Wednesday, April 6, 2011

yangdikejartakdapatyangdikendongberciciran

Aku ada dengar lah orang kata. Bagi seorang lelaki, mungkin Friendship is like pissing in your pants. Everyone can see it but only you can feel the warmth. Bagi seorang perempuan pula, mungkin Friends is like a bra. Close to your heart. There for support. Tu ikut jantina lain lain lah kan.
Itu orang kata lah. Lepastu ada orang jugak kata yang dia percaya dengan karma. What goes around comes around. Kau buat tahi. Tahi lah yang terhasil. Life is fair enough. Takda senget senget. Kau tak dapat yang ni. Kau akan dapat yang tu. Macam tu lah. Nak buat macam mana lagi kan.
Haritu aku naik cab, baru balik melawat kawan dekat hospital. mungkin memang takdir aku macam tu, aku naik lah cab yang berdriverkan bekas askar dan juga bodyguard. Dia kasar. Tapi aku tahu niat dia baik. Dia cakap bila dah jadi engineer nanti jangan nak mendabik dada. Jangan jadi bangang. All the way aku kena bangang bodoh. Tapi aku happy. :D
Oh and aku punya prinsip jugak, bersyukurlah sebab masih ada orang yang nak puji maki hina pangkah ejek lempang cium kau pa semua. Sebab time tu kau masih ada dalam hati diorang walaupon in a negative side. Daripada kau tak ditegur langsungkan. Mungkin bagi orang yang dibuli tu seksa sikit lah tapi after kena buli tu nanti kau ingat semua perkara tu kan. Tak ke best tu. :)
Walaupon sedikit down, hidup perlu diteruskan. Segala yang terjadi ada hikmah nya. Benda yang pergi tu pon ada hikmahnya. DIA saja nak uji tu. Nak suruh belajar menghargai sikit. Pepatah omputih ada mengatakan Sometimes the only way to really appreciate what you have is to see what life is like without it. Sekarang ni aku kena belajar appreciate apa yang aku ada. Friends :)


akmal tharmizi
roommate baru :D

Sunday, April 3, 2011

terima kasih

.....
pokneng : weh tolong buat indomie double telur mata!
.....
pokneng jr : bang, silalah makan.
pokneng : terima kasih
.....

maka tersebutlah kisah dua pria yang hubungan nya bak sang pencacai dengan raja. si raja hanya bersuara. pencacai terhegeh hegeh menjalankan tugasnya. apakan daya, pokneng jr hanya seorang junior. pokneng pula si senior celaka. kalau tak buat mula lah mendabik dada kononnya sasa. padahal jaguh kampung cuma.
nak di jadikan cerita, sepekan setelah sekolah dibuka, pokneng jr mendapat berita kematian pokneng kerana disondol lembu ketika sedang membuli kanak kanak kampungnya. maka dengan perasaan gembira tapa sekelumit kasihan pokneng jr melompat kegirangan bak remaja hyper terlebih upaya. hilang segala beban. tiada lagi senior setan! selesai segala penantian.
akan tetapi adalah malang juga nasib si pokneng jr kerana setan bukan seekor. tugas pokneng sepertinya diwariskan kepada kaum kerabat setannya dan oleh hal yang demikian seksa jugalah hidup pokneng jr hingga ke akhirnya. kali ini penderitaannya bak gunung tingginya bak laut luasnya. bukan calang calang setan gamaknya si pewaris pokneng ini.
pada saat ketika itu lah pokneng jr teringat akan arwah pokneng yang sekejam kejam dia, budi bahasanya ada. kata kata 'terima kasih' menjadi pelembut jiwa. walau meronta di dalam, cukup merasa terseksa, asal ada pemanisnya, pasti luntur penat lelah derita. dengan kata terima kasih pasti sesiapa pun akan terasa berharga.
maka pokneng jr yang sedari awalnya amat membenci poneng dengan ikhlas hati memaafkan segala kesilapannya dan mendoakan kebahagiaan rohnya. tetapi di dalam hati tenangnya dia turut mendoakan agar apa yang terbaik terjadi kepada setan yang kedua ini. semoga pokneng jr dapat hidup tenang hingga ke akhirnya. selesai.
sekian, terima kasih.
yang benar,
alaminfadhli

