Wednesday, November 30, 2011

Keluh

Aku baru tersedar setelah terbaca satu puisi dimana memang sudah menjadi lumrah manusia yang hodoh ini menuding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri entah bagaimana. Ada posibiliti diri sendiri yang salah seratus peratus. Tetapi, itulah manusia yang bodoh alpa ini. Tak pernah nak sedar diri. Aku terfikir, disebalik aku berkata sedemikian, banyak juga aku menuding jari. Tambahan dengan mulut celupar busuk bak najis anjing yang aku miliki, habis serata dunia aku manipulasi cerita. Entah berapa ramai teraniaya. Aku perlu hentikan bicara tak guna dan lebihkan muhasabah diri. Kononnya dah beranjak dewasa. Umur pon sudah hampir berpuluh. Perangai? Masih kolot dibayangi keriangan dan kebudakan yang langsung tidak memahami realiti duniawi yang ada masanya indah dan selalunya gundah.
Hahh!! Aku mengeluh, bukan kerana penat. Tapi kerana mahu sihat. Mengeluh memaksa kita menarik dan menghembus nafas. Itukan budaya sihat yang sesaat pon kita tak pernah hentikan. Cuma, tat kala mengeluh, seringnya kita bawa bersama emosi duka lara yang menjadikan nafas itu sedikit berat. Yang penting adalah, keluhan itu jangan dipuncakan dengan rasa kesal dan ingin menuding jari. "ini salah kau" itu seharusnya tiada dalam kamus hidup kerana segalanya telah dirancang oleh-Nya. Qada' dan Qadar. Hanya yang terbaik untuk kita. Segalanya teratur indah. Bersyukurlah, kita masih bernyawa. Alhamdulillah :)

No comments: