. :)
Post ini sebenarnya nak menyatakan kesakitan hati aku kepada junior aku iaitu pelajar RPKJ AAJ batch 30. Pertama sekali sila amati pepatah melayu "seekor lembu membawa lumpur, semua terpalik". Maka dengan itu cerita pon dah boleh mula. Petang semalam setelah selesai kelas jam enam petang, hujan turun agak lebat seketika dan kembali renyai setelah tak berapa lama. Aku dan rakan rakan berjalan di bahagian laluan pejalan kaki dengan girang kerana kelas dah habis. Secara tiba tiba *splashh!! Lopak air ditepi kami digilis oleh sebuah kereta nissan lama dan air air tu terkejut lalu melompat ke arah kami yang sikit pon tak terkejut. Hasilnya, tadaaa. Tak kuyup pon. Basah sikit je. Tapi yang lencun adalah hati hati kami. Kerana apa? Haa meh nak cerita. Kereta tu junior yang punya. Tingkap belakang kereta tu terbukak menonjolkan muka junior yang girang berkereta dan mungkin ada perasaan kerek dalam hati mereka. Aku yang basah sikit tadi lantas mencarut degan kuat di tepi jalan. Adalah sungguh tak beradap apabila ada orang jalan dekat tepi dan kau yang berkereta tak pandai nak perlahanlan malah tunjuk muka bangga lagi lepas membasahkan kitorang. Perkara ini tambah sakit hati kerana yang biadap ni junior pulak. Jadi disebabkan beberapa ekor junior yang up berkereta ni berkelakuan seperti anjing, maka tak salah aku melabelkan semua mereka anjing. Aku berazam nak meludah di kereta itu dihadapan tuannya sbb nak pancitkan tayar mcm jahat kan. Jadi aku hanya nak meludah je lah sebagai tanda penghinaan yang mana kami pon manusia dan layak dihormati. Mulai harini sampailah junior tu minta maaf aku berazam utk mencarut dihadapan semua junior dan mungkin mengangkat jari tengah. Perkara ini mungkin akan menggangu exam aku tetapi aku masih berkeras kerana sakit hati. Bukan aku tak boleh maafkan, dah maafkan dah pon cuma aku nak junior tu sedar yang dia boleh berhenti tepi minta maaf dan tidak mungulangi kesilapan. Mungkin aku pon ada buat salah tapi aku akan sedaya upaya meminta maaf jika aku salah. 
Jadi haa macamtulah ceritanya. Malangkan. Mungkin ini karma. Jadi aku redha. Cuma yang anjing anjing tadi tulah. Sakit betul hati saya. Ok sekian sahaja. Assalamualaikum :)

Tuesday, August 23, 2011

kimatsu shiken

the hope will always exist if the effort is there. 
kalau harapan nak lulus tapi tak study takda makna lah pak meon oii. 
wish me luck for my final exam. hopefully lepas with flying colours.

alaminfadhli

Friday, August 19, 2011

hapily married



I know your favorite color, I can name your shoe size
I'm now confortable around your father
You slept in my T-shirt last night
You whisper my name in my ear, to find if I'm awake
Could you close the window, dear, It's cold and I can't sleep that way
Oh I know it might sound strange, but this feels like heaven to me
2 hearts, rearranged- composing one harmony

Happily Married, Happily Married

I'm taking off my shoes; leaving them on the floor
I know she'll be mad at me, but that's what "I'm sorry" is for
I know it sounds cruel, I should show her more curtousey
But it's hard to keep the rules- she's soo dang cute when she's angry

Happily married, Happily Married
Not just February 14th, not only on Christmas and New Year's eve
I'll cherish and treasure all of the days inbetween...

When we've grown old and wrinkly, and I can't remember my name
After an hour of thinking, I'll still remember yours
I'll love your old age, 'cause it means I've had more time spent with you
And Know , I'm not afraid of the vows I have made
To have and to hold you, to love and adore you, till death do us part
You have my heart, for eternity...

Saturday, August 13, 2011

you

to you: can you do me a favor?? dont ever stop writing again. i like your blog very much. at least its an alternative way for me to keep up with your updates. eventhough your schedule is pack or too lazy, please do at least spent a time on weekend or at least one post per month to write anything you like. as for me, i will start writing again. as what i said. at least a post per month i guess. two weeks to come i have my final exam for this third sem and after that the forth sem will start and probably my schedule will be tighter then before. but i'll try my best to keep on writing in this blog. oh, and i'll read some more books. eventhough it will take a long time to finish one book, but i will read. 
remember what youve told me in the car. the last night that we spent together. youve been writing about the story of us. im looking forward to read it. i can wait. no rush. most of all, dont ever stop writing. please. take care. :)

Wednesday, August 10, 2011

USA


mulai sekarang tangan kiri aku akan dilengkapi dengan dua aksesori ini. the most precious French Connection watch yang handsome berwarna hitam daripada yang tersayang. :) *thankyou. kalau boleh taknak tanggal tapi kena jugak sbb nak kena jaga. nanti dah tak handsome pulak. :D another one is a Cotton On bangle with a swallow bird charm. bangle tu aku beli dua. satu lagi by tomorrow akan terbang ke usa. 

to burung swallow, selamat jalan and have a safe journey. jgn nakal nakal. hihihi. be strong. eventhough we'll be seperated by the distance and time, just so you know, i'll always be with you. i sayang you :)

minimos :)

Thursday, June 9, 2011

Asher Book - Try






If I walk would you run
If I stop would you come
If I say you’re the one would you believe me
If I ask you to stay would you show me the way
Tell me what to say so you don’t leave me
The world is catching up to you
while you're running away to chase your dream
Its time for us to make a move cause we are asking one another to change
and maybe im not ready

but I'll try for your love
I can hide up above
I will try for your love
we’ve been hiding enough

if I sing you a song would you sing along
or wait till im gone , oh how we push and pull
if I give you my heart would you just play the part
or tell me it’s the start of something beautiful
am I catching up to you
while you're running away , to chase your dreams
its time for us to face the truth cause we are coming to each other to change
and maybe im not ready

but I'll try for your love
I can hide up above
I will try for your love
we’ve been hiding enough

I will try for your love
I can hide up above

2x haahaaaaa..

If I walk would you run
If I stop would you come
If I say you’re the one would you believe me

Wednesday, April 6, 2011

yangdikejartakdapatyangdikendongberciciran

Aku ada dengar lah orang kata. Bagi seorang lelaki, mungkin Friendship is like pissing in your pants. Everyone can see it but only you can feel the warmth. Bagi seorang perempuan pula, mungkin Friends is like a bra. Close to your heart. There for support. Tu ikut jantina lain lain lah kan.
Itu orang kata lah. Lepastu ada orang jugak kata yang dia percaya dengan karma. What goes around comes around. Kau buat tahi. Tahi lah yang terhasil. Life is fair enough. Takda senget senget. Kau tak dapat yang ni. Kau akan dapat yang tu. Macam tu lah. Nak buat macam mana lagi kan.
Haritu aku naik cab, baru balik melawat kawan dekat hospital. mungkin memang takdir aku macam tu, aku naik lah cab yang berdriverkan bekas askar dan juga bodyguard. Dia kasar. Tapi aku tahu niat dia baik. Dia cakap bila dah jadi engineer nanti jangan nak mendabik dada. Jangan jadi bangang. All the way aku kena bangang bodoh. Tapi aku happy. :D
Oh and aku punya prinsip jugak, bersyukurlah sebab masih ada orang yang nak puji maki hina pangkah ejek lempang cium kau pa semua. Sebab time tu kau masih ada dalam hati diorang walaupon in a negative side. Daripada kau tak ditegur langsungkan. Mungkin bagi orang yang dibuli tu seksa sikit lah tapi after kena buli tu nanti kau ingat semua perkara tu kan. Tak ke best tu. :)
Walaupon sedikit down, hidup perlu diteruskan. Segala yang terjadi ada hikmah nya. Benda yang pergi tu pon ada hikmahnya. DIA saja nak uji tu. Nak suruh belajar menghargai sikit. Pepatah omputih ada mengatakan Sometimes the only way to really appreciate what you have is to see what life is like without it. Sekarang ni aku kena belajar appreciate apa yang aku ada. Friends :)


akmal tharmizi
roommate baru :D

Sunday, April 3, 2011

terima kasih

.....
pokneng : weh tolong buat indomie double telur mata!
.....
pokneng jr : bang, silalah makan.
pokneng : terima kasih
.....