Tuesday, March 22, 2011

pengorbanan

Ada sorang budak hyper gigi kurang kemas. Dia akan menjadi aktif bila lapar. Nak di jadikan cerita, semasa sedang melepak bersama rakan, budak itu tiba tiba lapar. Maka, haaabis semua orang diganggunya. Budak hyper. Biasalah tu. Pada mulanya kawan kawan dia boleh bersabar, tetapi setiap manusia ada batas kesabarannya. Yang sorang tu mula tarik muka. Budak budak sekarang kan dah gempak gempak. Berkaitan dengan itu, budak hyper ni pon perasan lah ketidaksenangan yang dialami rakannya tadi akibat ke aktifannya. Hebat kan budak budak sekarang. Pandai memahami perasaan orang. Jadi, budak hyper gigi kurang kemas itu pon mula mendiam kan diri menahan nafsu hyper nya. Kesian dia. Semput dia tahan. Macam tahan nak gelak bila orang geletek. Kan seksa tu. Hmmm. Nak buat mcm mana. Member punya pasal tadahala. 
Jadi setelah beberapa lama membisu. Si hyper dah adapt dgn menjadi bisu dan dia tiba tiba rasa selesa mendiam kan diri melihat gelagat orang. Best katanya. Katanya lah. Banyak benda boleh difikirkan dan dipelajari sewaktu diam. Jadi dia berhasrat untuk menjadi diam untuk seminggu dan lihat hasilnya. Mungkin dia akan menjadi orang yang lebih hebat dan kaya sbb pepatah orang putih ada mengatakan yang silent is gold. Haa. Nanti kalau dia diam boleh dapat emas. Wehekk! Dia pon mengasingkan diri dengan berdiam diri kemana sahaja dia pergi.
Seminggu telah berlalu. Memang seperti yang dijangka. Banyak perkara bermanfaat dapat difikirkan. Banyak juga yang dipelajari daripada rona kehidupan masyarakat disekelilingnya. Tetapi, kadang kala dia ada bersuara. Jadi pada pandangannya, jikalau dia berjaya membisu sepenuhnya, pasti lebih banyak perkara positif berjaya dirangkulnya. Dia pon membuat keputusan untuk terus membisu. Tetapi kali ini kaedahnya sedikit berlainan. Dengan ini dia tidak perlu menahan apa apa untuk menjadi bisu. Pantas dan mudah. Cuma sedikit perit.
Keesokan harinya, kawan kawan nya yang sudah mula risau dengan keadaan si hyper yang tak pernah hyper langsung untuk seminggu lebih bertandang ke rumahnya. Mereka masuk ke bilik hyper kerana kata maknya dia masih tidur. Mereka menggoyang goyang kan hyper. Tetapi hyper masih jua belum bangun. Tiba tiba suatu perasaan kurang sedap hadir dalam diri salah seorang rakan hyper. Jangan jangan.... Oh tidak. Hyper kelihatan sedikit bergerak. Mereka menggesa hyper untuk bangun. Hyper pon bangun sambil menunjukkan giginya yang kurang kemas. Tetapi masih belum bersuara. Salah seorang daripada mereka mula bertnya keadaan hyper, ok ke? Kenapa membisu je? Hyper tersenyum dan mengambil kertas lalu menulis. 
"aku kesian dekat korang terganggu sbb aku hyper. Sbb tu aku diam. Lama lama aku rasa diam tu best. So, aku decide untuk diam selamnya. Ni hasilnya"
Dia perlahan lahan membuka mulutnya dan menunjukkan betapa kosongnya mulutnya tanpa lidah. Sorang sorang dari mereka mula menjerit dan lari lintang pukang. Si hyper confuse kerana apakah salah untuk dia terus berdiam? Bising salah diam salah. Hidup ni memang susah! Akhirnya dia membunuh diri akibat tertekan dengan hidup yang serba tak kena. Semasa sedang mengemas barangnya, maknya terjumpa sepucuk surat kepada si dia.
"aku diam sbb kau. Tapi kau orang first lari bila tahu aku macam ni. Sbb tu aku pergi. Jumpa lagi 'nanti' "
seminggu selepas itu si dia dimasukkan ke rumah sakit jiwa kerana dia asyik menjerit mendakwa melihat semua orang tidak berlidah.
*tekanan itu biasa. kita kena belajar mengatasinya. jangan jadi macam budak hyper. :) Sekian, terima kasih.

Saturday, March 19, 2011

mendukung

Kadang kadang kita kena memahami dan memberi lebih perhatian. Sesal kemudian tiada gunanya.
Semasa dalam percutian, warga tua sibuk berbual bual. Yang muda seorang tidur dan seorang lagi diam membisu mendengar dan cuba belajar tentang kehidupan. Warga tua lelaki pon berkata.'Lelaki ni dalam kuat mana pon, dia perlu kan kasih sayang jugak. Nak nak kalau dia kena hit teruk mentally. Dia perlu support. Especially from family.'
Kemudian kisah benar mula diceritakan. Ketika arwah sedang sakit teruk disamping mempunyai masalah dengan hidupnya. Arwah asalnya seorang yang baik hati dan mudah didampingi. Tetapi kerana terlalu baik, orang mengambil kesempatan. Sampaikan arwah terjebak dengan helah dan telah mengundang kemarahan keluarga. Ketika di hospital, sang adik datang melawat ketika mana sebahagian ahli keluarga lain turut melawat. Sang adik ni dalam ketidaksedarannya, hanya dialah yang memberi hope dan menyaport arwah agar bertahan sehingga saat itu. Walaupon arwah melakukan kesilapan, sang adik menasihati dengan nasihat membina dan bukan membinasa. Di sinilah keprihatinan sang adik yang menyayangi abangnya tertonjol tanpa disedari. Kiranya arwah masih ada tempat untuk mengadu walaupun mengetahui fakta yang orang sekeliling sudah memandang serong terhadapnya. Jadi ketika sang adik melawat, si suami adik perasan akan perkara itu. Si suami adik memerhatikan segala galanya. Arwah kembali tersenyum walau sedang menderita. Si suami adik mula sedar akan kepentingan kasih sayang dan sokongan especially sokongan mental.
Nak dijadikan cerita, sang adik setelah melawat, kembali pulang dan berkata kepada arwah agar cepat sembuh dan nanti boleh datang ke tempat adik berjalan jalan. Setelah sang adik beredar, kira kira beberapa minit kemudian arwah kembali menjadi seperti orang sakit biasa. Tidak bermaya. Mana pergi semangat arwah tadi yang mampu tersenyum tadi? Setelah beberapa lama kemudian, sang adik yang dalam perjalanan pulang menerima panggilan telefon dari keluara mengatakan arwah kembali tenat. Dalam perjalan ke hospital kembali, arwah telah meninggal dunia. Walaupun tidak sempat tetapi sang adik akur. Mungkin itu lah yang terbaik. Arwah sempat meminta maaf kepada isteri anak anak ibu bapa dan beberapa adik beradik yang lain. 
Kembali semasa dalam percutian tadi, warga tua lelaki itu menekankan bahawa kondisi arwah yang berubah dari sakit kepada sedikit ceria dan berubah kembali kepada sakit dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir itu semuanya di pengaruhi oleh kewujudan insan yang menyaport. Apabila sang adik yang memberi harapan mula pergi, harapan arwah turut pergi. Begitulah pentingnya sokongan.
Mungkinkah jika sang adik stay lebih lama, arwah masih boleh bertahan untuk beberapa lama lagi. Itu semua kuasa ALLAH S.W.T. Tetapi sokongan dari sesiapa sahaja serba sedikit pasti membantu. Nama pon sokongan. Mestilah menyokong.
Alfatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ALLAH S.W.T dan tergolong dalam golongan beriman. Sekian, terima kasih.

