*setelah lama tak bercerita terasa nak bercerita. cecitececite. :D
Pada suatu hari ketika si no5 sedang asyik tidur dibuai mimpi, dia dikejutkan oleh panggilan telefon yang bakal menentukan masa depannya. Dia menerima panggilan itu dengan tiada ketenangan dan membuat keputusan terpaksa dalam masa lebih kurang setengah jam. Keesokan harinya hidup barunya bermula. *jengjengjeng
Pada suatu hari ketika si no5 sedang asyik tidur dibuai mimpi, dia dikejutkan oleh panggilan telefon yang bakal menentukan masa depannya. Dia menerima panggilan itu dengan tiada ketenangan dan membuat keputusan terpaksa dalam masa lebih kurang setengah jam. Keesokan harinya hidup barunya bermula. *jengjengjeng
Pada awal kehidupan barunya, dia perform kerana perkara masa itu tiadahala baginya. Dia pon ada pengetahuan asas tentang perkara tersebut. Kemudian kehidupannya semakin rumit. Dia sering merasakan tidak boleh go dengan apa yang dia ada sekarang. Tetapi, dengan adanya rakan yang membantu, dia meneruskan kehidupannya dengan tabah. Setelah beberapa bulan berlalu, dia berjaya mengharungi satuperempat kehidupan barunya itu dengan ok lah. Orang putih kata not bad. Pelbagai kenangan diperoleh nya. Geng yang mantap mula dibina ketika dalam masa ini.
Setelah itu kehidupan second part out of four nya pon bermula. Dia ditempatkan ditempat yang menarik. Di tempatnya itu dia digandingkan dengan dua lagi insan cemerlang yang bakal menggugat no5 nya itu iaitu zoe dan adi. Sesi kehidupan mereka sentiasa ada sahaja perkara yg perlu dipersoalkan ataupun di jadikan isu. Kalau mereka bertiga mula bertelagah. Pastilah si zoe menjadi mangsa kerana dia lah yang paling hebat dia antara meraka bertiga. Tengok nama lah. Zoe kot! Ragam si adi tidak mahu kalah galaknya turut menceriakan suasana. Benda menjadi lebih menarik apabila trio ini bersatu tenaga dalam menjalankan task task yang diberi. Perkara terakhir yang mereka lakukan adalah pembentangan yang pada mereka sangat menarik tetapi apakan daya, rambut sama hitam hati lain lain.
Kehidupan mereka ditemani juga rakan rakan yang pandai bak buku teks. Rajin berusaha. Suka bergurau dgn tone menganjing seperti "harini saya mmg bnyk gelak" dan "buat buat" salah baca. Serta blank blank rakan yg ter aa aa. Tidak lupa juga rakan yang sentiasa mengeluarkan ayat unik dan hebat dalam pertandingan berkata kata. Kehidupan mereka semua ini lagi lah meriah apabila mereka bekerjasama.
Mereka bersatu mengangkat nama seorang pemuda gagah dari kelompok mereka. Seorang yang tampan segak bergaya. Menjadikan hitam warna kegemaran kerana nampak kemas katanya. Pemuda tersebut mempunyai raut wajah mirip christiano ronaldo dan bercampur baur dgn hritik roshan. Jejaka tersebut ialah LEE. Unik bukan? Nama cina rupa hindustan tetapi sebenarnya, haa itu kita tak tahu. Hebatkan dia? Lee kot!
Kehidupan mereka mereka ini akhirnya sampai di penghujug apabila masa sudah tiba. Kini mereka perlu berusaha untuk melayakkan diri ke phase yg seterusnya dgn lebih banyak dugaan. Kini mungkin tiada lagi hilai tawa yang bakal menceriakan suasana. Yang tinggal mungkin hanya focus dan usaha yang tidak berapa nak ceria. Tetapi jikalau takdir mereka bersama, insyaALLAH mereka boleh bersama lagi. Dan tak salah juga jika mereka mereka ini masih mahu bersuka ria kerana hidup mmg begitu. Benda yg takda boleh diadakan. Jangan risau. Mari kita doakan kejayaan mereka mereka ini. :)

No comments:
Post a Comment