maka tersebutlah kisah dua pria yang hubungan nya bak sang pencacai dengan raja. si raja hanya bersuara. pencacai terhegeh hegeh menjalankan tugasnya. apakan daya, pokneng jr hanya seorang junior. pokneng pula si senior celaka. kalau tak buat mula lah mendabik dada kononnya sasa. padahal jaguh kampung cuma.
nak di jadikan cerita, sepekan setelah sekolah dibuka, pokneng jr mendapat berita kematian pokneng kerana disondol lembu ketika sedang membuli kanak kanak kampungnya. maka dengan perasaan gembira tapa sekelumit kasihan pokneng jr melompat kegirangan bak remaja hyper terlebih upaya. hilang segala beban. tiada lagi senior setan! selesai segala penantian.
akan tetapi adalah malang juga nasib si pokneng jr kerana setan bukan seekor. tugas pokneng sepertinya diwariskan kepada kaum kerabat setannya dan oleh hal yang demikian seksa jugalah hidup pokneng jr hingga ke akhirnya. kali ini penderitaannya bak gunung tingginya bak laut luasnya. bukan calang calang setan gamaknya si pewaris pokneng ini.
pada saat ketika itu lah pokneng jr teringat akan arwah pokneng yang sekejam kejam dia, budi bahasanya ada. kata kata 'terima kasih' menjadi pelembut jiwa. walau meronta di dalam, cukup merasa terseksa, asal ada pemanisnya, pasti luntur penat lelah derita. dengan kata terima kasih pasti sesiapa pun akan terasa berharga.
maka pokneng jr yang sedari awalnya amat membenci poneng dengan ikhlas hati memaafkan segala kesilapannya dan mendoakan kebahagiaan rohnya. tetapi di dalam hati tenangnya dia turut mendoakan agar apa yang terbaik terjadi kepada setan yang kedua ini. semoga pokneng jr dapat hidup tenang hingga ke akhirnya. selesai.
sekian, terima kasih.
yang benar,
alaminfadhli