Monday, March 7, 2011

wok ngrengkeng

Wok ngrengkeng merupakan seorang ahli nujum yang tak berapa nak pro sangat yang suka tidur. Dalam bahasa kampung nya, wok ngrengkeng bermaksud mat tidur. Apabila client client nya datang untuk menilik nasib, wok pasti ngrengkeng. Tetapi pada ketika wok sedang ber ngrengkeng lah kononnya segala ilham nya datang. Jadi jangan lah salah kan wok ngrengkeng yang asyik mengrengkeng saja. Dengan ber ngrengkeng juga lah wok menghilang kan sakit buasir ringan nya yang seakan akan sembelit. Oh, wok ngrengkeng juga suka bermain recorder. Cool katanya.
Nak di jadikan cerita, ketika wok sedang seronok berngrengkeng, dia di datangi seorang wanita yang cantik. Wanita yang memakai tag nama "anje gatal" itu dengan selamba menerjah rumah wok ngrengkeng kerana terdapat perkara yang perlu di selesaikan secepat yang mungkin. Apa perkara nya tu, haa itu kita tak tahu.
Dan dan anje gatal membuka pintu rumah, wok ngrengkeng pon terjaga. Dia lantas memberi penyelesaian terhadap masalah anje gatal yang tak sempat pon nak diutarakan. Maka anje gatal pon memberikan pengeras berupa cake blueberry. Wok punya favourite.
Dalam perjalanan balik, anje gatal cuba memikirkan bagaimana dia hendak melaksanakan apa yang diberitahu oleh wok ngrengkeng sebentar tadi kerana masalahnya itu sebenarnya dia ni secara tak sengaja akan mengelinjang apabila ternampak gecko padang pasir dan straight pengsan. Gecko padang pasir merupakan species haiwan ternakan di kampungnya. Tetapi dia alah terhadap benda itu. Wanita yang alah terhadap gacko padang pasir tidak akan dikahwini oleh mana mana lelaki kalau mengikut apa yang diceritakan di kampung itu. Kerana setiap lelaki akan mempunyai gecko padang pasir mereka tersendiri.
Jadi, sebagai penyelesaian nya wok ngrenkeng menyuruhnya memberi sekuntum cactus bakar kepada seorang lelaki yang telah berkahwin dan suruh lelaki itu memberikan cactus bakar itu kepada gecko padang pasir hitam kekuning kuningan. Katanya itu adalah gecko padang pasir keturunan raja. Jika hati keturunan raja berjaya di tawan, maka masalah akan selesai.
Masalahnya kini adalah, semua lelaki yang telah berkahwin adalah dilarang berjumpa dan berborak dengan anje gatal. Tengok nama lah. Jadi setelah berfikir panjang, hanya wok ngrenkeng sahaja lelaki yang telah berkahwin tetapi isterinya di oversea dan dia kelihatannya boleh sahaja berkomunikasi dengan anje gatal. Anje gatal pon mengutuskan pari pari nya untuk menghantar sekuntum cactus bakar kepada wok ngrengkeng agar wok ngrengkeng boleh menyelesaikan masalahnya.
Wok ngrengkeng yang sememangnya daripada awal telah berniat jahat kemudiannya memberikan sekuntum cactus bakar yang dikirim anje gatal kepada gecko padang pasir hitam kekuning kuningan miliknya. Pari pari anje gatal diutuskan kembali untuk memberitahu anje gatal bahawa kini dia perlu bertemu wok ngrengkeng kembali untuk ritual seterusnya. 
Apabila anje gatal tiba di rumah wok ngrengkeng, dia lantas mengeluarkan gecko padang pasir hitam kekuning kuningan nya dan anje gatal straight mengelinjang lalu pengsan. Selepas itu wok ngregkeng pon membakar anje gatal dan dia pon lenyap menjadi abu. maka masalah pon selesai. Tamat.
*buka minda dan jangan nak terperuk dengan kepercayaan tahyul sangat. :)