Tuesday, March 22, 2011

pengorbanan

Ada sorang budak hyper gigi kurang kemas. Dia akan menjadi aktif bila lapar. Nak di jadikan cerita, semasa sedang melepak bersama rakan, budak itu tiba tiba lapar. Maka, haaabis semua orang diganggunya. Budak hyper. Biasalah tu. Pada mulanya kawan kawan dia boleh bersabar, tetapi setiap manusia ada batas kesabarannya. Yang sorang tu mula tarik muka. Budak budak sekarang kan dah gempak gempak. Berkaitan dengan itu, budak hyper ni pon perasan lah ketidaksenangan yang dialami rakannya tadi akibat ke aktifannya. Hebat kan budak budak sekarang. Pandai memahami perasaan orang. Jadi, budak hyper gigi kurang kemas itu pon mula mendiam kan diri menahan nafsu hyper nya. Kesian dia. Semput dia tahan. Macam tahan nak gelak bila orang geletek. Kan seksa tu. Hmmm. Nak buat mcm mana. Member punya pasal tadahala. 
Jadi setelah beberapa lama membisu. Si hyper dah adapt dgn menjadi bisu dan dia tiba tiba rasa selesa mendiam kan diri melihat gelagat orang. Best katanya. Katanya lah. Banyak benda boleh difikirkan dan dipelajari sewaktu diam. Jadi dia berhasrat untuk menjadi diam untuk seminggu dan lihat hasilnya. Mungkin dia akan menjadi orang yang lebih hebat dan kaya sbb pepatah orang putih ada mengatakan yang silent is gold. Haa. Nanti kalau dia diam boleh dapat emas. Wehekk! Dia pon mengasingkan diri dengan berdiam diri kemana sahaja dia pergi.
Seminggu telah berlalu. Memang seperti yang dijangka. Banyak perkara bermanfaat dapat difikirkan. Banyak juga yang dipelajari daripada rona kehidupan masyarakat disekelilingnya. Tetapi, kadang kala dia ada bersuara. Jadi pada pandangannya, jikalau dia berjaya membisu sepenuhnya, pasti lebih banyak perkara positif berjaya dirangkulnya. Dia pon membuat keputusan untuk terus membisu. Tetapi kali ini kaedahnya sedikit berlainan. Dengan ini dia tidak perlu menahan apa apa untuk menjadi bisu. Pantas dan mudah. Cuma sedikit perit.
Keesokan harinya, kawan kawan nya yang sudah mula risau dengan keadaan si hyper yang tak pernah hyper langsung untuk seminggu lebih bertandang ke rumahnya. Mereka masuk ke bilik hyper kerana kata maknya dia masih tidur. Mereka menggoyang goyang kan hyper. Tetapi hyper masih jua belum bangun. Tiba tiba suatu perasaan kurang sedap hadir dalam diri salah seorang rakan hyper. Jangan jangan.... Oh tidak. Hyper kelihatan sedikit bergerak. Mereka menggesa hyper untuk bangun. Hyper pon bangun sambil menunjukkan giginya yang kurang kemas. Tetapi masih belum bersuara. Salah seorang daripada mereka mula bertnya keadaan hyper, ok ke? Kenapa membisu je? Hyper tersenyum dan mengambil kertas lalu menulis. 
"aku kesian dekat korang terganggu sbb aku hyper. Sbb tu aku diam. Lama lama aku rasa diam tu best. So, aku decide untuk diam selamnya. Ni hasilnya"
Dia perlahan lahan membuka mulutnya dan menunjukkan betapa kosongnya mulutnya tanpa lidah. Sorang sorang dari mereka mula menjerit dan lari lintang pukang. Si hyper confuse kerana apakah salah untuk dia terus berdiam? Bising salah diam salah. Hidup ni memang susah! Akhirnya dia membunuh diri akibat tertekan dengan hidup yang serba tak kena. Semasa sedang mengemas barangnya, maknya terjumpa sepucuk surat kepada si dia.
"aku diam sbb kau. Tapi kau orang first lari bila tahu aku macam ni. Sbb tu aku pergi. Jumpa lagi 'nanti' "
seminggu selepas itu si dia dimasukkan ke rumah sakit jiwa kerana dia asyik menjerit mendakwa melihat semua orang tidak berlidah.
*tekanan itu biasa. kita kena belajar mengatasinya. jangan jadi macam budak hyper. :) Sekian, terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

mendukung

Kadang kadang kita kena memahami dan memberi lebih perhatian. Sesal kemudian tiada gunanya.
Semasa dalam percutian, warga tua sibuk berbual bual. Yang muda seorang tidur dan seorang lagi diam membisu mendengar dan cuba belajar tentang kehidupan. Warga tua lelaki pon berkata.'Lelaki ni dalam kuat mana pon, dia perlu kan kasih sayang jugak. Nak nak kalau dia kena hit teruk mentally. Dia perlu support. Especially from family.'
Kemudian kisah benar mula diceritakan. Ketika arwah sedang sakit teruk disamping mempunyai masalah dengan hidupnya. Arwah asalnya seorang yang baik hati dan mudah didampingi. Tetapi kerana terlalu baik, orang mengambil kesempatan. Sampaikan arwah terjebak dengan helah dan telah mengundang kemarahan keluarga. Ketika di hospital, sang adik datang melawat ketika mana sebahagian ahli keluarga lain turut melawat. Sang adik ni dalam ketidaksedarannya, hanya dialah yang memberi hope dan menyaport arwah agar bertahan sehingga saat itu. Walaupon arwah melakukan kesilapan, sang adik menasihati dengan nasihat membina dan bukan membinasa. Di sinilah keprihatinan sang adik yang menyayangi abangnya tertonjol tanpa disedari. Kiranya arwah masih ada tempat untuk mengadu walaupun mengetahui fakta yang orang sekeliling sudah memandang serong terhadapnya. Jadi ketika sang adik melawat, si suami adik perasan akan perkara itu. Si suami adik memerhatikan segala galanya. Arwah kembali tersenyum walau sedang menderita. Si suami adik mula sedar akan kepentingan kasih sayang dan sokongan especially sokongan mental.
Nak dijadikan cerita, sang adik setelah melawat, kembali pulang dan berkata kepada arwah agar cepat sembuh dan nanti boleh datang ke tempat adik berjalan jalan. Setelah sang adik beredar, kira kira beberapa minit kemudian arwah kembali menjadi seperti orang sakit biasa. Tidak bermaya. Mana pergi semangat arwah tadi yang mampu tersenyum tadi? Setelah beberapa lama kemudian, sang adik yang dalam perjalanan pulang menerima panggilan telefon dari keluara mengatakan arwah kembali tenat. Dalam perjalan ke hospital kembali, arwah telah meninggal dunia. Walaupun tidak sempat tetapi sang adik akur. Mungkin itu lah yang terbaik. Arwah sempat meminta maaf kepada isteri anak anak ibu bapa dan beberapa adik beradik yang lain. 
Kembali semasa dalam percutian tadi, warga tua lelaki itu menekankan bahawa kondisi arwah yang berubah dari sakit kepada sedikit ceria dan berubah kembali kepada sakit dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir itu semuanya di pengaruhi oleh kewujudan insan yang menyaport. Apabila sang adik yang memberi harapan mula pergi, harapan arwah turut pergi. Begitulah pentingnya sokongan.
Mungkinkah jika sang adik stay lebih lama, arwah masih boleh bertahan untuk beberapa lama lagi. Itu semua kuasa ALLAH S.W.T. Tetapi sokongan dari sesiapa sahaja serba sedikit pasti membantu. Nama pon sokongan. Mestilah menyokong.
Alfatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH S.W.T dan tergolong dalam golongan beriman. Sekian, terima kasih.