Sunday, March 6, 2011

odeng laling

Pada suatu hari ketika odeng sedang asyik menggorek tanah dia terfikir akan sesuatu. Apa yang difikirkan? Haa itu kita nak cerita ni.
Perkara yang bermain dalam benak odeng adalah berkaitan nasibnya yang macam tak berapa nak best. Odeng ada suka seorang perempuan ni namanya laling. Diorang ni telah ditakdirkan menjadi bestfriend sebelum terdetik perasaan special di hati masing masing. 
Kisahnya bermula cenggini. Sebenarnya pertemuan mereka pada awalnya di birthday party mutual friend mereka memang tidak dirancang. Di situ pon mereka bukan bertegur pon tetapi sudah mula mengenali cecamtu je lah. Lepas tu kawan kawan diorang ni mula mengeneng ngeneng kan diorang. Maka tak lama selepas itu baru lah mereka saling mengenali dan menjadi semakin rapat. Pada masa yang sama mereka ni ada bestfriends lain jugak disekelilig mereka yang sentiasa cuba menyatukan mereka. Persahabatan mereka mereka ni semakin lama semakin berkembang dan kadang kadang meletus. Bila dah pecah diorang repair balik repair balik alter sikit sikit maka benda jadi makin mantap. 
Ok. Fokus kembali kepada odeng dan laling. Diorang ni semakin kerap keluar bersama dan spend quality time together. Pada odeng yang memang dah menyukai laling ni action yang dia buat rasa rasanya telah berjaya menunjukkan yang dia suka laling tetapi berbekalkan ego di hati bak rainbow yang tiada penghujung dia tak pernah nak cakap yang dia suka laling. Laling ni pulak tipu lah kalau tak suka odeng sebab dia pon seronok bersama odeng tetapi disebabkan ego dia jugak, dia try deny yang odeng tu suka dia sebab the way odeng treat dia tak macam orang yang suka dia before and at the same time ada bestfriend laling yang sorang lagi yang lebih care dari odeng. Odeng tahu perkara ni tapi dia tak boleh buat apa sebab dia ada masalah dari segi sesi pembelajarannya yang sangat padat dan odeng masih belum mampu utk membeli kereta macam orang lain supaya bila laling memerlukan dia boleh berada di samping laling. Jadi disini masalah odeng mula timbul. Sampai lah suatu hari laling cerita dekat bestfriend dia dan cerita itu sampai ke telinga odeng melalui rakan nya. Cerita itu adalah tentang kebingungan laling tentang status mereka. Dalam cerita itu memerlukan odeng mengugurkan egonya dan meluahkan perasaannya kepada laling supaya laling jelas dengan segala galanya. Odeng ada terfikir tetapi mungkin tak yang odeng fikir tu sebab kawan dia suruh. Odeng ada fikir pasal benda ni. So, odeng pon cakap dekat kawan dia yang korang semua dah boleh relax biar dia uruskan. Odeng nak try buat something dengan sendiri.  Nanti apa apa hal odeng akan roger. Maka kawan kawan diorang mula ketepi dan pabila masanya tiba odeng berjaya menjatuhkan egonya dan make a conffesion towards laling. Cool tak odeng? 
Selepas itu perkara kembali menjadi normal deperti biasa sampai lah suatu hari ni bila rakan rakan odeng macam tahu semua kisah hidup dia dengan laling. Odeng bukan apa tapi dia tetiba terasa yang hidup dia dah takda privacy. Tambahan lagi bila benda benda yang rakan rakan odeng ni tahu nanti diorang akan menyalahkan odeng kalau benda tu macam menyusahkan laling. Sebab laling perempuan. So mestilah semua pon care. Odeng ni lelaki loser sikit. Childish pulak tu. So memang odeng yang perlu dipersalahakan.
Jadi kembali kepada ketika odeng mengorek tanah tadi, dia fikir, kenapa aku ni loser sangat. Buat benda semua bila orang suruh. Tak pernah nak gerak sendiri. Sambil berfikir, air mata jantan odeng yang jarang keluar jatuh setitik setitik. Odeng mengambil keputusan mengetext laling. Dia cuba memberitahu laling yang dia agak rimas dengan keadaan sekarang dimana bila laling ada masalah dia akan bagi tahu bestfriends dia yang lain instead of odeng and effect dia nanti odeng kena attack. Odeng cuba meminta bantuan laling agar segala gala tentang mereka biarlah dikongsi antara mereka terlebih dahulu then baru kepada bestfriends yang lain agar odeng boleh belajar menjadi dewasa dengan cara nya sendiri or perhaps bimbingan rakan dan bukan arahan rakan. Odeng nak selesaikan masalah dengan usaha dia sendiri. Laling pon mereply text odeng dengan bersetuju dengan apa yang dikatakan odeng cuma dia mmg tak boleh halang rakan dia yang over excited tentang hubungan mereka ini. Tetapi satu alasan laling tak pernah cerita dekat odeng sebab odeng ni nampak macam tak pernah care tentang perkara serious dan hanya tahu nak happy je. Odeng menjelaskan kembali yang dia pon tahu bila perlu serious. Just that dia tak tunjuk mungkin sebab ego. Sesi penjelasan itu pon berakhir dengan persefahaman antara dua pihak dan masing masng berharap agar rakan mereka memberi kerjasama kepada mereka dengan kurangkan campur tangan yang boleh meregangkan mereka sebenarnya. 
Ada terdetik di hati odeng yang sekarang ni dia dengan laling ke kawan kawan diorang yang nak develop relationship ni. Hmm. Kini segala gala nya dah setel. Harap harap diorang ni bahagia sebagai geng yang mantap sampai ke hujung usia. Odeng juga ada terbaca yang mungkin its better to keep their relationship like this sebab ayat tu cakap "friendship often ends in love; but love in friendship -- never!" by charles caleb colton. Ada ketika odeng memang sangat buntu tetapi dia akan buat cool and biarkan masa menentukan segalanya. 
Tamat. Sekian, terima kasih.

Saturday, February 26, 2011

cecite cecite

*setelah lama tak bercerita terasa nak bercerita. cecitececite. :D
Pada suatu hari ketika si no5 sedang asyik tidur dibuai mimpi, dia dikejutkan oleh panggilan telefon yang bakal menentukan masa depannya. Dia menerima panggilan itu dengan tiada ketenangan dan membuat keputusan terpaksa dalam masa lebih kurang setengah jam. Keesokan harinya hidup barunya bermula. *jengjengjeng
Pada awal kehidupan barunya, dia perform kerana perkara masa itu tiadahala baginya. Dia pon ada pengetahuan asas tentang perkara tersebut. Kemudian kehidupannya semakin rumit. Dia sering merasakan tidak boleh go dengan apa yang dia ada sekarang. Tetapi, dengan adanya rakan yang membantu, dia meneruskan kehidupannya dengan tabah. Setelah beberapa bulan berlalu, dia berjaya mengharungi satuperempat kehidupan barunya itu dengan ok lah. Orang putih kata not bad. Pelbagai kenangan diperoleh nya. Geng yang mantap mula dibina ketika dalam masa ini.
Setelah itu kehidupan second part out of four nya pon bermula. Dia ditempatkan ditempat yang menarik. Di tempatnya itu dia digandingkan dengan dua lagi insan cemerlang yang bakal menggugat no5 nya itu iaitu zoe dan adi. Sesi kehidupan mereka sentiasa ada sahaja perkara yg perlu dipersoalkan ataupun di jadikan isu. Kalau mereka bertiga mula bertelagah. Pastilah si zoe menjadi mangsa kerana dia lah yang paling hebat dia antara meraka bertiga. Tengok nama lah. Zoe kot!  Ragam si adi tidak mahu kalah galaknya turut menceriakan suasana. Benda menjadi lebih menarik apabila trio ini bersatu tenaga dalam menjalankan task task yang diberi. Perkara terakhir yang mereka lakukan adalah pembentangan yang pada mereka sangat menarik tetapi apakan daya, rambut sama hitam hati lain lain.
Kehidupan mereka ditemani juga rakan rakan yang pandai bak buku teks.  Rajin berusaha. Suka bergurau dgn tone menganjing seperti "harini saya mmg bnyk gelak" dan "buat buat" salah baca. Serta blank blank rakan yg ter aa aa. Tidak lupa juga rakan yang sentiasa mengeluarkan ayat unik dan hebat dalam pertandingan berkata kata. Kehidupan mereka semua ini lagi lah meriah apabila mereka bekerjasama.
Mereka bersatu mengangkat nama seorang pemuda gagah dari kelompok mereka. Seorang yang tampan segak bergaya. Menjadikan hitam warna kegemaran kerana nampak kemas katanya. Pemuda tersebut mempunyai raut wajah mirip christiano ronaldo dan bercampur baur dgn hritik roshan. Jejaka tersebut ialah LEE. Unik bukan? Nama cina rupa hindustan tetapi sebenarnya, haa itu kita tak tahu. Hebatkan dia? Lee kot! 
Kehidupan mereka mereka ini akhirnya sampai di penghujug apabila masa sudah tiba. Kini mereka perlu berusaha untuk melayakkan diri ke phase yg seterusnya dgn lebih banyak dugaan. Kini mungkin tiada lagi hilai tawa yang bakal menceriakan suasana. Yang tinggal mungkin hanya focus dan usaha yang tidak berapa nak ceria. Tetapi jikalau takdir mereka bersama, insyaALLAH mereka boleh bersama lagi. Dan tak salah juga jika mereka mereka ini masih mahu bersuka ria kerana hidup mmg begitu. Benda yg takda boleh diadakan. Jangan risau. Mari kita doakan kejayaan mereka mereka ini. :)