Monday, March 7, 2011

wok ngrengkeng

Wok ngrengkeng merupakan seorang ahli nujum yang tak berapa nak pro sangat yang suka tidur. Dalam bahasa kampung nya, wok ngrengkeng bermaksud mat tidur. Apabila client client nya datang untuk menilik nasib, wok pasti ngrengkeng. Tetapi pada ketika wok sedang ber ngrengkeng lah kononnya segala ilham nya datang. Jadi jangan lah salah kan wok ngrengkeng yang asyik mengrengkeng saja. Dengan ber ngrengkeng juga lah wok menghilang kan sakit buasir ringan nya yang seakan akan sembelit. Oh, wok ngrengkeng juga suka bermain recorder. Cool katanya.
Nak di jadikan cerita, ketika wok sedang seronok berngrengkeng, dia di datangi seorang wanita yang cantik. Wanita yang memakai tag nama "anje gatal" itu dengan selamba menerjah rumah wok ngrengkeng kerana terdapat perkara yang perlu di selesaikan secepat yang mungkin. Apa perkara nya tu, haa itu kita tak tahu.
Dan dan anje gatal membuka pintu rumah, wok ngrengkeng pon terjaga. Dia lantas memberi penyelesaian terhadap masalah anje gatal yang tak sempat pon nak diutarakan. Maka anje gatal pon memberikan pengeras berupa cake blueberry. Wok punya favourite.
Dalam perjalanan balik, anje gatal cuba memikirkan bagaimana dia hendak melaksanakan apa yang diberitahu oleh wok ngrengkeng sebentar tadi kerana masalahnya itu sebenarnya dia ni secara tak sengaja akan mengelinjang apabila ternampak gecko padang pasir dan straight pengsan. Gecko padang pasir merupakan species haiwan ternakan di kampungnya. Tetapi dia alah terhadap benda itu. Wanita yang alah terhadap gacko padang pasir tidak akan dikahwini oleh mana mana lelaki kalau mengikut apa yang diceritakan di kampung itu. Kerana setiap lelaki akan mempunyai gecko padang pasir mereka tersendiri.
Jadi, sebagai penyelesaian nya wok ngrenkeng menyuruhnya memberi sekuntum cactus bakar kepada seorang lelaki yang telah berkahwin dan suruh lelaki itu memberikan cactus bakar itu kepada gecko padang pasir hitam kekuning kuningan. Katanya itu adalah gecko padang pasir keturunan raja. Jika hati keturunan raja berjaya di tawan, maka masalah akan selesai.
Masalahnya kini adalah, semua lelaki yang telah berkahwin adalah dilarang berjumpa dan berborak dengan anje gatal. Tengok nama lah. Jadi setelah berfikir panjang, hanya wok ngrenkeng sahaja lelaki yang telah berkahwin tetapi isterinya di oversea dan dia kelihatannya boleh sahaja berkomunikasi dengan anje gatal. Anje gatal pon mengutuskan pari pari nya untuk menghantar sekuntum cactus bakar kepada wok ngrengkeng agar wok ngrengkeng boleh menyelesaikan masalahnya.
Wok ngrengkeng yang sememangnya daripada awal telah berniat jahat kemudiannya memberikan sekuntum cactus bakar yang dikirim anje gatal kepada gecko padang pasir hitam kekuning kuningan miliknya. Pari pari anje gatal diutuskan kembali untuk memberitahu anje gatal bahawa kini dia perlu bertemu wok ngrengkeng kembali untuk ritual seterusnya. 
Apabila anje gatal tiba di rumah wok ngrengkeng, dia lantas mengeluarkan gecko padang pasir hitam kekuning kuningan nya dan anje gatal straight mengelinjang lalu pengsan. Selepas itu wok ngregkeng pon membakar anje gatal dan dia pon lenyap menjadi abu. maka masalah pon selesai. Tamat.
*buka minda dan jangan nak terperuk dengan kepercayaan tahyul sangat. :)

Sunday, March 6, 2011

odeng laling

Pada suatu hari ketika odeng sedang asyik menggorek tanah dia terfikir akan sesuatu. Apa yang difikirkan? Haa itu kita nak cerita ni.
Perkara yang bermain dalam benak odeng adalah berkaitan nasibnya yang macam tak berapa nak best. Odeng ada suka seorang perempuan ni namanya laling. Diorang ni telah ditakdirkan menjadi bestfriend sebelum terdetik perasaan special di hati masing masing. 
Kisahnya bermula cenggini. Sebenarnya pertemuan mereka pada awalnya di birthday party mutual friend mereka memang tidak dirancang. Di situ pon mereka bukan bertegur pon tetapi sudah mula mengenali cecamtu je lah. Lepas tu kawan kawan diorang ni mula mengeneng ngeneng kan diorang. Maka tak lama selepas itu baru lah mereka saling mengenali dan menjadi semakin rapat. Pada masa yang sama mereka ni ada bestfriends lain jugak disekelilig mereka yang sentiasa cuba menyatukan mereka. Persahabatan mereka mereka ni semakin lama semakin berkembang dan kadang kadang meletus. Bila dah pecah diorang repair balik repair balik alter sikit sikit maka benda jadi makin mantap. 
Ok. Fokus kembali kepada odeng dan laling. Diorang ni semakin kerap keluar bersama dan spend quality time together. Pada odeng yang memang dah menyukai laling ni action yang dia buat rasa rasanya telah berjaya menunjukkan yang dia suka laling tetapi berbekalkan ego di hati bak rainbow yang tiada penghujung dia tak pernah nak cakap yang dia suka laling. Laling ni pulak tipu lah kalau tak suka odeng sebab dia pon seronok bersama odeng tetapi disebabkan ego dia jugak, dia try deny yang odeng tu suka dia sebab the way odeng treat dia tak macam orang yang suka dia before and at the same time ada bestfriend laling yang sorang lagi yang lebih care dari odeng. Odeng tahu perkara ni tapi dia tak boleh buat apa sebab dia ada masalah dari segi sesi pembelajarannya yang sangat padat dan odeng masih belum mampu utk membeli kereta macam orang lain supaya bila laling memerlukan dia boleh berada di samping laling. Jadi disini masalah odeng mula timbul. Sampai lah suatu hari laling cerita dekat bestfriend dia dan cerita itu sampai ke telinga odeng melalui rakan nya. Cerita itu adalah tentang kebingungan laling tentang status mereka. Dalam cerita itu memerlukan odeng mengugurkan egonya dan meluahkan perasaannya kepada laling supaya laling jelas dengan segala galanya. Odeng ada terfikir tetapi mungkin tak yang odeng fikir tu sebab kawan dia suruh. Odeng ada fikir pasal benda ni. So, odeng pon cakap dekat kawan dia yang korang semua dah boleh relax biar dia uruskan. Odeng nak try buat something dengan sendiri.  Nanti apa apa hal odeng akan roger. Maka kawan kawan diorang mula ketepi dan pabila masanya tiba odeng berjaya menjatuhkan egonya dan make a conffesion towards laling. Cool tak odeng? 
Selepas itu perkara kembali menjadi normal deperti biasa sampai lah suatu hari ni bila rakan rakan odeng macam tahu semua kisah hidup dia dengan laling. Odeng bukan apa tapi dia tetiba terasa yang hidup dia dah takda privacy. Tambahan lagi bila benda benda yang rakan rakan odeng ni tahu nanti diorang akan menyalahkan odeng kalau benda tu macam menyusahkan laling. Sebab laling perempuan. So mestilah semua pon care. Odeng ni lelaki loser sikit. Childish pulak tu. So memang odeng yang perlu dipersalahakan.
Jadi kembali kepada ketika odeng mengorek tanah tadi, dia fikir, kenapa aku ni loser sangat. Buat benda semua bila orang suruh. Tak pernah nak gerak sendiri. Sambil berfikir, air mata jantan odeng yang jarang keluar jatuh setitik setitik. Odeng mengambil keputusan mengetext laling. Dia cuba memberitahu laling yang dia agak rimas dengan keadaan sekarang dimana bila laling ada masalah dia akan bagi tahu bestfriends dia yang lain instead of odeng and effect dia nanti odeng kena attack. Odeng cuba meminta bantuan laling agar segala gala tentang mereka biarlah dikongsi antara mereka terlebih dahulu then baru kepada bestfriends yang lain agar odeng boleh belajar menjadi dewasa dengan cara nya sendiri or perhaps bimbingan rakan dan bukan arahan rakan. Odeng nak selesaikan masalah dengan usaha dia sendiri. Laling pon mereply text odeng dengan bersetuju dengan apa yang dikatakan odeng cuma dia mmg tak boleh halang rakan dia yang over excited tentang hubungan mereka ini. Tetapi satu alasan laling tak pernah cerita dekat odeng sebab odeng ni nampak macam tak pernah care tentang perkara serious dan hanya tahu nak happy je. Odeng menjelaskan kembali yang dia pon tahu bila perlu serious. Just that dia tak tunjuk mungkin sebab ego. Sesi penjelasan itu pon berakhir dengan persefahaman antara dua pihak dan masing masng berharap agar rakan mereka memberi kerjasama kepada mereka dengan kurangkan campur tangan yang boleh meregangkan mereka sebenarnya. 
Ada terdetik di hati odeng yang sekarang ni dia dengan laling ke kawan kawan diorang yang nak develop relationship ni. Hmm. Kini segala gala nya dah setel. Harap harap diorang ni bahagia sebagai geng yang mantap sampai ke hujung usia. Odeng juga ada terbaca yang mungkin its better to keep their relationship like this sebab ayat tu cakap "friendship often ends in love; but love in friendship -- never!" by charles caleb colton. Ada ketika odeng memang sangat buntu tetapi dia akan buat cool and biarkan masa menentukan segalanya. 
Tamat. Sekian, terima kasih.