Saturday, February 5, 2011

bualbualmanja

A : hai. Nak kenal boleh? :)
B : tak boleh. Sorry. :(
A : kthxbye ._.
B : kau jangan nak kthxbye sangat -.-


C : kau ni untunglaa ada orang nak.
B : hmm. Untunglaa. Tapi aku malu.
C : kau tu dah lah package.
B : biasa biasa ja. Not bad kan aku?


To be continue...

Wednesday, February 2, 2011

nana banana


anonymous ; comelnyaaaaaaaaaa. GERAM! :)

Wednesday, November 10, 2010

Tuesday, September 21, 2010

cik kiah dan pak tam

ketika Zem sedang asyik dan leka mendengarkan dan menyanyikan sebuah lagu menerusi ipod miliknya yang dicucuk kemas kemas kedalam telinga nya bagaikan kucing menyumbat tikus kedalam mulut, tiba tiba Eric datang masuk kedalam bilik yang Zem telah buat sebagai jamban karaoke tadi dan berkata bahawa dia mendengar suara Zem yang kurang enak tetapi lantang dari jarak 47 meter jauhnya. hebat bukan. Zem dengan bangganya meneruskan nyanyiannya.

tiba tiba tah kenapa Zem berminat untuk berhenti dan sejurus itu kedengaran suara menyanyikan lagu yang sama dari jamban belah atas. di fikiran Zem mungkin gema, tetapi hakikatnya gema itu adalah balasan anjingan dari pihak atas yang kononnya belajar tanpa ingin di ganggu oleh suara kurang enak tapi lantang milik Zem.

kendian terdengar pekikan dari suara anjing tersebut yang menyatakan "tak nak sambung ke??" dengan gaya ibarat cik kiah menggedik dengan pak tam. kemudian salakan anjing tadi dibalas dengan perasaan kasihan kerana adalah salah mengganggu ketenteraman anjing di malam hari yang ingin belajar. maka Zem pun berkata "lupa lirik!! lupa lirik!!" dengan penuh excitednya.

niat di hati Zem memang ingin minta maaf kerana menggegarkan jamban-jamban di kawasan itu, tapi apakan daya, dia menerima anjingan yang kurang menyenangkan hati. apa salahnya dia kata "weh diam lah! aku nak belajar" walaupon lebih kasar tetapi hal itu lebih terang jelas dan nyata keikhlasannya.

diharap kalian dapat belajar dengan tenang dan akhirnya berjaya. doakan kejayaan kita bersama. sekian terima kasih.

yang ikhlas,
alaminfadhli

Saturday, September 18, 2010

my first time with salman

mari dengar ini cerita
cerita tentang diri saya
kena tahan dengan anggota
anggota jpj ya. :)

sebabnya takdalah besar mana
pada mulanya memang salah saya
ketika ternampak itu anggota
saya gelabah tarik seatbelt ya
tak berjaya, itu malang namanya
apakan daya, pasrah sahaja
kemudian seperti dah berjaya
tetapi kena tahan juga
itu anggota mula berkata-kata
telinga dibuka menunggu masa
itu saman dikasi oleh nya
akhirnya selesai dan kembali seperti biasa.

"pada mulanya saya nak suruh encik berhenti tepi je pakai seatbelt, tapi gelabah semacam macam nak lari tu yang saya suruh berhenti. tengok tengok tak pakai P. so yang ni kena sebab tak pakai P depan belakang"

(aku gelabah tarik seatbelt lah setan, bukan nak lari. ingat aku pendatang ke haa?)

*dekat surat saman cakap kena pergi court. macam gempak 8)

yang disalman(saman),
alaminfadhli

Friday, September 17, 2010

nat king cole

assalamualaikum, kami datang nak raya! (selamat hari raya)

dengar sini semua, semua dengar sini. makin lama kawan di malaysia berkurangan. masing masing nak terbang tinggi di angkasa menuju ke negara luar untuk belajar. kau orang hebat lah, hebat lah kau orang. macam nat king cole. aku bangga jadi kawan kau orang. kalau kau orang tak bangga dengan aku pon takpa. doakan aku jadi macam kau orang. ingat, kau adalah kau. sebab tu kau gempak.

aku tengah berusaha jadi macam kau orang ni. tapi aku banyak main lah. aku cuak tapi aku relax. sebab tu aku cuak. final first sem dah dekat cuti pon dah nak habis. lepas ni tiap tiap hari kena struggle. its cool man, man its cool.