Saturday, February 26, 2011

cecite cecite

*setelah lama tak bercerita terasa nak bercerita. cecitececite. :D
Pada suatu hari ketika si no5 sedang asyik tidur dibuai mimpi, dia dikejutkan oleh panggilan telefon yang bakal menentukan masa depannya. Dia menerima panggilan itu dengan tiada ketenangan dan membuat keputusan terpaksa dalam masa lebih kurang setengah jam. Keesokan harinya hidup barunya bermula. *jengjengjeng
Pada awal kehidupan barunya, dia perform kerana perkara masa itu tiadahala baginya. Dia pon ada pengetahuan asas tentang perkara tersebut. Kemudian kehidupannya semakin rumit. Dia sering merasakan tidak boleh go dengan apa yang dia ada sekarang. Tetapi, dengan adanya rakan yang membantu, dia meneruskan kehidupannya dengan tabah. Setelah beberapa bulan berlalu, dia berjaya mengharungi satuperempat kehidupan barunya itu dengan ok lah. Orang putih kata not bad. Pelbagai kenangan diperoleh nya. Geng yang mantap mula dibina ketika dalam masa ini.
Setelah itu kehidupan second part out of four nya pon bermula. Dia ditempatkan ditempat yang menarik. Di tempatnya itu dia digandingkan dengan dua lagi insan cemerlang yang bakal menggugat no5 nya itu iaitu zoe dan adi. Sesi kehidupan mereka sentiasa ada sahaja perkara yg perlu dipersoalkan ataupun di jadikan isu. Kalau mereka bertiga mula bertelagah. Pastilah si zoe menjadi mangsa kerana dia lah yang paling hebat dia antara meraka bertiga. Tengok nama lah. Zoe kot!  Ragam si adi tidak mahu kalah galaknya turut menceriakan suasana. Benda menjadi lebih menarik apabila trio ini bersatu tenaga dalam menjalankan task task yang diberi. Perkara terakhir yang mereka lakukan adalah pembentangan yang pada mereka sangat menarik tetapi apakan daya, rambut sama hitam hati lain lain.
Kehidupan mereka ditemani juga rakan rakan yang pandai bak buku teks.  Rajin berusaha. Suka bergurau dgn tone menganjing seperti "harini saya mmg bnyk gelak" dan "buat buat" salah baca. Serta blank blank rakan yg ter aa aa. Tidak lupa juga rakan yang sentiasa mengeluarkan ayat unik dan hebat dalam pertandingan berkata kata. Kehidupan mereka semua ini lagi lah meriah apabila mereka bekerjasama.
Mereka bersatu mengangkat nama seorang pemuda gagah dari kelompok mereka. Seorang yang tampan segak bergaya. Menjadikan hitam warna kegemaran kerana nampak kemas katanya. Pemuda tersebut mempunyai raut wajah mirip christiano ronaldo dan bercampur baur dgn hritik roshan. Jejaka tersebut ialah LEE. Unik bukan? Nama cina rupa hindustan tetapi sebenarnya, haa itu kita tak tahu. Hebatkan dia? Lee kot! 
Kehidupan mereka mereka ini akhirnya sampai di penghujug apabila masa sudah tiba. Kini mereka perlu berusaha untuk melayakkan diri ke phase yg seterusnya dgn lebih banyak dugaan. Kini mungkin tiada lagi hilai tawa yang bakal menceriakan suasana. Yang tinggal mungkin hanya focus dan usaha yang tidak berapa nak ceria. Tetapi jikalau takdir mereka bersama, insyaALLAH mereka boleh bersama lagi. Dan tak salah juga jika mereka mereka ini masih mahu bersuka ria kerana hidup mmg begitu. Benda yg takda boleh diadakan. Jangan risau. Mari kita doakan kejayaan mereka mereka ini. :)