korekara isshoni ishokenmei bengkyoushimasyou. :)
(dari sekarang, mari kita bersamasama bersungguhsungguh belajar)

kawan,
alaminfadhli

Tuesday, September 7, 2010

ssupp brotha

saya ada sebuah cerita,
cerita yang saya reka,
sebab bosan macam celaka,
tentang seekor hyena gila,
nama dia sumpah gangsta,
tapi janganlah percaya,
benda tu hanyalah dusta,
hanya sebagai pembuka kata,

suatu hari di indonesia,
orang tanya apa nama,
dia penat perah tenaga,
fikirkan jawapan terbaik apa,
tiba tiba dengan selamba,
dia kata nama dia supra,
cuba cari apa kena mengena,
lain kalilah sambung cerita,
idea memang dah takda,

ain't no nigga,
alaminfadhli

iillililiillilili

dua tiga kucing berlari,
jangan kasi dia lari,
sudah tangkap bawak mari,
sepak dia dengan kaki,
ikat dengan tali besi,
kalau bukan babi,
kita potong kasi mati,
cabut dia punya gigi,
libas pakai lidi,
masuk kuali masak kari,
jangan lupa tarok cili,
makan dengan jari,
sambung lah sampai mati,

yang bukan babi,
alaminfadhli

Monday, September 6, 2010

onetwofiveone

the strokes


"talk to me now i'm older"

Saturday, August 14, 2010

undiscovered

  • Jack: Hey, you know what sucks?
  • Lindsey: vaccuums
  • Jack: Hey, you know what sucks in a metaphorical sense?
  • Lindsey: black holes
  • Jack: Hey, you know what just isn't cool?
  • Lindsey: lava? 
  • Jack: Hey, you know whats wrong with you?
  • Lindsey: tell me about it.
  • Jack: FUCK YOU!

Friday, August 13, 2010

go green

The coolest thing about being Green Lantern is getting to work on time. 

Tuesday, August 10, 2010

wild boar is beautiful

wild boar is beautiful in its own way and so do us. just be your self. :)

Tuesday, July 13, 2010

Monday, July 12, 2010

bill and ted bogus journey

Dead Bill: Ted.
Dead Ted: Yeah?
Dead Bill: If I die, you can have my Megadeth collection.
Dead Ted: But, dude, we're already dead.
Dead Bill: Oh. Well then they're yours, dude.

Sunday, June 27, 2010

kungfu

この ふく が 一番 欲しい。
(aku paling nak benda ni.)

Sunday, June 20, 2010

human tetris



enjoy the game ;
alaminfadhli
yui - tokyo

Thursday, June 3, 2010

Friday, May 21, 2010

the world is just awesome


I love the mountains
I love the clear blue skies
I love big bridges
I love when great whites fly
I love the whole world
And all its sights and sounds

Boom de yada, boom de yada
Boom de yada, boom de yada


I love the oceans
I love real dirty things
I love to go fast
I love Egyptian kings
I love the whole world
And all its craziness
Boom de yada, boom de yada
Boom de yada, boom de yada

I love tornadoes
I love arachnids
I love hot magma
I love the giant squids
I love the whole world
It’s such a brilliant place
Boom de yada, boom de yada
Boom de yada, boom de yada



i love the whole world

Wednesday, May 19, 2010

hanif rahman

tayar : ko emo lg ke ngn ak? ak slalu carik pluang nk bebaik ngn kaw..tp xdek ar pluang tuh..ak tnggu las day..pi blik jr ats..ko da gerak pi dm..so skunk nie la ak nk mnx maap kt kaw..kalo de slh ak wat..kite gado since f3..ak ingt lg sbbnyer..sbb ak slalu carot kt kaw..so sori la yek..tp tu terpulang la kt kaw nk maapkn ke x..tp kalo ko nk taw..drpd nk pmr smpi la f5..ak slalu carik mase nk bebaik ngn kaw..tp xdek gak pluang..ok... tats all from ak..:)

al amin : HAHHAHHAHA. aku dah lama dah maafkan kau. benda kita gaduh dari form 2 sebenarnya. kau mengungkit kau belanja aku macam setan. lepas tu aku bayar kau rm10. aku tak tahu cukup ke tak nak bayar balik. tapi aku mintak halal kalau tak cukup and aku halalkan kalau lebih. lepastu aku bagi salam. lepastu memang aku dah menyampa dengan kau. tapi memang aku dah lama maafkan kau pon. aku pon ada cari chance nak mintak maaf. tapi kau pulak yang takde. memang tak jodoh lah tu. HAHAHHAHAHA. aku sengaja malas nak approve kau. setan kan aku. tapi ni benda bagus jugak. aku ni dah lah kuat mengutok orang. kira aku tak baik dengan kau, kurang lah dosa aku sikit sebab aku mesti akan kacau orang yang aku rapat. kau pon heaven je takde orang kacau kau. kan senang hidup. selesa je. hahahahaha.

tayar : ok..glad to hear it..ak halalkn sume..kalo tlebe pon mnx halal gak..psl ko kate x kacau tuh..sbnrnye ak lg suke mmbr ak kacau ak..cume x express tat feeling jek..lg2 drpd mmbr sedorm ak..ko ngn panjunk..sbb ak gado ngn korunk..ak jadik kayu kt dorm tuh..sbb tuh ak nk bebaik ngn korunk..mmg ak ske mmbr kacau ak..sbb itu bermaksud..ak still lg dlm idop diorg..ak ingt lg time ko ngn pidot..men baling2 bantal kt ak..time tuh ak mrh2..carot2..tp dlm ak seyes ak ske sbnrnye..cume xnk ckp..

al amin : HAHAHHA. aku kelakar doh baca benda ni. macam budak budak gila. hhahaha. tapi still aku malas approve kau. saja saja. HAHAHAHHA. aku nak post dekat blog doh benda ni. aku rasa kelakar. hahhahaha. tapi kau anggap kita dah ok dah la. aku saja nak main main dulu. HAHAHAHHA. 0-0 lah sekarang.

tayar : suke ati ko la nk watpe..ak x kesa..aslkn ko da ok..

sweetkan dorm mate empat tahun macam ni. hahahaha.

Monday, May 17, 2010

ulllaaakk

 
 
1. switch on your webcam
2. press the record button
3. click the link below
lmao!
rofl!
 
.just enjoy the show.
alaminfadhli

Wednesday, May 12, 2010

telefon bimbit


the bad luck of me in this superb university under the rpkj program in aaj continues as i lost my phone yesterday. somefuckingbody stole it. by this friday or saturday i'll get my simcard back. so, during this time, to those who had been and will be disturb by the fucking thief, i'm sorry. and please do inform me your latest number so that we will still in contact.  i'll be using my old number. thank you.

kanji writing. lets have some fun with it. :)

alaminfadhli

Saturday, May 8, 2010

nihonggo no gakusei

pada tanggal tiga haribulan lima, aku menerima panggilan tawaran daripada jpa untuk melanjutkan pelajaran ke jepun. pada tanggal empat haribulan lima, aku sudah berada di um untuk membuat persediaan pembelajaran untuk ke jepun. gila babi kan?? dalam dua puluh empat jam, hidup aku bertukar dari lepak dan memekak, kepada belajar dan memekak. aku masuk ke alam universiti sebagai pelajar second intake tapi masuk awal. kira sekarang ni aku di antara first intake dengan second intake. woww kan??

kemajalan aku diteruskan apabila aku mendapat bilik yang memang agak berbau hancing dengan kipas yang perlahan dan kadang kadang mengeluarkan bunyi yang menarik. tambahan pula, aku duduk seorang. apabila pelajar second intake masuk seramai sembilan orang, nasib malang aku diteruskan lagi dan lagi kerana seorang pon takde yang masuk bilik aku. hebat kan?? ada yang mengatakan bilik aku ni ada something. tapi aku rasa hebat sebab duduk sorang sorang macam best. hhahahha.

study disini buat masa ni masih ok sebab aku dah ada basic jepun. tapi tak lama lagi stock basic jepun tu macam dah nak habis dan kami semua akan jadi sama rata. time tu mungkin akan mula menggelabah sebab banyak benda baru. so, sekarang ni je lah peluang nak enjoy. hahhahaha. buat masa ni dah ada tiga orang tarik diri and ramai yang mengarah kearah itu and semua perempuan. dah lah perempuan sikit. lama lama hilang lah mereka. tinggal lah kami semua lelaki. dan perasaan seperti di alam shah pon kembali. :))

buat masa ni semua ok sahaja. masih cuak tetapi berlagak tenang. jadi doakan lah saya berjaya menempuh dugaan dan berjaya terbang ke negara jopun. semua ni aku kena tempuh sebab mungkin ni lah yang terbaik untuk aku. jadi aku kena lah layan je dan meneruskan usaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir. :D arigatou gozaimashita.

Friday, April 30, 2010

charlie chaplin






Sir Charles Spencer "Charlie" Chaplin 
"Action speaks better than words"


Rowan Atkinson must be Chaplin's big fan huh??

Thursday, April 29, 2010

ana free





Ana Gomes Ferreira
http://www.anafreemusic.com/

blogger ;
alaminfadhli

Tuesday, April 27, 2010

asdfghjkla


asdfghjkla merupakan seorang yang berdedikasi dan mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi. perkara perkara biasa mampu menjadi luarbiasa dek kehebatannya mengolah sesuatu perkara. saya amat menyanjungi kehebatannya. saksikanlah daya kreativitinya yang amat dikagumi dan disanjung tinggi!

conversation yang berlaku di formspringnya. saya bukan stalker, cuma benda ini keluar di ruangan answer. 


ninanutter : batang kayu, tembikai, timun atau nokia 3310? nyatakan sebab. 

asdfghjkla : satu : kenikmatan. dua : kepuasan. tiga : getaran jiwa. 

ninanutter : pahal kau tak jwb soalan dgn betul? haih. bc soalan balik. batang kayu, tembikai, timun atau nokia 3310? 

asdfghjkla : aku salah jawab ke ? markah kesian dpt tak td ? haha. susah sial nk pilih. sebab timun & tembikai makanan, aku respek jadi aku tolak. bagi batang kayu pulak tak environmental friendly sbb ada selumbar and too stiff jadi aku tolak. jadi jwpnnya ialah nokia 3310 sbb dia ada free vibrator. haha 

ninanutter : nmpknya nokia3310 sudah semakin popular. adakah kau rs SE punya kekuatan sehebat nokia33310? 

asdfghjkla : aku tak rasa mcm tu sbb dari apa yg aku dengar makin lama tahap hidup sesuatu barang, makin ganteng fungsinya! jadi, GUNALAH Nokia 3310 utk kepuasan maksima. 


asdfghjkla punya jawapan memang paling terbaik sekali!
ni baru part 3310, ada lagi part selumbar vs kepala.
hahahhaha. :))

Thursday, April 22, 2010

family chat

mama : kenapa tiba tiba aktif main futsal pulak ni?? tapi bagus lah daripada terperap je.

amin : memang aktiflah seminggu sekali je.

papa : papa rasa nak main bowling lah. nanti abang kakak balik kita buat family fight.

amin : jom, amin dah lah star main bowling. hahahhaa.

mama : amin ni memang dari kecik poyo je kerja.

papa : nanti kita pergi training dulu. tapi papa takut tangan terseliuh lah.


so, jadi ke tak jadi ni?? -.-'
tapi ayahanda memang betul betul tiba tiba bersemangat.
go daddy go! :))

sijiloro

Tuesday, April 20, 2010

you are

 

 open up your google page

 

type "who's the cutest?"

 

click the "i'm feeling lucky" button

 

 

*even google knows how to delight people*

now, everybody can be cute :))

 

Tuesday, April 13, 2010

think about this


"who's packing your parachute??"

think about the people behind the scene who actually help you with your achievement. it is not you the only one who make it happen, its them who are helping you by giving their moral supports with a very big faith in you. without them, you are nothing. try to appreciate them. make them feel important.

karma


"what you give is what you get"
"what goes around comes around"




i found this on tumblr :


"treat people as you would like to be treated. karma's only a bitch if you are"

Friday, April 9, 2010

Wednesday, April 7, 2010

Tuesday, April 6, 2010

incredibox


 superbly 'the incredible polo


yours faithfully,
alaminfadhli

Thursday, April 1, 2010

she fucking hates me


apahal 'fucking' kena censored. -.-

Wednesday, March 31, 2010

OASIS

chicken

chicken rice shop
chicken hut
kenny rogers roaster
ayam tambatan
carik carik bulu ayam
ayamas
bapak ayam
ayam golek
ayam percik
taik ayam
balung
paruh
tungkik
APAR AYAM
kokok
the end.
yours faithfully,
alaminfadhli

don't look back in anger

alaminfadhli's status on facebook : 

Slip inside the eye of your mind
sarah adila sakni and ekyn mohd like this.

the commenting session starts!

amir hatim        : what do u mean???
al amin           : Don't you know you might find
amir hatim        : nop. what will i found hah????
al amin           : A better place to play
amir hatim        : hahahaha. u think so??? ok i'll try.
athirah syafiqah  : pergh..product kluaran ifla..:p
al amin           : You said that you'd never been
                    But all the things that you've seen
                    Will slowly fade away
sarah adila sakni : skali lirik lagu. HAHAHA kantoii

the conversation continues

finally ada orang detect. sarah je yang tahu. yang lain beriya je. tu pon after tulis tiga line teros. kalau satu satu safe lagi rasanya. ya ALLAH, aku tak berniat nak mempermainkan orang. tapi err..ROFL :))

Wednesday, March 24, 2010

ready set go

this video clip is superbly great. terbaik!

Tuesday, March 23, 2010

frisbee

"Frisbeetarianism is the belief that when you die, your soul goes up on the roof and gets stuck"

George Carlin
(1937 - 2008)

is this for real??

greatest story ever told

Thursday, March 18, 2010

spastic youth

original members (i think so) of "Old Automatic Garbage" also known as OAG. their songs are cool man.

current song ; 
spastic youth by OAG

Tuesday, March 9, 2010

ala-main

A : sikit sikit "haha". dah macam orang gila dah.
A : dah jadi habit doh. nak buat macam mana. haha. :))

yang benar ;
alaminfadhli

Thursday, March 4, 2010

SM.TV

 
'ain ali punya favourite. lmao :))
siapa yg kenal ain, bayangkan dia menari. BHAHA.

Wednesday, March 3, 2010

BHAHAHA

ajim: aku rase
ajim: aku tough do
ajim: cume
ajim: lemak byk
ajim: HAHAHAHAHAHAH
ajim: ttbe
ajim: baahahahaha

alaminfadhli: aku tau kau tough
alaminfadhli: SANGAT tough

ajim: HAHAHAHHA
ajim: sial
ajim: xD

alaminfadhli: aku kagum dgn kau

ajim: HAHHAHA

alaminfadhli: aku nak bdn macm kau

ajim: DAH LA SIAL
ajim: kau bangga

alaminfadhli: kau hebat

ajim: aku skit2 je tadi
ajim: hahahahahhaa
ajim: fucker

alaminfadhli: hahahahaa

ajim: ahaha

alaminfadhli: aku nak copy doh
alaminfadhli: paste kat blog
alaminfadhli: esok kau tngk la
alaminfadhli: hahhaah

ajim: babi
ajim: kurang aja
ajim: haha

Tuesday, February 9, 2010

myspace

aku nak cancel account myspace macam aku cancel account friendster. tapi password email myspace dah lupa. macam mana aku nak cancel. bodoh betul lah. facebook, tunggulah masa kau untuk di cancel.  haha. sekian.

Sunday, February 7, 2010

SKTSG

 
one two three four
fuck you!! haha
our dinner was sponsored by imran had. thanks bro.
pictures by ; izzulsyafiq

Sunday, January 31, 2010

finger chop

"what are we going to eat for dinner??"
"finger chop perhaps"

Saturday, January 30, 2010

lumpur


tanah + air = lumpur - ????? = tanah air
land + water = mud - ????? = nation

Thursday, January 28, 2010

prank call

guess what, today i got a prank call. haha. conversation lebih kurang macam ni lah ;

+60123005893
"anda berjaya memenangi bla bla di palace of the golden horses, buat medical check up, bla bla"
"oh ye ke, ok ok ok ok (sambil tergelak gelak)"
"kenapa encik gelak?"
"........"
"encik kerja ke??"
"haah. kerja"
"kejap ni 01721......"
"haah, ye lah nombor ni"
"hah, betol lah. encik umur berapa??"
"saya baru DUABELAS tahun"
"oh iye ke. ok lah dek"

*conversation ended*
prankster 
alaminfadhli 

bodoh gila si prankster. masalahnya memang tidak meyakinkan langsung. haha. sekian.

nick vujicic


"if i fail, i try again, and again, and again.."
nick vujicic

*i found this video at solhi's facebook link*

Wednesday, January 27, 2010

ballroom blitz

tagged by : lisa

Put your i Tunes, Windows Media Player, etc. on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song name down no matter how silly it sounds. Tag 10 friends. Everyone tagged has to do the same thing. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
*440, chase coy

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL? 
*bad romance, lady gaga

HOW DO YOU FEEL TODAY? 
*mr.brightside, the killers

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
*how to save a life, the fray

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
*waiting on the world to change, john mayer

WHAT'S YOUR MOTTO?
*time after time, quietdrive


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
*her spiral necklace, bo


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
*into oblivion, funeral for a friend


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
*ayo technology, milow


WHAT IS 2 + 2?
*shitty day, soko


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
*everybody's changing, lily allen


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
*so much love, the rocket summer


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
*i gotta feeling, black eyed peas


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
*
superman, joe brooks

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
*you raise me up, josh groban

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
*no christmas for me, zee avi

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
*all the same, sick puppies

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
*i'm no superman, lazlo bane

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
*i can't smile without you, barry manilow

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
*vanilla twilight, owl city

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
*knocking on heaven's door, bob dylan

WHAT WILL YOU POST THIS AS
*ballroom blitz, misfits

randomly tagged:
ija aniss doja iylia donnie fatinD 

mario maa?? muni wanibillah 
haha:))

*aku ada tipu sikit. last question. sebab suppose lagu "ooh la by the kooks". tapi dah ada post title "ooh la". so aku nak tukar. kau kisah ke?? apa aku kisah. haha.